I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 25, 2012

Nampak kecil tapi nilainya besar!

Bismillahirrahmanirrahim. Last few days, sy ade cerita psl kesitimewaan qiamulail dan knp we need to wakeup tgh2 malam and solat, zikir smua. And it was from the book titled Keakhwatan Siri 2 by Cahyadi Takariawan and lain2. Kali ni, nak crita psl solat sunat and smua pengkongsian ni sy ambik dari penulisan Sayyid Sabiq dlm buku Solat-solat Sunat Rasulullah saw.   :)

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu" (Adz-Dzariat : 56)

Ayat kat atas ni sangatlah femes dlm kalangan akhwat daieyah sekalian. Dalam banyak2 ibadah yg kita lakukan, kdg2 kita terlalu pandang ringan pd solat-solat sunat. Kdg2 terlalu nak mengejar masa utk berjumpa adik2, nak study dan mcm2 benda lain, kdg2 kita terlupa nak buat solat rawatib 2 rakaat. Akhwat, pembinaan hubungan ruh sangatlah penting. Kdg2, solat sunat 2 rakaat tu akan buat kita lebih kuat utk istiqamah dan tsabat dlm jalan ni. Ohoi!, Rasulullah ialah antara qudwah yg sangatlah rajin buat solat sunat.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya amal perbuatan manusia yg terawal dihisab pd hari qiamat kelak ialah solat. Allah berfirman kpd malaikat, sedangkan Dia Maha Mengetahui : "Periksalah solat hambaKu, sempurna atau kurang? Jika solatnya sempurna, maka dicatat sempurna. Jika terdapat kekurangan, Allah berfirman, "Periksalah kembali, adakah hambaKu memiliki amalan solat sunat?" Jika hambaKu melakukan solat sunat, Allah berfirman lagi "Cukupkanlah kekurangan solat fardhu hambaKu itu dgn solat sunatnya." Selanjutnya, dihitunglah amal perbuatan itu menurut cara yang demikian. (HR Abu Daud)

Kalau kita susah nak bgn malam utk solat tahajud, jom lah mula sikit2 dengan solat rawatib. Mungkin solat sunat qabliyah blh jadi booster supaya kita lebih bersedia dan khuyuk dlm solat fardhu. Dan solat sunat ba'diah pun best jgk sbb boleh cover mana-mana yang tak cukup dalam solat fardhu.

Dari Ibnu Umar, dia berkata : "Aku ingat dari perbuatan Nabi saw, bahawa ada sepuluh rakaat sunat rawatib, iaitu 2 rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepasnya, dua rakaat sesudah Maghrib di rumahnya, dua rakaat sesudah Isyak di rumahnya, dan dua rakaat sebelum Subuh." (HR Bukhari)

Dlm bnyk2 solat sunat, Rasulullah sgt menitikberatkan solat sunat rawatib qabliyah subuh. Masa bangun tidur, mesti kepala pun pening2, mengantuk2 lagi, and still tak sedar 100%. Jadi nak warm up before solat Subuh, kita blh buat solat qabliyah. 2 rakaat saje, tapi kesannya superb! Kita dpt sesuatu yg lebih best dari dunia dan seisinya!:)

Dari Aisyah r.a, Rasulullah saw bersabda "Solat sunat dua rakaat sebelum fajar itu lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya." (HR Muslim, Ahmad, Tarmidzi)

Semoga perkongsian yg sedikit ni dpt dijadikan amal seharian. Moga-moga kita dpt mempersembahkan amal kita ini di sana nanti.  Solat sunat 2 rakaat memang nampak kecil dan sedikit, tapi jika ikhlas dan sahih perlaksanaanya, pasti mampu bawa kita ke syurga. Whoa! Wallahualam.  :)





Wednesday, May 23, 2012

Tahajud Cinta


Bismillahirrahmanirrahim..
Maha suci Allah yang menjadikan malam untuk berehat dan siang untuk bekerja. Dalam jalan dakwah yang penuh pahit getir ini, pasti ramai yang bertanya apakah rahsia untuk terus istiqamah dan tsabat. Dalam buku Keakhwatan siri 2, telah dikongsikan satu rahsia yang mungkin ramai dah tahu tapi orang mungkin buat-buat tak tahu. Rahsianya ialah....~~

SOLAT MALAM!
Pada awalnya, Allah telah mewajibkan solat malam pada Rasulullah SAW dan para sahabat hingga turunnya surah Al-Muzammil, ayat ke-20. Walaupun Qiamulail bukanlah satu ibadah yang wajib, namun kita haruslah memandang nilai luar biasa yang terkandung di dalamnya. Dalam Al-Quran, dalam hadis, terlalu banyak menyedarkan kita tentang keutamaan solat malam dalam kehidupan seorang da'ieyah. Dengan melakukan tahajud 2 rakaat sahaja, percayalah, kelazatannya menandingi seluruh dunia dan seisinya! :)

Allah telah meletakkan ciri-ciri seorang hamba 'Ibadurrahman, antaranya ialah yang bangun di malam hari, mengisi malamnya dengan solat, sujud yang panjang dan doa yang ikhlas.

"Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan sujud dan berdiri untuk Tuhan mereka" (Al-Furqan : 64)

Manakala Allah menerangkan antara ciri-ciri hamba yang bertaqwa ialah orang yang sedikit waktu tidurnya dan menggunakan waktu itu untuk memohon keampunan, bertaubat dan menginsafi dosa-dosanya.

"Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan di akhir malam mereka memohon ampun. (Adz-Dzariat : 17-18)

Apa yang lebih hebat lagi, Allah telah menentukan ciri-ciri hamba yang beriman, iaitu orang-orang yang gembira untuk bangun malam!

"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, mereka sentiasa berdoa kepada Tuhannya dengan perasaan takut dan penuh berharap (redhaNya), dan mereka selalu menginfaqkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka" (As-Sajdah : 16)

Waktu malam dipilih oleh Allah kerana di saat itulah hati menjadi khusyuk dan mampu merasakan kelemahan diri di hadapan Sang Pencipta. Pada waktu itu, kebanyakan orang lain akan tidur dengan penuh lena, tetapi disitulah manusia akan merasakan saat-saat bersendiri untuk berbincang, berbicara dengan Penguasa Alam ini. Di hujung sujudnya, doa-doanya penuh dengan rasa rendah hati dihadapan Allah.

"Sesungguhnya bangun di waktu malam itu adalah lebih betul bacaannya dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya, kamu pada waktu siang hari mempunyai urusan yang panjang" (Al-Muzammil:6-7)

Inilah rahsia pembinaan ruhiyah yang Rasulullah dan para sahabat amalkan! Tak hairanlah jika sesiapa yang selalu merasakan nikmatnya solat malam, akan rasa sedih jika tertinggal satu malam tanpa qiamulail. hoho! Wahai akhwat da'ieyah yang disayangi, Allah ingin mengangkat darjat kita dengan amal ini.

"Dan pada sebahagian malam hari, lakukanlah solat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, semoga, Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Al-Israa' : 79)

Jalan dakwah ini sangatlah panjang, sangatlah susah dan kita akan teruji dengan penolakan-penolakan dari ummat ini. Maka, tiba masanya untuk kita mentaqarubkan diri kita kpd Allah SWT. Ceritakan segala masalah padaNya, mohon kekuatan dariNya, moga-moga kita dan ummat ini dikurniakan taufiq dan hidayah yang tak putus-putus. InsyaAllah. 

Monday, January 30, 2012

Bakal isteri saya tak sebaik saya lah, ustaz.

Bismillahirrahmanirrahim. Sedikit perkongsian yang saya ambil dari penulisan akh dari Indonesia yang memang terkenal dengan kehebatannya mengalun pena dalam menyampaikan pentarbiyahan kepada rijal-rijal yang bakal bertarung di medan dakwah ini. Beliau menulis satu jawapan kepada persoalan yang sangat-sangat menjadi tanda tanya kepada ikhwah ataupun akhwat bila mana telah bersedia untuk mendirikan baitul muslim, tetapi dalam masa yang sama, bakal pasangan baitul muslim mereka tak sehebat dan setandingnya dalam ibadah dan kelajuan dalam gerak kerja dakwah kita ini.

Mungkin ada juga ikhwah dan akhwat yang ragu-ragu dan keliru apabila Allah memberi mereka pilihan untuk berkahwin dengan seorang pasangan yang belum pernah disentuh oleh tarbiyah. Dalam hati ikhwah dan akhwat ini, mereka dah berusaha untuk larut dalam tarbiyah, sudah puas memperbaiki diri, sudah mantap segala ilmu, sudap hebat dalam perlaksanaan amal, segala-galanya sempurna tetapi tiba-tiba jodohnya adalah dengan orang yang baginya 'biasa- biasa'. Istilah 'biasa-biasa' di sini mungkin juga merujuk kepada manusia yang tak islamic sangat dan tak lah teruk sangat. Mungkin bagi mereka couple itu biasa, solat lambat itu biasa, tengok movie yang lagho itu biasa, dedah aurat itu biasa. Mereka belum faham apa kepentingan untuk kembali kepada Allah sebagai hamba dan khalifah di bumi ini. Mungkin ada antara mereka ini belum pernah menghadiri apa-apa halaqah, mahupun usrah. Apatah lagi berpengelaman dalam menggerakkan dakwah ini.

