Monday, October 3, 2011

naik atau turun?


bismillahirrahmanirrahim.

Allah, satukan hati-hati kami di atas jalan-MU

Iman itu ada turun naiknya, beruntunglah mereka yg sensitif akan turun naiknya itu.
Bila iman sedang naik, rasa bersemangat nak buat macam2 ibadah.
Bila iman sedang turun, nak solat fardhu pun lambat.


Untuk memastikan iman tidak turun menjunam dengan teruk,
hanya ada 1 cara iaitu istiqamah.
Kekalkan ibadah2 yang biasa dilakukan hari-hari agar graf iman maintain sahaja..
jangan sampai tak buat langsung!

"Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana
sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan.
Sesungguhnya, amalan yang paling disukai Allah ialah
yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

*buat sikit demi sikit, yang penting berterusan*


Bila iman naik, cuba isi ruang2 masa dengan ibadah yang tak biasa dilakukan..
Seperti Qiamulail dan sebagainya..

Tips hari ini,
Decorate kenaikan iman dengan syukur dan tawadhuk.
Cover penurunan iman dengan istighfar dan taubat.

by
el ameerah


=)






2 comments: