Allah mentakdirkan yg soleh hanya utk yg solehah. Itu janji-NYA.
Ya Allah, terlalu lama aku mempertahankan cinta ini. Mungkin sudah tiba masanya utk mengakhiri segalanya. Aku mencintainya. Sungguh. Tetapi, hati ini ragu dan takut utk terus setia menunggu.
Bunga yang mekar, bila-bila sahaja akan rosak ditiup si angin kencang. Rumput hijau, lama-lama akan menjadi kuning disambar terik mentari. Cinta yang indah ini, sekarang mulai pudar warnanya.
Hati tak pernah berpaling. Apatah lagi mencari pengganti. Ya, selalu sahaja ia berbisik untuk mengajak kaki berlalu pergi. Lari dari keserabutan perasaan. Tetapi, hati tak pernah diajar berbohong. Ia tetap mahu menunggu dengan penuh harap walaupun tidak pernah dipujuk setiap kali merasa kecewa dengan sikap manusia.
Setelah puas bersatu dengan kesakitan dan kehancuran, kini ia tidak lagi kuat utk terus mempertahankan cinta. Hari ini, hati dan luka telah sebati. Tiada kata-kata yang mampu mengubat walau duka besar secebis. Manusia takkan pernah cuba untuk menyambut hati itu sebelum ia jatuh berderai. Kerana mata mereka hanya mampu melihat alam nyata. Jika penglihatan menembusi ruang hati, pasti mereka takut melihat luka-luka berdarah yang telah lama wujud di situ.
Teruskan hidupmu tanpa hadirku. Itulah yang menjanjikan bahagia untukmu yang memilih utk bebas. Bebas dari cintaku yg mengongkong. Bebas dari penglihatanku yg merenung tajam. Bebas dari fikiranku yg suka bersangka-sangka. Bebas dari pengawasanku yg menjanjikan kebosanan.
Untuk yg terakhir kali aku ucapkan, aku mencintaimu. Cukuplah sampai di sini kerana redha Allah menetapkan kita utk berpisah. Jalan ini, mungkin yg terbaik. Mari mengakhiri perpisahan dgn rasa syukur krn hati kita akan bebas dari tangisan.
Apabila hati berbicara,
el ameerah
mira are u okay?
ReplyDeletebiasalah..dah tua2 ni..macam2 perasaan datang..by the way, i am totally and completely okay..hihi..tengss.. :)
ReplyDelete