Ada juga situasi, satu pasangan couple yang akhirnya si girfriend disentuh tarbiyah dan decide untuk putuskan hubungan. Selepas beberapa bulan/tahun, setelah beristikharah, akhirnya buat keputusan untuk berkahwin dengan bekas teman lelakinya itu sebab waktu tu, both pihak dan setuju dan bersedia untuk berkahwin. Sebab cinta pun ye juga. Unfortunately, takda pulak ikhwah yang available untuk dijodohkan dengan akhwat ini. Jadi, dengan kesungguhan pihak bekas teman lelaki yang berani melamar melalui keluarga tu tadi, akhirnya mereka bersatu. Dan mula lah episod "suami saya tu belum masuk usrah, tapi saya ni dah jadi naqibah sejak 5 tahun lalu (waaah), kami sangat berbeza, kadang-kadang si suami halang pula isteri untuk ke daurah."
Akhirnya, suami dituduh melambatkan gerak kerja dakwah si isteri dengan alasan suami tak faham tanggungjawab dakwah. Oh NO!

Buat yang telah menemui pilihan hati yang secocok dari segi dakwah dan tarbiyah, mabrouk! Bersyukurlah kerana bukan semua ikhwah dan akhwat dianugerahkan kurniaan sehebat itu. Semua orang mengimpikan agar mereka juga dijodohkan dengan orang yang telah disentuh tarbiyah supaya baitul muslim yang dibina dapat membina baitul dakwah untuk kemaslahatan ummah! Oh memang indah tetapi Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Apa yang diberi, itu lah yang terbaik!

Ikhwah akhwat yg disayangi, bukankah kita sentiasa berpegang teguh pada semua firman Allah.

"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." An-Nur : 26

Habis tu, kenapa ada ikhwah dan akhwat yang baik-baik belaka ni dapat jodoh dengan orang yang tak berapa baik? Marilah, saya nak ajak diri saya dan ikhwah akhwat sekalian untuk kita sama-sama muhasabah dan menilai semula istilah baik yang Allah sebutkan dalam firman di atas.

Pertama, marilah kita menilai dan menghisab niat kita untuk mendirikan baitul muslim ini. Pesanan seorang ustaz, kata beliau "kalau kursus pra-perkahwinan tu ada 10 sesi, 8 daripadanya perlu membincangkan soal niat". Penting rupanya niat ni. Memang tidak dapat disangkal lagi kerana dalam sebuah hadis yang sangat masyur di kalangan kita,
Innamal a'ma lu binniat. Wainnama likullimriin ma nawa. Setiap amal itu bergantung kepada apa yang diniatkan.

Bilakah kita perlu memasang atau memperbaharui niat? Kata seorang akh yang sudah lama di dalam tarbiyah ini, beliau memesan agar kita mulakan niat yang betul sewaktu berazam untuk melangsungkan baitul muslim, niat ketika menetapkan kriteria-kriteria pasangan,niat ketika memulakan proses baitul muslim, niat ketika melihat calon isteri/suami, niat ketika berjumpa dengan keluarganya, niat ketika menentukan mahar dan syaratnya, niat ketika membuat persetujuan dan penerimaan, niat semasa membuat perancangan walimah. Perbaharui niat setiap masa dan ketika wahai ikhwah dan akhwat! Niat kerana apa? Wajiblah kerana Allah dan hanya kerana Allah.
Bukan sebab rupa, harta, nak kampung dekat-dekat, sebab nak sama itu dan ini. Astaghfirullah. Moga-moga setiap tindakan hanya dipandu oleh Nya, bukan dipandu oleh nafsu, mahupun syaitan.

Kedua, jangan bimbang jika kita ditaqdirkan berkahwin dengan pasangan yang tak sesempurna dan tak sebaik kita. Tidak kira apa juga keadaan, selagi kita tunduk dan patuh pada Allah, maka Allah akan memberi kemuliaan kepada kita. Apakah bentuk kemuliaan ini? Oh, ada bermacam-macam bentuk. Antaranya, Allah bagi dalam bentuk ujian melalui pasangan hidup. Contohnya seperti Nabi Nuh dan Nabi Lut. Mereka adalah hamba Allah yang sangat taat dengan perintah Maha Pencipta. Tapi Allah taqdirkan pada mereka pasangan yang kufur. Selain itu, ada juga kisah-kisah untuk wanita yang mempersuamikan orang yang tak baik seperti Asiah dan Firaun. Maha Suci Allah dan Allah itu Maha Adil. Yang taat akan masuk syurga. Yang kufur akan masuk neraka. Berbeza kesudahan walaupun mereka itu suami isteri.
Untuk yang ini, saya teringat firman Allah dalam surah At-Tahrim, ayat 10, 11, 12. Allah menceritakan tentang kesudahan isteri-isteri yang bersuamikan nabi, isteri yang bersuamikan Firaun, dan ibu yang tak bersuami seperti Mariam. Nanti cuba selak dan hayati kisahnya, okay!

Ketiga, mengapa kita persoalkan "kenapa aku baik, tapi pasangan aku tak baik pun?". Allahu Allah. Usaha memperbaiki diri yang ikhwah dan akhwat lakukan itu mungkin terpancar dari segi zahirnya. Memang semua orang hormat kepada kita kerana amal fardhi kita tiptop, ilmu kita tinggi menggunung, yang zahir semuanya nampak hebat dan mantap! Tapi mari muhasabah, dari segi dalaman, hati kita ini, adakah betul-betul mulia? Adakah sentiasa ikhlas dalam beramal? Adakah kita memang meninggalkan prasangka-prasangka buruk kepada manusia? Entah-entah, boleh jadi hati kita lebih teruk kerosakannya kalau nak dibandingkan dengan pasangan kita yang nampak buruk pada zahirnya itu. Maka, apabila ditimbang-timbang, setara saja kita dengan pasangan yang bagi kita 'biasa-biasa' tu. Kita ni, di luar baik, di dalam jahat. Tapi si dia, di luar nampak biasa tapi hatinya, fuuuhhh!

Keempat, kita persoal "kita baik tapi pasangan tak baik" kerana kita sendiri tak malu dan perasan yang diri kita ni baik. Oh MALUUUU~ Tapi sebenarnya, kita sendiri tak sedar yang kita selalu saja gagal untuk istiqamah walaupun ilmu kita luat melaut. Ini sangat-sangat bahaya wahai ikhwah akhwat kerana kita secara automatically dah menutup pintu untuk diri kita memperbaiki diri. Pesanan sahabat saya, janganlah kita termasuk dalam golongan orang yang tertipu, kononnya kita menyangka diri kita adalah orang yang sibuk tentang urusan akhirat, tetapi sebenarnya tenggelam dengan kesibukan yang kita cipta-ciptakan. Mari muhasabah wahai saudaraku.

Akhir kalam, andai jodoh sudah di depan mata, redha dengan agama dan akhlaknya, terimalah dia sebagai peneman hidup. InshaAllah sampai syurga!


Yang penuh dengan kekurangan,
El Ameerah

Sunday, January 15, 2012

Cukup sedia untuk menang?

Bismillahirrahmanirrahim
Perkongsian dari Ustazah Maznah Daud di Ikim.fm sebentar tadi.

Sewaktu Islam mula2 diutuskan pd Rasulullah, semua org kat Mekah tak dapat terima agama baru yg mengtauhidkan Allah. Rasulullah menyampaikan dakwah tentang Allah hanya Tuhan yg layak disembah dalam keadaan ditentang habis-habisan. Pernah ada suatu ketika, orang2 musyrikin Mekah negotiate dgn Rasulullah tentang siapa yg patut disembah dan mereka bagi idea supaya ada waktu, kita sembah berhala dan pada waktu yg lain, kita sembah Allah. Astaghfirullah.Org2 musyrikin marah sangat pd ajaran baru krn Islam sangat bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka yg dah lama larut dalam jahiliyyah.

Dalam tempoh tu, ramai orang2 yg pertama-tama masuk Islam seperti Sumaiyah (ummu Ammar bin Yasir) dan saudara kita, Bilal bin Rabah diseksa dengan teruk. Sumaiyah iaitu manusia pertama yg syahid dibunuh depan keluarga sendiri. Bilal pulak diseksa di tengah-tengah panas (semua orang tahu cerita sedih ni kan?). As-sabiquun wal Al-awwalun ini mempunyai iman dan pegangan akidah yg sangat tinggi. Mereka sanggup bermatian dan rela melupakan kesenangan dunia semata-mata utk mengejar cinta Allah yg Esa. Kita ni? nak bangun subuh pun liat ye tak? Qiamuail apetah lagi. Keadaan Islam di zaman awal tu sangat lah menakutkan sebab semua orang tak suka dengan org Islam. Ada satu masa tu, semua orang boikot org Islam. Tak boleh nak urus niaga dgn orang Islam. Apa saja urusan, semua tak boleh! :(

Di zaman itu, ada seorang sahabat bernama Khabab datang berjumpa Rasulullah. Beliau bertanya kenapa Rasulullah tak mintak pada Allah untuk diringankan bebanan dakwah ini. Sebab dah teruk sangat org Islam kena seksa. Tak terbayang dek akal kita sebab orang musyrikin sangatlah kejam. Kemudian, Rasulullah jawab, Baginda malu untuk berdoa diminta kurangkan bebanan ini kerana orang2 sebelum mereka menyampaikan agama tauhid sampai kepala mereka digergaji hingga terkeluar isi dan tulang. Allahu Allah.

