photo by huda
Astaghfirullah, semoga sakit yang sedang dilalui menjadi kafarah dosa. :'(
Daripada Ibn Abbas, Rasulullah bersabda
2 nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu
as-sihah (sihat) dan al-faragh (masa lapang).
Cuaca di bumi kangaroo tak berapa stabil. Sekejap2 terlalu sejuk, sekejap2 terlalu panas.
Be strong akhwat semua!
Aktiviti dakwah dan tarbiyah seperti usrah, study, berukhwah, projek2 musim panas, makan, etc agak terganggu just because of kesihatan diri yang kurang baik lately. Semoga dengan setiap sakit yg dilalui dapat menghapuskan dosa2 lalu. Amin.
Ikhwah dan akhwat sekalian, jagalah kesihatan kerana nikmat sihat adalah sangat perlu agar kita menjadi muntij dalam kerja2 dakwah. Jangan menzalimi diri sendiri dgn pengurusan masa yang tak teratur seperti tidur lewat, jadual makan tak menentu, etc etc.
Saya tahu semua orang sedang sibuk dgn persiapan exam dan persediaan kerja2 untuk projek dakwah yang bergunung2 banyaknya. Tapi, berlaku adil lah dengan jasad kita.
*pesanan khas untuk diri sendiri*
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.
~Allahumma a'fini fi badani, Allahumma a'fini fi sam'i, Allahumma a'fini fi basori~
Allah,
heal me
:'(
No comments:
Post a Comment