Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang. Maha suci Allah yang memastikan setiap urusan alam tersusun indah. Maha suci Allah yang menurunkan rezeki pada setiap makhluk. Maha suci Allah yang melindungi orang2 beriman. Maha suci Allah yang menerima taubat hambaNya. Maha suci Allah yang memandu hati2 manusia ke arah Islam. Maha suci Allah...
Pernah aku bertanya kepada manusia..
Apa yang kamu mahukan dan belum pernah tercapai?
Banyak jawapan2 yang mengikut logic manusia, memang tak salah. Tak salah nak kerja bagus2. Tak salah nak ada rumah besar. Tak salah nak travel satu dunia. Tak salah nak ada suami yang penyayang. Tak salah untuk ada keinginan2 itu.
Tapi, dalam banyak2 jawapan mereka, aku tertarik dengan seorang hamba Allah ni.
Jawapan dia..
"SAYA MAHU BERTEMU ALLAH DI SYURGA."
Katanya..
"Saya nak melihat Allah di syurga. Suatu nama yang saya sebut2 dalam solat dan doa. Saya baca dan fahami kalamnya setiap hari. Allah yang memastikan jantung saya berdenyut sewaktu jaga dan tidur. Allah yang telah memberi ketenangan pada hati. Yang menguruskan pertemuan kasih sayang bagi orang2 beriman. Yang berada dengan saya dalam susah dan senang. Yang sentiasa memerhati dan melindungi saya. Selalu memaafkan kesalahan saya. Terlalu banyak reason kenapa nak jumpa Allah, kak."
Tapi pernahkan kau berjaya melihat matahari dengan matamu tanpa cermin mata hitam. Tetapkan pandangan mu seminit. Pasti matamu sakit disambar terik mentari. Apabila mahkluk ciptaanNya pun kita tak mampu nak tengok, apatah lagi untuk melihat Al-Khaliq yang Maha Besar.
Dan ketika Musa datang pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan berfirman kepadanya
Musa berkata, "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diriMu) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau." Allah berfirman, "Engkau tidak akan sanggup melihatKu, namun lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap di tempatnya nescaya kau dapat melihatKu." Maka ketika Tuhannya menampakkan (keagunganNya) kpd gunung itu, gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Setelah Musa sedar, dia berkata "Mahasuci Engkau dan aku adalah orang yang pertama-tama beriman"
(Al-A'raf :143)
Wahai ukhti tercinta, sungguh besar impianmu. Teruskan dengan berdoa. InshaAllah pasti kau kan bertemu dengan kekasih hatimu, Allah aza Wajalla. Jadi yang terbaik dalam deenul Islam agar kau berjaya untuk ke syurga. Betapa besar kuasa Allah sehingga hancur gunung itu apabila Allah menunjukkan kekuasanNya. Semoga impianmu terkabul kerana Allah akan memberi apa sahaja yang kamu minta dengan kekuasaanNya.
Ud'uni, astajiblakum
Berdoalah kepada Ku, necsaya Aku akan perkenankan bagimu
(Ghafir : 60)
Yang mahu melihat Khaliq,
el ameerah
No comments:
Post a Comment