Ikhwah akhwat fillah, pernah tak tertanya kenapa susah sangat kerja dakwah ni. Knp kita perlu bersusah payah, korbankan masa tidur, duit, rehat, tenaga dan segalanya utk dakwah ini? Kenapa Allah bagi ujian tentangan di zaman Nabi Nuh dan Nabi Hud? Kenapa susah sangat mad'u kita nak buka hati mereka terima Islam yg sebenar? Sedangkan Rasulullah yg berperibadi mulia pun dihina dimarah. Marilah kita ambil iktibar kisah2 nabi terdahulu. Allah sebenarnya sedang menguji siapa yg paling layak untuk memikul KEMENANGAN ISLAM ini.

Bilakah kemenangan akan tiba? Ia akan tiba dan akan diserahkan pada tangan-tangan yg bersedia memikul kemenangan kerana tanggungjawab selepas kemenangan itu lebih besar. Bila Islam dan jadi ustaziyatul alam, kita ada kerja yang lebih banyak untuk maintainkan kemenangan itu. Kerana selalunya, manusia akan lalai dan leka bila diberi kuasa ke atas sesuatu. Oleh itu ikhwah akhwat, kita ini sedang ditapis. Agar yang tinggal selepas ujian2 ini adalah orang2 yang kuat dan terus tsabat. Yang tinggal hanyalah orang2 yang sanggup istiqamah dalam dakwah dan tarbiyah tak kira di waktu susah mahupun senang.

Tangan yang sedia ialah orang yg tak mudah leka dengan kesenangan dunia. Sama seperti as-sabiquun wal awwalun. Kalau kita tak sanggup nak sabar, tak sanggup nak berjihad harta dan jiwa, Allah takkan bagi kemenangan di tangan kita okay? Dengan kata lain, jangan perasan nak masuk syurga.

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang2 yang sabar." (Ali Imran : 142)


Ikhwah akhwat yg dikasihi, orang2 terdahulu dah dijanjikan syurga. Apakah cara yang kita kena buat agar kita dijanjikan yurga seperti mereka? Allah takkan bagi kemenangan selagi kita belum sedia.

"Dan orang yg terdahulu lagi pertama-tama masuk Islam di antara muhajirin dan ansar dan MEREKA YANG MENGIKUTI MEREKA DENGAN BAIK, Allah redha dgn mereka, mereka redha dgn Allah. Allah sediakan bagi mereka syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kenal di dalamnya selamanya. Itulah KEMENANGAN YANG AGUNG." At-Taubah :100

Allah nak kita ikut jejak langkah mereka. Sabar dan jihad sehabis daya untuk dakwah ini. Moga2 kita tergolong bersama as-sabiquun wal awwalun ini. Ayuh menjadi muharrik dakwah! Sudah cukup lah lena kita yang panjang selama ni. Buang lah rasa mengantuk, rasa penat, rasa lapar kerana masalah ummah menuntut kita berfikir tentang perkara yg lebih besar dari itu.
Wallahua'lam.


The Miracle of Rabithah,
el ameerah

Thursday, January 12, 2012

jus tembikai yg jahat


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni belajar sesuatu dari seekor semut hitam dan juga kawan-kawannya yg mati akibat mengerumuni jus tembikai yg diisi dalam cawan comel atas meja makan. Mula-mula semut hitam tu panjat cawan tu, mungkin sebab berselera dengan kemanisan gula dalam jus sbg santapan tengah hari utk dia. Lama-lama, makin banyak semut yang datang nak panjat cawan berisi jus yg manis tu. Sekor, 2 ekor, 10 ekor, 25 ekor, makin banyak!Ukhwah yg hebat antara semut2 sebab tak monopoli makanan sorang2, sanggup nak berkongsi dgn kawan2 lain.

Saya biar dan terus memerhati semut2 hitam tu semua. After seminit, semua semut dah mati terapung dalam jus tu! OH NO! Apa yang berlaku ni? Bukan ke mereka panjat cawan yang "tinggi" tu semata2 utk mendapatkan makanan yg akan buatkan mereka kenyang dan terus hidup ?! Tapi, akhirnya mati tanpa dapat keluar dari tempat tu semula dan mati lemas tak pasal2.. sobss.. :(

Seperti semut yg sukakan benda manis, manusia juga suka benda2 best yg akhirnya akan membawa mereka ke arah "kematian". Kematian ruh dan kematian hati. Benda2 best tu namanya ialah JAHILIYAH! oh scaryyyy~

Masa bulatan gembira hari tu, semua akhwat senaraikan benda2 jahiliyyah yg kita selalu buat dan sangatlah susah nak tinggalkan those things. Lagi teruk, kadang2 kita rasa benda tu tak bersalah pun sbb ade perbuatan jahiliyah yg nampak mcm kecik. Padahal, bila buat semua2 ni, secara automatic, kita memang tak ingat kat Allah dan focus kita utk menjadi hamba dah diversify ke benda lain. Astaghfirullah.

Bila kita tengok cerita korea, oh no! pastilah terpegun ternganga tengok keromantikan kisah cinta mamat yg hensem tahap dewa dan dgn kekasih dia yang comel. Mula lah, semua nak berangan2, feeling2 terover, nak solat pun lambat sbb nak habiskan episode demi episode. Sama je kalau kita tengok cerita melayu mcm Tentang Dhia yg ditayang exactly pd waktu maghrib. *oh terkena diri sendiri*. Tarikan jahiliyyah yg sgt kuat akhirnya berjaya melekatkan badan kita atas sofa, atas katil utk terus menonton dan melewat2 kan solat.

Buat yg suka tgk movie, kdg2 blh duduk berjam2 dalam panggung wayang dan ada pulak yg buat2 pejam mata je bila tayangan tu berlangsung dlm keadaan kita tak solat lgi. Lagi teruk, kalau pegi dgn boifren *Allah, maafkan kami ye*. Tak ingat Allah dah time tu ek? Cmne nak ingat, kalau nafsu dah mula naik pangkat jadi tuhan?

Apa lagi benda jahiliyyah eh? Oh Couple. Tak kisah lah couple bdk sekolah ke, couple islamik ke, kalau belum kawin, tak boleh couple2 kay. Secara automatic, langkah kaki kita dan menghampiri zina. Saya bkn cakap kosong, but it is really make sense. Jangan gatal nak cuba2. Lama2, nanti akan membawa kpd zina juga. OH Islam tu indah dan selalu bg jalan penyelesaian. Kalau mampu, kawin lah. Kalau tak mmpu, wajib putuskan relation tak halal tu. Kalau dah putus, halanglah nafsu dgn berpuasa. Oh yeah, pasti berkesan!

Oh ada ayat Quran psl cara pemakaian jahiliyyah. Ingat tak dulu2, kita belajar pasal aurat masa darjah 4? Kalau dlu, kita pegi ngaji petang2, smua comel2 pakai baju kurung, tudung ikat tengah. Tapi bile dah khatam, takyah pegi kelas ngaji. Habis spm, tudung dah terbang. Rambut pulak yg ditayang2. Pling sedih, kalau pakai tudung tpi baju ketat atau berlengan pendek. Hiasan melebih2. Make up, bertabur2 kat muka. Hadoyai! Tak cantik lah sebab tak natural.

“Betapa indahnya syurga itu sehinggakan kalau kita mendengar tentangnya , semua hati akan tertarik untuk memasukinya. Tetapi Allah pagar syurga itu dengan ketidaksenangan. Dan betapa dahsyatnya neraka sampai malaikat kata kalau org dengar tentangnya, ‘confirm’ takut nak masuk kedalamnya. Itu baru dengar, belum lihat dengan mata kepala sendiri lagi. Kemudian, Allah pagar pula dengan kesenangan.” – muharikah.com

Takmau jadi macam semut tu ye. Kalau kita terus hanyut dengan kepekatan jahiliyyah ni, lama2 kita akan "mati lemas" dgn hasutan2 syaitan yg terus mengaburi mata kita. Nanti, kalau dah lemas mcm semut tu, sapa nak selamatkan? Mestilah kawan2 kita ye tak? tapi kalau kawan2 kita pun buat benda2 jahiliyyah, sapa nak selamatkan sapa????

Jahiliyyah mmg best kan? so, kena take time utk ubah sikit2. Tinggalkan sikit demi sikit. Bukan semua org boleh berubah tup tup sekelip mata. Baby pun ambik masa setahun utk boleh berjalan dengan baik. Yang penting, wujudkan perubahan walaupun sikit. Allah akan reward smua tu. babai.

wallahua'lam

El Ameerah

Wednesday, November 30, 2011

Kini berubah


Wanita itu, kini telah berubah.

Aku terpegun melihat wanita itu. Yang bangun seawal pagi, pasti sediakan 20 minit sebelum waktu subuh supaya sempat dirinya mendirikan solat tahajud, solat taubat dan apa2 sahaja zikir sebagai permulaan harinya. Hatinya sayu bila mendengar azan disamping bersyukur kerana diberi peluang hidup utk sehari lagi. Solatnya khusyuk, tiada terlintas hal dunia. Sujudnya penuh zuhud. Doanya penuh rasa hamba. Tak lupa utk mengajak ahli rumah yg lain ikut berjemaah utk solat fajar.

