Wednesday, October 19, 2011

Jom invest!


Bismillahirahmanirrahim.
Apabila diukur nikmat dunia ini, maka ia hanyalah sedikit berbanding nikmat di syurga.

Dalam bulatan gembira minggu lepas, mereka cakap pasal account bank.
Orang2 kaya yang ada harta banyak dalam bank, dia mesti suka bila jalan sebelah bank tu. Rasa selamat. Rasa bangga. Rasa terjamin if in case ada apa2 emergency happen. Sebab duit dia banyak dalam tu.

Tu account dunia. Account akhirat? Hurm..Kalau account akhirat kita banyak, pastilah kita suka dengan kematian. Suka cakap pasal mati sebab tak sabar2 nak jumpa Allah. Asyik cakap pasal akhirat je. Rasa selamat. Rasa tenang. Investment dalam tu dah berjuta2. Pastilah terjamin. Kerana dia sudah memewahkan negeri akhiratnya walaupun negeri dunianya sangat miskin.

Tapi kalau orang2 miskin yang sedang berhutang dengan bank, bila lalu je sebelah bank tu, muka dia tunduk je. Sebab dia berhutang dan tak cukup duit nak bayar balik. Bila nak bayar pun tak tahu. Interest on loan dan menggunung2 (Bila Msia nk buang riba'? haishh). Bukan setakat lalu, tapi nak tengok lambang bank tu kat mana2 pun jadi takut. Jadi risau. Jadi tak suka.

Samalah, jika kita banyak berhutang dengan Allah, jadilah kita seperti orang miskin tu. Rasa taknak jumpa Allah, sebab tak besedia. Belum cukup amal. Ingat mati pun taknak. Dengar cerita pasal akhirat pun taknak. Kerana dia sibuk memewahkan negeri dunianya dan lupa untuk membina semula negeri akhirat yang dah lama muflis.

Binalah dan mewahkanlah negeri akhirat kita agar cukup segala bekalan apabila waktu untuk berjumpa Rabbul Izzati dah tiba. Jangan biarkan negeri akhirat terus miskin dan musnah begitu saja. Biar berpondok2 di dunia, tapi bermahligai di sorga.

Bagaimana mahu memewahkan negeri akhirat?

1. Sedekah jariah
Guna segala harta ke jalan Allah. Blh tolong orang, blh belanja mak ayah, belanja adik2 bulatan gembira, infaq pd dakwah, blh bagi pd yg memerlukan etc etc.

2. Ilmu yang bermanfaat
Sebarkan ilmu agar org lain juga dpt beramal dgnnya. Gunakan facebook, twitter, blog, youtube dan apa2 sahaja cara untuk sampaikan ilmu.

3. Doa anak yang soleh
Kalau takda anak???? Oh takpa, kita kan ada keluarga dan kawan2 yang tetap akan mendoakan kita. Sebab tu lah, pentingnya memilih kawan. Kawan utk dunia dan akhirat. Bukan dunia saja.

Dunia ini dicipta untuk manusia. Gunakan ia untk akhirat kita! Jom Invest banyak2... =)



2 comments:

  1. nice sharing ukhti :)
    harap dapat berKIBAR bersama lagi tahun ini!

    akak chch

    ReplyDelete
  2. jom berKIBAR! Tak sabar2!
    Jay zed kay kay kakak Chrtchurch :)

    ReplyDelete