Friday, May 25, 2012

Nampak kecil tapi nilainya besar!

Bismillahirrahmanirrahim. Last few days, sy ade cerita psl kesitimewaan qiamulail dan knp we need to wakeup tgh2 malam and solat, zikir smua. And it was from the book titled Keakhwatan Siri 2 by Cahyadi Takariawan and lain2. Kali ni, nak crita psl solat sunat and smua pengkongsian ni sy ambik dari penulisan Sayyid Sabiq dlm buku Solat-solat Sunat Rasulullah saw.   :)

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu" (Adz-Dzariat : 56)

Ayat kat atas ni sangatlah femes dlm kalangan akhwat daieyah sekalian. Dalam banyak2 ibadah yg kita lakukan, kdg2 kita terlalu pandang ringan pd solat-solat sunat. Kdg2 terlalu nak mengejar masa utk berjumpa adik2, nak study dan mcm2 benda lain, kdg2 kita terlupa nak buat solat rawatib 2 rakaat. Akhwat, pembinaan hubungan ruh sangatlah penting. Kdg2, solat sunat 2 rakaat tu akan buat kita lebih kuat utk istiqamah dan tsabat dlm jalan ni. Ohoi!, Rasulullah ialah antara qudwah yg sangatlah rajin buat solat sunat.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya amal perbuatan manusia yg terawal dihisab pd hari qiamat kelak ialah solat. Allah berfirman kpd malaikat, sedangkan Dia Maha Mengetahui : "Periksalah solat hambaKu, sempurna atau kurang? Jika solatnya sempurna, maka dicatat sempurna. Jika terdapat kekurangan, Allah berfirman, "Periksalah kembali, adakah hambaKu memiliki amalan solat sunat?" Jika hambaKu melakukan solat sunat, Allah berfirman lagi "Cukupkanlah kekurangan solat fardhu hambaKu itu dgn solat sunatnya." Selanjutnya, dihitunglah amal perbuatan itu menurut cara yang demikian. (HR Abu Daud)

Kalau kita susah nak bgn malam utk solat tahajud, jom lah mula sikit2 dengan solat rawatib. Mungkin solat sunat qabliyah blh jadi booster supaya kita lebih bersedia dan khuyuk dlm solat fardhu. Dan solat sunat ba'diah pun best jgk sbb boleh cover mana-mana yang tak cukup dalam solat fardhu.

Dari Ibnu Umar, dia berkata : "Aku ingat dari perbuatan Nabi saw, bahawa ada sepuluh rakaat sunat rawatib, iaitu 2 rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepasnya, dua rakaat sesudah Maghrib di rumahnya, dua rakaat sesudah Isyak di rumahnya, dan dua rakaat sebelum Subuh." (HR Bukhari)

Dlm bnyk2 solat sunat, Rasulullah sgt menitikberatkan solat sunat rawatib qabliyah subuh. Masa bangun tidur, mesti kepala pun pening2, mengantuk2 lagi, and still tak sedar 100%. Jadi nak warm up before solat Subuh, kita blh buat solat qabliyah. 2 rakaat saje, tapi kesannya superb! Kita dpt sesuatu yg lebih best dari dunia dan seisinya!:)

Dari Aisyah r.a, Rasulullah saw bersabda "Solat sunat dua rakaat sebelum fajar itu lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya." (HR Muslim, Ahmad, Tarmidzi)

Semoga perkongsian yg sedikit ni dpt dijadikan amal seharian. Moga-moga kita dpt mempersembahkan amal kita ini di sana nanti.  Solat sunat 2 rakaat memang nampak kecil dan sedikit, tapi jika ikhlas dan sahih perlaksanaanya, pasti mampu bawa kita ke syurga. Whoa! Wallahualam.  :)





Wednesday, May 23, 2012

Tahajud Cinta


Bismillahirrahmanirrahim..
Maha suci Allah yang menjadikan malam untuk berehat dan siang untuk bekerja. Dalam jalan dakwah yang penuh pahit getir ini, pasti ramai yang bertanya apakah rahsia untuk terus istiqamah dan tsabat. Dalam buku Keakhwatan siri 2, telah dikongsikan satu rahsia yang mungkin ramai dah tahu tapi orang mungkin buat-buat tak tahu. Rahsianya ialah....~~

SOLAT MALAM!
Pada awalnya, Allah telah mewajibkan solat malam pada Rasulullah SAW dan para sahabat hingga turunnya surah Al-Muzammil, ayat ke-20. Walaupun Qiamulail bukanlah satu ibadah yang wajib, namun kita haruslah memandang nilai luar biasa yang terkandung di dalamnya. Dalam Al-Quran, dalam hadis, terlalu banyak menyedarkan kita tentang keutamaan solat malam dalam kehidupan seorang da'ieyah. Dengan melakukan tahajud 2 rakaat sahaja, percayalah, kelazatannya menandingi seluruh dunia dan seisinya! :)

Allah telah meletakkan ciri-ciri seorang hamba 'Ibadurrahman, antaranya ialah yang bangun di malam hari, mengisi malamnya dengan solat, sujud yang panjang dan doa yang ikhlas.

"Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan sujud dan berdiri untuk Tuhan mereka" (Al-Furqan : 64)

Manakala Allah menerangkan antara ciri-ciri hamba yang bertaqwa ialah orang yang sedikit waktu tidurnya dan menggunakan waktu itu untuk memohon keampunan, bertaubat dan menginsafi dosa-dosanya.

"Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan di akhir malam mereka memohon ampun. (Adz-Dzariat : 17-18)

Apa yang lebih hebat lagi, Allah telah menentukan ciri-ciri hamba yang beriman, iaitu orang-orang yang gembira untuk bangun malam!

"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, mereka sentiasa berdoa kepada Tuhannya dengan perasaan takut dan penuh berharap (redhaNya), dan mereka selalu menginfaqkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka" (As-Sajdah : 16)

Waktu malam dipilih oleh Allah kerana di saat itulah hati menjadi khusyuk dan mampu merasakan kelemahan diri di hadapan Sang Pencipta. Pada waktu itu, kebanyakan orang lain akan tidur dengan penuh lena, tetapi disitulah manusia akan merasakan saat-saat bersendiri untuk berbincang, berbicara dengan Penguasa Alam ini. Di hujung sujudnya, doa-doanya penuh dengan rasa rendah hati dihadapan Allah.

"Sesungguhnya bangun di waktu malam itu adalah lebih betul bacaannya dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya, kamu pada waktu siang hari mempunyai urusan yang panjang" (Al-Muzammil:6-7)

Inilah rahsia pembinaan ruhiyah yang Rasulullah dan para sahabat amalkan! Tak hairanlah jika sesiapa yang selalu merasakan nikmatnya solat malam, akan rasa sedih jika tertinggal satu malam tanpa qiamulail. hoho! Wahai akhwat da'ieyah yang disayangi, Allah ingin mengangkat darjat kita dengan amal ini.

"Dan pada sebahagian malam hari, lakukanlah solat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, semoga, Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Al-Israa' : 79)

Jalan dakwah ini sangatlah panjang, sangatlah susah dan kita akan teruji dengan penolakan-penolakan dari ummat ini. Maka, tiba masanya untuk kita mentaqarubkan diri kita kpd Allah SWT. Ceritakan segala masalah padaNya, mohon kekuatan dariNya, moga-moga kita dan ummat ini dikurniakan taufiq dan hidayah yang tak putus-putus. InsyaAllah.