Selesai bersalaman dgn jemaah sebaris, sama2 membaca mathurat dan beberapa helai bacaan Quran. Agar tenang hatinya mengingat pd Al-Khaliq. Kaki segera digerakkan utk mengemas rumah agar hari dimulakan dgn bersih. Jika sunat berpuasa, maka dia berpuasa. Kalau tak berkesempatan, cepat saja tangan mengatur bahan utk sediakan sarapan. Suka rasa hatinya dpt menjamu ahli keluarga dan akhwat lain.

Selesai semua, pasti bersegera utk tunaikan tanggungjwb sbg pelajar. Sebelum melangkah keluar, selesai memperbetul niat, pasti sempat saja dia bersiap2 dgn penuh sederhana dan mendirikan solat dhuha. Itu antara ibadah yg dia takkan tinggalkan. Hebat. Dalam perjalanan, tiada apa yg sia-sia, cukup dengan mendengar rakaman ceramah2 pengisian dari murabbi2.

Dalam kuliah, pasti bersungguh2 kerana menuntut ilmu juga suatu jihad baginya. Sempat saja dia berukhwah dgn akhwat sekelas. Bertanya khabar, bertukar2 ilmu dsb. Jika ada masa terluang sepanjang dia di uni, pasti dia curi2 masa utk check email atau apa2 notification yg selalunya penuh dgn kerja2 panggilan dakwah. Usrah di sini, daurah di sana, urusan mentajmik mad'u, hal2 palestin, kerja Islamic Society di uni, berukhwah dgn akhwat dan mcm2 lagi. tak pernah habis! Dia kuat dan sentiasa bersemangat walaupun selalu saja kesihatannya tak mengizinkan dia utk bergerak selaju itu utk dakwah ini.

Setiap hari, takkan pernah lupa utk bersedekah. Ada saja yg nak diinfaqkan pd dunia ini. 10 minit pasti diperuntukkan utk dia berjalan2 sebelum pulang ke rumah utk mencari pengemis2 jalanan yg perlukan sesuap makanan. Kdg2, menghulur duit, kdg2 dibelikan roti.

Solatnya pasti di awal waktu. Sangat takut jika yg wajib itu tak lengkap, maka solat rawatib juga diiringi bersama2 solat fardhu. Cukup istiqamah! Tak pernah dia terlupa utk mendoakan yg terbaik utk agamanya iaitu dakwah ini, utk dirinya, keluarganya, utk ummah sesisi dunia agar semuanya tunduk pd Allah. Impiannya hanya satu, utk menarik seramai mungkin manusia utk melangkah ke alam syurga dan meninggalkan hanya iblis dan syaitan di alam neraka. Ini hanya tercapai bila Ustaziyatul Alam dipegang oleh penggerak dakwah ini.

Tiba gilirannya utk memasak, pasti dibuat dgn penuh ikhlas, bersungguh2 dan penuh kasih sayang. Agar yg merasa air tangannya, bkn sahaja mendapat kenyang, tp juga mendapat rahmat dan keberkatan Allah. Tak pernah lupa mengingatkan diri dan teman2 yg lain utk memulakan segalanya dengan doa. Akhwat juga manusia biasa, mungkin kdg2 terlupa adab2 makan yg Islam ajarkan. Wanita ini yg pastinya menghulur teguran penuh hikmah agar akhwat yg lainnya berubah. Kdg2, yang pakai kasut mula dgn kaki kiri juga diberi teguran. Hebatnya dia dlm menjaga adab dan akhlak.

Auratnya tak pernah sekali dihidang pada lelaki ajnabi. Itu yg sangat dijaga kerana takut dgn perintah Allah. Hubungannya dgn lelaki, tidak berlaku sebarang ikhtilat kerana dia hanya berhubung atas dasar yg perlu dan dibenarkan syarak. Facebook, email, phone, smuanya bersih dari sebarang benda yg blh menimbulkan fitnah. Ada juga lelaki2 yg pernah jatuh hati atas nilainya yg solehah, tapi Alhamdulillah dia masih kuat dgn berdirinya hati dan jasad itu di belakang benteng iman.

Sebelum menutup mata utk mengakhiri harinya, pasti dia akan maafkan sesiapa saja makhluk di bumi ini agar terhapus dosa2 mereka padanya. Doa dan niat utk qiamulail pasti berbisik di hatinya. Kdg2, dia terjaga, kdg2 tewas juga pd nafsu tidur. Kalau dulu suka menyumbat telinga dgn lagu2 english yg dinyanyikan oleh western singer, skrg, hanya alunan Quran dan nasyeed menjadi peneman hingga dia terlena.

Mungkin bg orang lain, apa yg dilakukan nampak kecik dan tak seberapa jika nak dibandingkan dgn akhwat yg lebih hebat. Tapi ketahuilah, utk melakukan ibadah2 yg nampak mudah itu sebenarnya menuntut kekuatan mujahadah yg tinggi. Siapa sangka wanita yg solehah ini dahulunya pernah hanyut dgn arus jahiliyah. Pasti aib kalau hendak dikongsi kerana terlalu jijik dan hina keadaannya sebelum mengenal tarbiyah ini. Alhamdulillah, Allah menutup segala yg buruk tentang dirinya dari pandangan manusia.

Wanita itu, kini telah berubah. Gigih mengejar istiqamah kerana dirinya masih rapuh dalam menahan cinta pd dunia. InshaAllah, selagi ada yg sudi memimpin hingga ke akhir hayat, jalan tarbiyah dan dakwah ini pasti menjadi pilihan. Semoga Allah memandu hati wanita itu agar segalanya hanya kerana Allah.

1 Dec 2011, 1:27 am


Tuesday, November 29, 2011

What you see is what you get.


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah tadi b'kesempatan utk join ceramah ustaz Pahrol yg bertajuk Cinta Kerana Allah. Saja nak berkongsi apa yg ustaz Pahrol cerita masa di masjid tadi tentang cinta dlm hubungan suami isteri.

Apa yg kita dapat dari pasangan kita, bergantung pd bagaimana kita memandangnya. What you see is what you get. Jika kita pandang pasangan kita sebagai seseorang yang sedikit manfaatnya, maka itu lah yang kita rasa. Tapi kalau kita sentiasa mengangkat dan menghargai pasangan kita sbg seorang yg cukup memberi manfaat pd kita dan ummah, maka begitulah yg akan kita dapat yakni, manfaat tersebut.

Dalam berjuta2 orang yang melihat laut, ada yang terpegun dengan indahnya deruan ombak. Dan ada pula yg hanya terpaut pada buih2 yang terdampar di gigi air. Mungkin bagi mereka, manfaatnya adalah utk bagi ketenangan dari environment yg busy.

Bagi siapa yang lihat laut dengan lebih dalam, mungkin dia akan tertarik pada ikan2 dan hidupan2 laut contohnya macam nelayan. Bagi dia benda tu yang memberi manfaat padanya. Lepas tangkap banyak2, boleh jual kat pasar utk menyara keluarga.

Siapa yang menyelam lebih dalam, mungkin boleh terjumpa mutiara yg dlm oyster tu. Utk yg ni, mungkin bagi mereka, mutiara tu blh dijadikan hiasan pd barang kemas mcm cincin, rantai etc etc. Itu lah yg nampak bermanfaat bg mereka.

Somehow, mungkin ada yang tengok lebih daaalaaamm lagi, mereka blh jumpa petroleum di bwh dasar laut utk buat isi minyak kereta. Pun boleh bagi manfaat pd manusia jgk.

Orang yg melihat 1 laut yg sama, mungkin akhirnya dapat manfaat yg berbeza2. Begitu jugak dgn cara kita memandang pasangan kita. Lihatlah pasangan sbg seorang yang inshaAllah memberi manfaat. Walaupun kadang2, kita tgk isteri or suami kita tu buat benda simple2, tapi percayalah setiap perkara yg dibuat tu, inshaAllah sebenarnya memberi kemudahan dlm urusan kita.

Seorang isteri, especially suri rumah akan siang ikan dalam 5 ekor sehari utk lunch. (depends on bilangan ahli rumah). Dalam seminggu dia akan siang 35 ekor ikan. Dalam sebulan? 150 ekor.. Dalam setahun? 1825 ekor! Cuba bayangkan kalau usia perkahwinan dan mencecah 10 tahun, oh isteri yg kita rasa selama ni mcm tak berapa nak bagi manfaat dalam hidup kita, sebenarnya dan mudahkan urusan kita dengan berjaya menyiang ikan sebanyak 18250 ekor! Allah. banyaknyeee~ Berapa ramai suami yg dgn rendah hati ucapkan terima ksh hanya kerana usaha isteri utk siang ikan. Nampak simple. Tapi cukup memberi manfaat pd perut suami. -__-

Ikhwah akhwat yg dikasihi, setiap kebaikan yg pasangan kita lakukan, pandanglah dengan penuh manfaat agar kita tahu cara utk menghargai. Kalau pandang sebelah mata, kesian kat pasangan tu. sobss..~


Yang suka makan ikan,
El Ameerah

Monday, October 31, 2011

Kafarah

photo by huda


Astaghfirullah, semoga sakit yang sedang dilalui menjadi kafarah dosa. :'(

Daripada Ibn Abbas, Rasulullah bersabda
2 nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu
as-sihah (sihat) dan al-faragh (masa lapang).

