Dah letih nak menghadap buku. Tiba2 rasa nak jalan2 di Adelaide Arcade dan laju je kaki ni melangkah ke satu kedai emas. Kat dinding kedai tu penuh banner tulis "SALE". Huh, menguji keimanan dan menggoda nafsu membeli belah. @_@
Dari pintu masuk sampai lah ke rak2 bahagian dalam, semua barang kemas tersusun rapi dengan cantik. Tapi yang disusun di bahagian bawah semuanya murah dan kita boleh test sesuka hati. Harganya dalam range $100-$500..Hihi. Ramai matsaleh2 perempuan test yang tu, test yang ni. Aku pun jalan2 lagi dan berdiri kat satu almari berkaca sebelah counter. Dalam tu ada cincin yang mahal2. Ada yg sampai $20,000.. OH mahalnya anda. Pintu kaca tu berkunci. So, sapa2 nak beli, kena mintak dengan tuan kedai tu sebab it is obviously cannot be touched sesuka hati.
Sama lah macam nilai harga seorang perempuan. Perempuan yang bernilai tinggi susah nak jumpa zaman sekarang ni. Mereka tersimpan rapi di bawah jagaan Allah dan ibu bapa mereka. Mereka menjaga pandangan mereka dari melihat perkara yang dilarang Allah. Mereka menutup aurat dgn lengkap dari pandangan lelaki. Mereka sangat hebat dalam tarbiah. Mereka antara orang yang di hadapan dalam barisan dakwah. Mereka menjaga akhlak dlm hidup seharian. Mereka adalah perempuan yang pemalu. Mereka suka bangun malam dan menghabiskan waktu hanya utk beribadah. Susah nak jumpa sebab mereka duduk di tempat2 tinggi di sisi Allah.
Sama lah macam cincin2 mahal yang berkilauan dlm almari berkunci tu. Semuanya tersimpan rapi. Tak boleh diusik dan tak layak dipandang pun oleh pembeli2 biasa kerana tak mampu. Hanya orang2 yg kaya mampu membelinya. Sama lah juga dengan org lelaki. Hanya lelaki2 yang kaya dengan iman dan amal soleh mampu menyunting perempuan yg bernilai tinggi ni. Kalau lelaki yang biasa2, pasti takkan berjaya dan mungkin tak layak pun untuk memiliki hati si solehah. =)
Wahai lelaki, carilah pendamping hidupmu dengan menggunakan pandangan Allah. Memang payah untuk menjumpainya kerana hidup perempuan seperti itu ada dalam genggaman Allah dan ibu bapanya. Minta pada Allah agar dipermudahkan niat dan urusanmu. Dan berjumpalah dengan ibu bapanya utk keberkatan dan redha. Minta izin mereka sbg tanda hormat dan jujur. Jadilah yang paling berani antara semua lelaki2 biasa agar hati yg solehah ini menjadi milikmu hingga ke pintu syurga.
Hanya yang beriman akan mulakan langkah. Jadikan dirimu lebih hebat dari yang lain. Bukan hebat dari segi rupa dan harta, tetapi hebat dalam agama. Kalau dah sedia, jumpa mak abah. Doa banyak2. Teruskan! Aku menyokong dan mendoakan dari jauh.
Yang merindui,
el ameerah
No comments:
Post a Comment