Tuesday, October 4, 2011

kau dan hidayah.




Hidayah Allah akan datang dan pergi tanpa sedar. Beruntunglah bagi sesiapa yang pintu hidayahnya rajin diketuk oleh Allah. Sambutlah ketukan pertama dengan bersungguh-sungguh kerana mungkin tiada ketukan kedua untukmu.

Khas buat sahabatku, yang telah menemui sinar baru dalam hidupmu, semoga kau terus tsabat dalam jalan ini. Tarbiyah Islam menjanjikan kesejahteraan dunia dan menawarkan ganjaran syurga. Jangan pernah berhenti mencari redha Allah. Memang kadangkala letih mendengar rungutan manusia yang tak pernah puas mengajak kita ke arah taghut. Namun, imanmu pasti boleh diperkukuh agar terus hebat bermujahadah.

Kata Allah,
'Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yg berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yg sabar.' (Ali Imran:142)

Tak layak kita mengimpikan syurga jika lemah dalam jihad melawan nafsu yg mengajak kepada larangan Allah. Tak layak kita meminta syurga jika susah untuk sabar dalam melakukan suruhan Allah.

Kuatkan dirimu teman, aku mendoakan kau terus bersinar dengan cahaya Islam. Bergembiralah dengan kesederhanaan kerana di hujung nanti, akan kau nikmati syurga yang lebih hebat dari seisi bumi ini.


p/s: khas buat sahabat seperjuangan, Zufazlin Baharuddin, Sharifah Aishah Syed Hussein, Hanisah Baharuddin, Dhamirah Razali, Nadia Zainal Abidin dan Wawa.



Hanya yang sabar akan terus melangkah,
el ameerah

No comments:

Post a Comment