Cuaca di bumi kangaroo tak berapa stabil. Sekejap2 terlalu sejuk, sekejap2 terlalu panas.
Be strong akhwat semua!

Aktiviti dakwah dan tarbiyah seperti usrah, study, berukhwah, projek2 musim panas, makan, etc agak terganggu just because of kesihatan diri yang kurang baik lately. Semoga dengan setiap sakit yg dilalui dapat menghapuskan dosa2 lalu. Amin.

Ikhwah dan akhwat sekalian, jagalah kesihatan kerana nikmat sihat adalah sangat perlu agar kita menjadi muntij dalam kerja2 dakwah. Jangan menzalimi diri sendiri dgn pengurusan masa yang tak teratur seperti tidur lewat, jadual makan tak menentu, etc etc.

Saya tahu semua orang sedang sibuk dgn persiapan exam dan persediaan kerja2 untuk projek dakwah yang bergunung2 banyaknya. Tapi, berlaku adil lah dengan jasad kita.
*pesanan khas untuk diri sendiri*

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.

~Allahumma a'fini fi badani, Allahumma a'fini fi sam'i, Allahumma a'fini fi basori~

Allah,
heal me
:'(






Thursday, October 27, 2011

Rindu

Ya Allah, sungguh sepi malam ini. Rindu. Terasa sunyi. Rindu pada tanah haram.

Tak puas tengok kat gambar je. Jeles tgk orang yg blh pergi banyak2 kali. Bila dengar ada orang nak pegi sana, rasa excited sangat nak tahu macam2 yang mereka lalui.

Macam mana lah perasaan solat depan kaabah tu. So far, takda sapa yg berjaya describe sbb mereka yang dah bepeluang, semuanya speechless. Suatu perasaan yang takda kata yang boleh nak gambarkan.

Sayu dengar bacaan dalam solat berimamkan imam masjidil haram.

Rindu. Rindu tanah haram. Walaupun tak pernah pergi, tetap rindu.

Sunday, October 23, 2011

it is private!

Tips # 2

Assalamualaikum.

How am I going to show my love and passion to my partner (wife/husband). I always see a husband and his wife go in front of everybody to show how much they love each other.

Show your love to your partner privately. Not publicly. That is the different between Muslim and non-Muslim in showing love.

It is a norm to see couples hugging or doing whatsoever publicly.
For non-Muslim, "What's wrong with that? If you love someone, obviously you wanna show it!"
But in Islam, keep it secret! :)

Why do you need to keep it privately?

1. It is tempting the other people who is not afford to get married. Oh kesian kat mereka~

2. Other will compare his/her partner's weakness with yours.
"How sweet is your husband, not like mine" *sad sad sad*

3. Will lead to riya' because you love other people to look at you and your partner in showing love. Kena syg isteri dengan ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

p/s: pasangan anda bukan pameran!


oh tersuka.

Tips 1 :

What should I do if I like or love someone? How am I going to know him before I want to marry him? Can I straight away using facebook, phone calls, yahoo messenger or twitter to say hi, stalk everyday and keep updating his daily activities?

Islam gives the best solution. First, find someone who is reliable and can guide you in Islamic way, for example, your parents or aunty and uncle or someone older. Dan kalau ada usrah, mintak tolong naqib or naqibah selidik2.. hehe.. Ask them to go to the guy that you love and meet up with his family to find out how is that guy's behaviour.

Do you know, only by looking at him, our parents have kinda feeling that we call as INSTINCT, either he is the best person for you or not. Sometimes, we can see his akhlak by looking at the way he speaks with elders, the way he laughs, the way he eats, does he lower his gaze, the way he walks, what does he wear, how he spends money, does he care about prayer etc etc. Does he portray Islam? Hurm, Let your parents find out! Mak ayah kita mesti tahu apa yg baik dan apa yg tak baik.

Dont gatalgatal pi jumpa sendiri na! Takmau stalk2..Nanti sakit mata..


Nikah Connecting People


Bismillahirrahmanirrahim.

Niat hati sebenarnya taknak pegi pun Marriage Course tu hari ni. Tapi dah ditaklifkan untuk menjaga bahagian makanan, jadi datang lah jugak.

Subhanallah kehadiran yg penuh hikmah. Sangat membantu diri ini yg masih berkira2 untuk membuat keputusan tentang pengakhiran zaman bujang (ayat poyo). Alhamdulillah. Jazakallah Syaikh Aslam Abu Ismaeel for the great sharing!

Dengan tema FOREVER IN LOVE, terlalu banyak perkongsian yg lebih membuka mata hati. Bermula dengan persiapan sebelum kawin, proses meminang, nikah, melayari bahtera rumah tangga, mengurus anak, menjadi isteri/suami yg solehah/soleh, kesusahan mengandung, sakit bersalin, menyusukan anak, emosi2 dan banyaaaakk lagi!

Sangat dibuai2 dengan kisah romantik Rasulullah bersama Saidatina Aisyah dan isteri lain. Terbuka mata dengan tindakan Saidatina Khadijah yang melamar Rasulullah.

Hati terpaut dengan kehalusan ajaran Islam dalam menyatukan 2 jiwa. Subhanallah! It is completely amazing~

InshaAllah akan share sikit demi sikit drpd apa yg dah dipelajari sepanjang one-day-course tu. Atas pemintaan sahabat2, sy akan post bila sy free ye.

Buat sesiapa yang sedang bercouple, ada 1 rahsia yang korang tak tahu. Percintaan selepas kawin lebih indah dengan bunga2 mawaddah dan rahmah. Pegi try kalau tak percaya. =)


Hati bungabunga,
El Ameerah

Friday, October 21, 2011

bukan aku.


Aku bukan permata yang jauh lebih bernilai berbanding batu jalanan.
Aku bukan langit cerah yang duduk lebih tinggi berbanding bumi.
Aku manusia biasa.
Punya kelemahan.

Buka mata hatimu.
Mungkin aku selayak batu jalanan.
Mungkin aku serendah bumi pijakan manusia.
Mungkin aku tak setinggi spti yang disanjung2.

Sucikan hatimu dalam memilih yang haq.
Jangan kotori niatmu dengan sesuatu yg bukan syarak.
Mulakan langkahmu dengan dorongan iman.
Semoga Allah memandu akal, hati dan jasad.

Selamatkan aku dari fitnah dunia yang semakin angkuh.
Allah...






Wednesday, October 19, 2011

Oh, sebenarnya belum.


Sekarang ni, rumah meriah dgn kedatangan aunty2 dari Malaysia. Best sangat.

Aunty Fairuz : I rasa Amira ni dah kawin lah. Tapi tak tahu suami dia duduk mana.

Aunty Siti : .........

Aunty Fairuz : Cuba you tengok ni, candle2, keychain, card2 ni semua romantic2. Suami dia bagi lah tu.

Aunty Siti : Nanti kita tanya dia.

Aunty Yong : Ni apa dia ni? A Little Book Of Quotations. Meh bukak tengok.

Aunty Fairuz : Meh nak baca. To my wife.........bla bla bla...

Oh, aunty2 semua, anda comel tahu tak? Hadoii..

Jom invest!


Bismillahirahmanirrahim.
Apabila diukur nikmat dunia ini, maka ia hanyalah sedikit berbanding nikmat di syurga.

Dalam bulatan gembira minggu lepas, mereka cakap pasal account bank.
Orang2 kaya yang ada harta banyak dalam bank, dia mesti suka bila jalan sebelah bank tu. Rasa selamat. Rasa bangga. Rasa terjamin if in case ada apa2 emergency happen. Sebab duit dia banyak dalam tu.

Tu account dunia. Account akhirat? Hurm..Kalau account akhirat kita banyak, pastilah kita suka dengan kematian. Suka cakap pasal mati sebab tak sabar2 nak jumpa Allah. Asyik cakap pasal akhirat je. Rasa selamat. Rasa tenang. Investment dalam tu dah berjuta2. Pastilah terjamin. Kerana dia sudah memewahkan negeri akhiratnya walaupun negeri dunianya sangat miskin.

Tapi kalau orang2 miskin yang sedang berhutang dengan bank, bila lalu je sebelah bank tu, muka dia tunduk je. Sebab dia berhutang dan tak cukup duit nak bayar balik. Bila nak bayar pun tak tahu. Interest on loan dan menggunung2 (Bila Msia nk buang riba'? haishh). Bukan setakat lalu, tapi nak tengok lambang bank tu kat mana2 pun jadi takut. Jadi risau. Jadi tak suka.

Samalah, jika kita banyak berhutang dengan Allah, jadilah kita seperti orang miskin tu. Rasa taknak jumpa Allah, sebab tak besedia. Belum cukup amal. Ingat mati pun taknak. Dengar cerita pasal akhirat pun taknak. Kerana dia sibuk memewahkan negeri dunianya dan lupa untuk membina semula negeri akhirat yang dah lama muflis.

Binalah dan mewahkanlah negeri akhirat kita agar cukup segala bekalan apabila waktu untuk berjumpa Rabbul Izzati dah tiba. Jangan biarkan negeri akhirat terus miskin dan musnah begitu saja. Biar berpondok2 di dunia, tapi bermahligai di sorga.

Bagaimana mahu memewahkan negeri akhirat?

1. Sedekah jariah
Guna segala harta ke jalan Allah. Blh tolong orang, blh belanja mak ayah, belanja adik2 bulatan gembira, infaq pd dakwah, blh bagi pd yg memerlukan etc etc.

2. Ilmu yang bermanfaat
Sebarkan ilmu agar org lain juga dpt beramal dgnnya. Gunakan facebook, twitter, blog, youtube dan apa2 sahaja cara untuk sampaikan ilmu.

3. Doa anak yang soleh
Kalau takda anak???? Oh takpa, kita kan ada keluarga dan kawan2 yang tetap akan mendoakan kita. Sebab tu lah, pentingnya memilih kawan. Kawan utk dunia dan akhirat. Bukan dunia saja.

Dunia ini dicipta untuk manusia. Gunakan ia untk akhirat kita! Jom Invest banyak2... =)



Friday, October 14, 2011

Modest


Julia Ahmad : Hi, I wanna ask something about your religion. Does Bible give any guidance for women regarding what to wear.

Brendan : Hi, I am Brendan, the pastor. Yes, Bible says that women should wear anything which is modest.

Julia Ahmad : Oh really? Referring to your Bible, could you please show me which one does wear modest clothes here?

Brendan : Look at that women, with long sleeve black top and loose long pants.

Julia Ahmad : Oh, that girl? Then, show me which one is not.

Brendan : Look at the women beside her. She's wearing dress and not covering the chest part. It makes her look seductive. It is not modest.

Julia Ahmad : So, do you define 'modest' as covering women body? In that case, we are the most modest than they are. We cover everything. So, are you trying to say that Al-Quran is better in guiding women what to wear? Because it says that women need to cover every part except face and palm.

Brendan : .....................

Julia Ahmad : Okay, thank you. I want perfection. Quran is perfect. Bye. See ya. :)



Thursday, October 13, 2011

My wish


Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang. Maha suci Allah yang memastikan setiap urusan alam tersusun indah. Maha suci Allah yang menurunkan rezeki pada setiap makhluk. Maha suci Allah yang melindungi orang2 beriman. Maha suci Allah yang menerima taubat hambaNya. Maha suci Allah yang memandu hati2 manusia ke arah Islam. Maha suci Allah...

Pernah aku bertanya kepada manusia..
Apa yang kamu mahukan dan belum pernah tercapai?

Banyak jawapan2 yang mengikut logic manusia, memang tak salah. Tak salah nak kerja bagus2. Tak salah nak ada rumah besar. Tak salah nak travel satu dunia. Tak salah nak ada suami yang penyayang. Tak salah untuk ada keinginan2 itu.

Tapi, dalam banyak2 jawapan mereka, aku tertarik dengan seorang hamba Allah ni.
Jawapan dia..

"SAYA MAHU BERTEMU ALLAH DI SYURGA."

Katanya..
"Saya nak melihat Allah di syurga. Suatu nama yang saya sebut2 dalam solat dan doa. Saya baca dan fahami kalamnya setiap hari. Allah yang memastikan jantung saya berdenyut sewaktu jaga dan tidur. Allah yang telah memberi ketenangan pada hati. Yang menguruskan pertemuan kasih sayang bagi orang2 beriman. Yang berada dengan saya dalam susah dan senang. Yang sentiasa memerhati dan melindungi saya. Selalu memaafkan kesalahan saya. Terlalu banyak reason kenapa nak jumpa Allah, kak."

Tapi pernahkan kau berjaya melihat matahari dengan matamu tanpa cermin mata hitam. Tetapkan pandangan mu seminit. Pasti matamu sakit disambar terik mentari. Apabila mahkluk ciptaanNya pun kita tak mampu nak tengok, apatah lagi untuk melihat Al-Khaliq yang Maha Besar.

Dan ketika Musa datang pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan berfirman kepadanya
Musa berkata, "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diriMu) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau." Allah berfirman, "Engkau tidak akan sanggup melihatKu, namun lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap di tempatnya nescaya kau dapat melihatKu." Maka ketika Tuhannya menampakkan (keagunganNya) kpd gunung itu, gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Setelah Musa sedar, dia berkata "Mahasuci Engkau dan aku adalah orang yang pertama-tama beriman"
(Al-A'raf :143)

Wahai ukhti tercinta, sungguh besar impianmu. Teruskan dengan berdoa. InshaAllah pasti kau kan bertemu dengan kekasih hatimu, Allah aza Wajalla. Jadi yang terbaik dalam deenul Islam agar kau berjaya untuk ke syurga. Betapa besar kuasa Allah sehingga hancur gunung itu apabila Allah menunjukkan kekuasanNya. Semoga impianmu terkabul kerana Allah akan memberi apa sahaja yang kamu minta dengan kekuasaanNya.

Ud'uni, astajiblakum
Berdoalah kepada Ku, necsaya Aku akan perkenankan bagimu
(Ghafir : 60)


Yang mahu melihat Khaliq,
el ameerah






Akan ku warnai jiwamu


"Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) - tmpt Adam, n Hawa btemu stlh mereka dicampakkn ke dunia...Kat sini amat mustajab utk bdoa berkaitan dgn jodoh, kasih sayang n sbgnya..kalo rase nk berjumpa jodoh cepat2, boleh doa kt sini, insyaAllah dipermudahkn Allah.."


Khas buatnya yang mula mengisi ruang hati,
Aku belum bersedia,
maka aku memuliakan cinta ini dengan berdiam diri.
Diamku ini bukti kesetiaan diri dan kesucian hati.
Memori mujahadah yg penuh cabaran
akan kukongsi selepas kita diijab kabul.
InshaAllah
Aku mencintaimu dalam diam.


Akan ku warnai jiwamu
Dengan warna yang indah.
Tak mungkin pudar.
Semoga jarak yang terbina ini
terus menjadi benteng iman.

el
ameerah

mode: Warna Warna Cinta by Brothers


Wednesday, October 12, 2011

Don't Sleep


"Dan Dialah yang menjadikan malam untukmu sebagai pakaian dan tidur untuk istirehat. Dan Dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha"
(Al-Furqan:47)

Wake up people! Jangan tidoq selepas subuh. Siang untuk bekerja/study/dakwah/makan etc etc. Kita tido waktu malam ye. Selepas ni, jangan stay up sampai lewat sangat sebab Allah suruh rehat. Tidur awal, bangun awal, hidup bahagia. Ataupun tidur lambat (tak cukup rehat), bangun lambat, lepas tu OH MENYESALNYA. Kenapalah aku tidur lepas subuh tadi, kan dah terlajak sampai tengah hari.

BANGUN BANGUN! Pergi main masak2 ke, bersihkan diri ke, layan mathurat ke, baca Quran ke, kemas2 bilik ke, study ke, jogging ke, sarapan ke. Apa2 sahaja selain tidowww~

Ini pesanan khas untuk diri sendiri. Sobsss~

What if I die today.


There are too much sins that we've done. Too many things that we did wrongly. We beg for your forgiveness, Allah. How it will be? Are we able to face the sakaratul maut in a nice way? Make it easy for us, Allah. :'(

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati (Al-Anbia' : 35)

2 hari lepas, hampir2 dilanggar kereta masa nak lintas jalan. Mengelamun agaknya. Alhamdulillah terselamat. Allah masih memberi kesempatan pada diri ini untuk menebus dosa2 lalu. Thanx Allah. Andai kata kereta tu tak sempat brake, maka sekarang dah takda lagi kudrat utk membebel2 di sini. Hurm. Terdetik kat hati, apa yang akan berlaku pada harta2 dan apa saja kepunyaan kita selepas kita mati. Allah, tolong tutup aib kami selepas kami meninggal dunia. :'(

1) Duit

Semalam, orang bank tu cakap, once kita dah disahkan mati, mereka akan pass duit simpanan pada keluarga terdekat if kita tak provide any wasiat semasa hidup. Jadi, pesan lah siap2 pada ahli keluarga agar mereka gunakan duit2 kita di jalan Allah agar pahala sentiasa berterusan walaupun kita dah dalam kubur. Ataupun, bagi siap2 account username dan internet banking password pada kawan2 terdekat (bagi yg di oversea) supaya mereka blh uruskan jika family kita tak dapat terbang ke negara tmpt kita study.

2) Facebook

Password facebook selalunya tak di share dgn sesiapa kan. Dalam dunia ni, kita je ada authority utk log in facebook kita. After kita mati, siapa nak uruskan? Siapa nak tolong delete/deactivate account kita? Plus, mesti after berita kematian kita tersebar luas, semua kawan2, sedara mara nak wish takziah kat wall kita tu. Buat siapa2 yg rindu, mereka mungkin akan scroll photo2 kita masa hidup dulu. Kalau photo tak tutup aurat dan dilihat oleh lelaki ajnabi, habislah dosa tak putus2 walaupun dah dalam kubur bertahun dan berkurun lamanya.

3) Handphone

Orang yang diamanahkan utk mengambil alih phone kita mesti akan tengok2 benda2 best dalam phone tu (cth: inbox message, photo, etc). OH, kalau kita message2 dengan boifren/gelfren, semua orang yang masih hidup berpeluang untuk baca. MALUUU~~
Kalau ada photo dengan boifren/gelfren yang tak patut? Hurm.. Semua orang akan tengok dan mungkin akan buat spekulasi itu dan ini. :(

4) Laptop

This is another thing which is really private. Terlalu banyak yang kita simpan dalam laptop. Watch out guys. Once u die, everyone can access in whatever you have in the computer. Mungkin ada banyak benda yang mengaibkan dalam tu, but once kita mati, aib akan terbuka sendiri di hadapan org2 yg masih hidup.

5) Buku + Al-Quran

Ni antara benda yang sangat2 disayangi. Pasal ni tak payah risau. Pasti akhawat akan menjaga dan terus menggunakannya sampai bilabila inshaallah! Plus, dapat pahala berterusan. :)


Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda..
Apabila mati seseorang insan,
maka akan terputuslah segala amalannya,
kecuali tiga perkara,
iaitu sedekah jariah,
ilmu yang dimanfaatkan daripadanya,
doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
(Riwayat Imam Ahmad)






Tuesday, October 11, 2011

Mesti ada masa!


Allah, cabutkan rasa cinta kami kepada duniawi. Semoga hati-hati ini terus dipandu oleh MU.

Oh NO! Kita dah mula dilanda masalah TAK CUKUP MASA!! Semua orang akan ada exam just in a month from now. Bila dah naik 2nd year, 3rd year, master ect etc, subject makin susah. Kalau tak prepare dari awal, memanglah akan jadi kelam kabut nak dengar lecture recording, revise notes, baca text books etc..

Plus, banyak je assignment yang datang bila dah nak hujung semester ni. Allah, macam2 dugaan! Time2 mcm ni, kalau naqibah ajak usrah, mesti bagi alasan

"ERRKKKK, tak sempat lah kak. Banyak lagi nak kena study ni."

"SORRRYYYY~ saya nak kena siapkan assignment. Tak dapat nak join."

Oh akhawat, kenapa kita boleh jadi mcm ni? Adakah Allah tak berikan masa yang betul2 cukup utk kita jalankan ibadah study dan dalam masa yang sama tetap mengutamakan dakwah tidak kira apa pun yang datang. Akhawat, Allah tak zalim. Dia dah bagi equality untuk semua orang 24 hours a day utk kita memenuhi 2 tanggungjawab besar iaitu menjadi hamba yg beribadah dan menjadi khalifah. Perlu ambik dua dua! Bukan ambik tugas ibadah, dan lupakan yang satu lagi. Bukan sibuk dengan study dan assignment, dan tinggalkan dakwah.

Allah mentaklifkan tugas2 ini dengan begitu adil kerana kita memang mampu. Jika kita masih takda masa utk buat kedua-duanya, itu mestilah berpunca dari kita sendiri yang memenuhkan masa dengan benda2 lagho dalam beberapa bulan lepas.

Percayalah akhawat, assignment yang dah diberi sejak 2 bulan lepas, jika kita buat sikit demi sikit dari hari pertama, pasti kita tak kelam kabut macam sekarang. Kalau kita study dan mulakan revision dari lecture pertama, kita pasti tak gelabah dan perlu menzalimi diri kita stay up sampai 3 pagi untuk final exam ni, akhirnya terlajak solat subuh. Dan yang lebih teruk lagi, kita dah gunakan alasan2 ini semata-mata utk mengelak dari kerja2 dakwah! Na'uzubillah. :(

Demi Masa. Sungguh, manusia dalam kerugian! Kecuali orang2 beriman dan mengerjakan kebaikan dan berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran. (Al-Asr :1-3)

Kerjakan kebaikan which is study dan jangan lupa untuk mengajak orang kepada kebaikan juga. There has never been anyone busier in this world than the Prophet Muhammad but his hectic schedule never took away his focus on dakwah.

Akhawat, Marilah bermuhasabah. Berapa banyak movie yang kita dah tengok sebelum ni compare to tengok lecture recording. Berapa lama yang kita dah spend utk shopping sampai sakit2 kaki compare to siapakn assigment. Berapa jam yang kita spend utk facebook dan youtube. Berapa banyak lagu2 lagho yang kita dengar. Banyak mana kita dah hafal lagu2 lagho ni compare to hafal notes? Semasa sibuk berlagho, tak ingat dengan assignment, study pun campak tepi. Oh, patutlah kita rasa tak cukup masa. Ya Allah, ruginya~

Ingat akhawat, kecukupan masa bergantung pada keberkatan. Banyak mana pun kerja kita, Allah pasti akan bagi kemudahan jika semua urusan tu membawa kepada redhaNYA. Kita ada masa lagi akhawat. Study lah. Siapkan lah assignment. Tapi jalan lupa kita ada tugas lagi satu. Semoga kita sama2 bantu-membantu agar kerja2 dakwah menjadi ringan bila dipikul bersama2.

I love u fillah,
el ameerah

Paling Mahal


Dah letih nak menghadap buku. Tiba2 rasa nak jalan2 di Adelaide Arcade dan laju je kaki ni melangkah ke satu kedai emas. Kat dinding kedai tu penuh banner tulis "SALE". Huh, menguji keimanan dan menggoda nafsu membeli belah. @_@

Dari pintu masuk sampai lah ke rak2 bahagian dalam, semua barang kemas tersusun rapi dengan cantik. Tapi yang disusun di bahagian bawah semuanya murah dan kita boleh test sesuka hati. Harganya dalam range $100-$500..Hihi. Ramai matsaleh2 perempuan test yang tu, test yang ni. Aku pun jalan2 lagi dan berdiri kat satu almari berkaca sebelah counter. Dalam tu ada cincin yang mahal2. Ada yg sampai $20,000.. OH mahalnya anda. Pintu kaca tu berkunci. So, sapa2 nak beli, kena mintak dengan tuan kedai tu sebab it is obviously cannot be touched sesuka hati.

Sama lah macam nilai harga seorang perempuan. Perempuan yang bernilai tinggi susah nak jumpa zaman sekarang ni. Mereka tersimpan rapi di bawah jagaan Allah dan ibu bapa mereka. Mereka menjaga pandangan mereka dari melihat perkara yang dilarang Allah. Mereka menutup aurat dgn lengkap dari pandangan lelaki. Mereka sangat hebat dalam tarbiah. Mereka antara orang yang di hadapan dalam barisan dakwah. Mereka menjaga akhlak dlm hidup seharian. Mereka adalah perempuan yang pemalu. Mereka suka bangun malam dan menghabiskan waktu hanya utk beribadah. Susah nak jumpa sebab mereka duduk di tempat2 tinggi di sisi Allah.

Sama lah macam cincin2 mahal yang berkilauan dlm almari berkunci tu. Semuanya tersimpan rapi. Tak boleh diusik dan tak layak dipandang pun oleh pembeli2 biasa kerana tak mampu. Hanya orang2 yg kaya mampu membelinya. Sama lah juga dengan org lelaki. Hanya lelaki2 yang kaya dengan iman dan amal soleh mampu menyunting perempuan yg bernilai tinggi ni. Kalau lelaki yang biasa2, pasti takkan berjaya dan mungkin tak layak pun untuk memiliki hati si solehah. =)

Wahai lelaki, carilah pendamping hidupmu dengan menggunakan pandangan Allah. Memang payah untuk menjumpainya kerana hidup perempuan seperti itu ada dalam genggaman Allah dan ibu bapanya. Minta pada Allah agar dipermudahkan niat dan urusanmu. Dan berjumpalah dengan ibu bapanya utk keberkatan dan redha. Minta izin mereka sbg tanda hormat dan jujur. Jadilah yang paling berani antara semua lelaki2 biasa agar hati yg solehah ini menjadi milikmu hingga ke pintu syurga.

Hanya yang beriman akan mulakan langkah. Jadikan dirimu lebih hebat dari yang lain. Bukan hebat dari segi rupa dan harta, tetapi hebat dalam agama. Kalau dah sedia, jumpa mak abah. Doa banyak2. Teruskan! Aku menyokong dan mendoakan dari jauh.

Yang merindui,
el ameerah





Monday, October 10, 2011

10 Skala Richter!


Allah, guide me in every step I take. Ameen.

Rundle Mall tak pernah sunyi dengan buskers di sepanjang jalan. On last Thursday, tiba-tiba tertarik nak tengok a group of teenagers yg tgh buat dance performance kat tengah city tu. What a nice choreography!

Tak sampai 2 minutes watching them, tiba2 ada suara lelaki bagi salam. Ya ALLAH! Tuhan saja yang tahu perasaan pada waktu tu. Kaki nak cepat pergi dari situ. Suddenly he said..

"Maafkan saya, boleh tunjuk kat mana kedai makan yg halal? Kami baru sampai Adelaide ni 4 hari. Tak jumpa lagi kedai halal. So far, makan megi je. Yang berdiri kat hujung tu kawan saya dan dia bla bla bla......" pakcik tu terangkan panjang lebar sbb dia mungkin pelik tengok aku macam taknak layan.

Hadoi lah. Kesian pulak kat pakcik 2 orang ni. Mereka ada program 2 minggu di Royal Adelaide Hospital. Dengan tak pandang muka dia (sbb segan yg teramat sangat), aku tunjuk kat 1 corner called Stephen Place. Kat situ ade satu restoran halal. Tapi pakcik 2 orang ni macam tak dapat tangkap arah yang aku tunjuk sebab keadaan agak bising dgn music buskers tu dan masa tu ramai orang tengah lalu lalang~

Lepas dah betul2 pastikan pakcik 2 orang ni jalan ke arah yg betul, aku pun mintak diri nak pergi balik ke uni. Pakcik tu pelik tengok aku asyik pandang dinding sambil cakap dengan dia. Pakcik, kalau lah pakcik tahu yang orang perempuan ni sememangnya pemalu bila cakap dengan orang lelaki. Kalau boleh, nak tampal muka dengan kertas A4. Huh!

Before aku keluar dari kedai makan tu, pakcik2 ni seems nak tanya macam2. Pasal tiket bas lah, pasal solat jumaat lah, pasal kedai ayam lah. Hadoiii pakcik, ada student lelaki kat kedai tu, pergi lah tanya kat dia. Serba salah. Aku pun jawab sambil buat2 busy pegang phone. Untuk mengelakkan conversation tu lebih lama, aku mintak pakcik2 tu contact dgn kawan aku directly. Mungkin dia dapat tolong. Alhamdulillah, selesai masalah.

Tadi, pakcik tu terserempak dengan aku di Rundle Mall. Dia pun cerita yang kawan aku tu bawak dia pegi sana...pegi sini..Bersungguh2 dia cerita. Mungkin seronok sangat kot. Tahniah pakcik! Akhirnya ada jgk orang yg nak tolong pakcik berdua. =)

Kepada pakcik 2 orang yg sy tak sempat kenal, mntk maaf sbb saya memang sengaja mengelak utk berborak atau berlama2 dlm menjawab soalan2 pakcik. Orang perempuan ni fitrahnya pemalu. Kadang2 kalau cakap dengan lelaki, rasa kekok sangat. Dan kalau pakcik nak tahu, kalau tiba2 cakap dgn lelaki yg tak dikenali, hati perempuan yg pemalu2 ni akan bergetar 10 skala Richter! Sebab tu gelabah tak tentu pasal. Sampai langgar itu ini.

Saya mintak maaf jugak sbb panggil pakcik 2 orang as 'PAKCIK'. Saya takda abang dan saya tak biasa panggil orang lelaki as "ABANG". Saya tahu pakcik berdua muda, tapi lebih selesa kalau saya panggil pakcik. Oh pakcik, jangan marah ye.

Lagi satu, pakcik jangan lah terasa kalau ada certain2 perempuan cakap dengan pakcik tapi tak pandang muka pakcik. Mereka tu sebenarnya mempraktikkan apa yg Allah suruh. Bukannya buat sebab mereka sombong or taknak layan. Sabar ye pakcik.

"Dan katakanlah kepada perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya ......"
(An-Nuur:31)


by
el ameerah





May the dreams come true.




Bismilahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah dapat hidup sehari lagi dengan nikmat yang tak pernah berkurangan. Thanks Allah!

Hari tu mimpi pasal org tu.
Hari ni mimpi pasal org tu lagi.
Okay dah 2 kali.
Semoga duadua datang dari Allah.
Bukan hanya mainan syaitan.

Sesiapa yg beristikharah dgn penuh pengharapan, pasti Allah bagi jawapan dalam apa jua cara.
Mungkin melalui gerak hati, mimpi dan macam2 lagi. Aku memuliakan cinta ini dengan istikharah. Semoga Allah memandu hati kita.

lurve,
el ameerah



Tuesday, October 4, 2011

kau dan hidayah.



Hidayah Allah akan datang dan pergi tanpa sedar. Beruntunglah bagi sesiapa yang pintu hidayahnya rajin diketuk oleh Allah. Sambutlah ketukan pertama dengan bersungguh-sungguh kerana mungkin tiada ketukan kedua untukmu.

Khas buat sahabatku, yang telah menemui sinar baru dalam hidupmu, semoga kau terus tsabat dalam jalan ini. Tarbiyah Islam menjanjikan kesejahteraan dunia dan menawarkan ganjaran syurga. Jangan pernah berhenti mencari redha Allah. Memang kadangkala letih mendengar rungutan manusia yang tak pernah puas mengajak kita ke arah taghut. Namun, imanmu pasti boleh diperkukuh agar terus hebat bermujahadah.

Kata Allah,
'Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yg berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yg sabar.' (Ali Imran:142)

Tak layak kita mengimpikan syurga jika lemah dalam jihad melawan nafsu yg mengajak kepada larangan Allah. Tak layak kita meminta syurga jika susah untuk sabar dalam melakukan suruhan Allah.

Kuatkan dirimu teman, aku mendoakan kau terus bersinar dengan cahaya Islam. Bergembiralah dengan kesederhanaan kerana di hujung nanti, akan kau nikmati syurga yang lebih hebat dari seisi bumi ini.


p/s: khas buat sahabat seperjuangan, Zufazlin Baharuddin, Sharifah Aishah Syed Hussein, Hanisah Baharuddin, Dhamirah Razali, Nadia Zainal Abidin dan Wawa.



Hanya yang sabar akan terus melangkah,
el ameerah

Monday, October 3, 2011

Jangan menangis ukhtiku..



Buat ukhti terchenta, kudoakan semoga ujian hari ini memimpinmu ke SORGA.. =)

"Miraaaaaaa!!~ dapur terbakaq.." - Anneh ckp dgn penuh tenang. Bibir masih mengukir senyum.

"Astaghfirullah, mcm mn blh jdi cmni?" - Aku cuba senyum2 sebab nak control panic. Hadoilah.

Mula-mula aku memang lah tergezut. Alhamdulillah, aku tak menyaksikan kejadian api menjulang2. Bak kata Anneh, "Mira, kalau hang tgk api tu, aku taktau hang mcm mana dah".
Sungguh! Aku ni cepat panic. Silap2, boleh pengsan. Allah memilih orang-orang yg kuat dan mampu. Allah maha mengenali setiap makhluk ciptaanNya. Oh, rasa istimewa pulak tiba-tiba.

Kenapa Allah pilih Anneh? Sebab Anneh cool jah handle masalah. Anneh tak macam aku, serabut hayam! hehe..Meh nak pujuk..


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala atas apa yang dia kerjakan dan dia mendapat seksa dari apa yang diperbuatnya.
Mereka berdoa,

Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan.

Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau bebani kami dgn beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kpd orang2 sebelum kami.

Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kpd kami apa yang tidak sanggup kami pikul, dan rahmatilah kami.
Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir.

(Al-Baqarah:ayat terakhir)


Oh ukhti, janganlah kau bersedih hati. Sungguh, Allah mentakdirkan kita bertemu utk bertakaful. Bantu-membantu susah dan senang. Jika, kena ganti fan tu, kita share2 duit yaahhh~

p/s: sy jenis org tak reti pujuk depan2. jadi, ni lah caranya..tadaaaaa~!!


=)
el ameerah

.Yang Terakhir Kali.


Allah mentakdirkan yg soleh hanya utk yg solehah. Itu janji-NYA.

Ya Allah, terlalu lama aku mempertahankan cinta ini. Mungkin sudah tiba masanya utk mengakhiri segalanya. Aku mencintainya. Sungguh. Tetapi, hati ini ragu dan takut utk terus setia menunggu.

Bunga yang mekar, bila-bila sahaja akan rosak ditiup si angin kencang. Rumput hijau, lama-lama akan menjadi kuning disambar terik mentari. Cinta yang indah ini, sekarang mulai pudar warnanya.

Hati tak pernah berpaling. Apatah lagi mencari pengganti. Ya, selalu sahaja ia berbisik untuk mengajak kaki berlalu pergi. Lari dari keserabutan perasaan. Tetapi, hati tak pernah diajar berbohong. Ia tetap mahu menunggu dengan penuh harap walaupun tidak pernah dipujuk setiap kali merasa kecewa dengan sikap manusia.

Setelah puas bersatu dengan kesakitan dan kehancuran, kini ia tidak lagi kuat utk terus mempertahankan cinta. Hari ini, hati dan luka telah sebati. Tiada kata-kata yang mampu mengubat walau duka besar secebis. Manusia takkan pernah cuba untuk menyambut hati itu sebelum ia jatuh berderai. Kerana mata mereka hanya mampu melihat alam nyata. Jika penglihatan menembusi ruang hati, pasti mereka takut melihat luka-luka berdarah yang telah lama wujud di situ.

Teruskan hidupmu tanpa hadirku. Itulah yang menjanjikan bahagia untukmu yang memilih utk bebas. Bebas dari cintaku yg mengongkong. Bebas dari penglihatanku yg merenung tajam. Bebas dari fikiranku yg suka bersangka-sangka. Bebas dari pengawasanku yg menjanjikan kebosanan.

Untuk yg terakhir kali aku ucapkan, aku mencintaimu. Cukuplah sampai di sini kerana redha Allah menetapkan kita utk berpisah. Jalan ini, mungkin yg terbaik. Mari mengakhiri perpisahan dgn rasa syukur krn hati kita akan bebas dari tangisan.

Apabila hati berbicara,
el ameerah