Tuesday, October 11, 2011

Mesti ada masa!


Allah, cabutkan rasa cinta kami kepada duniawi. Semoga hati-hati ini terus dipandu oleh MU.

Oh NO! Kita dah mula dilanda masalah TAK CUKUP MASA!! Semua orang akan ada exam just in a month from now. Bila dah naik 2nd year, 3rd year, master ect etc, subject makin susah. Kalau tak prepare dari awal, memanglah akan jadi kelam kabut nak dengar lecture recording, revise notes, baca text books etc..

Plus, banyak je assignment yang datang bila dah nak hujung semester ni. Allah, macam2 dugaan! Time2 mcm ni, kalau naqibah ajak usrah, mesti bagi alasan

"ERRKKKK, tak sempat lah kak. Banyak lagi nak kena study ni."

"SORRRYYYY~ saya nak kena siapkan assignment. Tak dapat nak join."

Oh akhawat, kenapa kita boleh jadi mcm ni? Adakah Allah tak berikan masa yang betul2 cukup utk kita jalankan ibadah study dan dalam masa yang sama tetap mengutamakan dakwah tidak kira apa pun yang datang. Akhawat, Allah tak zalim. Dia dah bagi equality untuk semua orang 24 hours a day utk kita memenuhi 2 tanggungjawab besar iaitu menjadi hamba yg beribadah dan menjadi khalifah. Perlu ambik dua dua! Bukan ambik tugas ibadah, dan lupakan yang satu lagi. Bukan sibuk dengan study dan assignment, dan tinggalkan dakwah.

Allah mentaklifkan tugas2 ini dengan begitu adil kerana kita memang mampu. Jika kita masih takda masa utk buat kedua-duanya, itu mestilah berpunca dari kita sendiri yang memenuhkan masa dengan benda2 lagho dalam beberapa bulan lepas.

Percayalah akhawat, assignment yang dah diberi sejak 2 bulan lepas, jika kita buat sikit demi sikit dari hari pertama, pasti kita tak kelam kabut macam sekarang. Kalau kita study dan mulakan revision dari lecture pertama, kita pasti tak gelabah dan perlu menzalimi diri kita stay up sampai 3 pagi untuk final exam ni, akhirnya terlajak solat subuh. Dan yang lebih teruk lagi, kita dah gunakan alasan2 ini semata-mata utk mengelak dari kerja2 dakwah! Na'uzubillah. :(

Demi Masa. Sungguh, manusia dalam kerugian! Kecuali orang2 beriman dan mengerjakan kebaikan dan berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran. (Al-Asr :1-3)

Kerjakan kebaikan which is study dan jangan lupa untuk mengajak orang kepada kebaikan juga. There has never been anyone busier in this world than the Prophet Muhammad but his hectic schedule never took away his focus on dakwah.

Akhawat, Marilah bermuhasabah. Berapa banyak movie yang kita dah tengok sebelum ni compare to tengok lecture recording. Berapa lama yang kita dah spend utk shopping sampai sakit2 kaki compare to siapakn assigment. Berapa jam yang kita spend utk facebook dan youtube. Berapa banyak lagu2 lagho yang kita dengar. Banyak mana kita dah hafal lagu2 lagho ni compare to hafal notes? Semasa sibuk berlagho, tak ingat dengan assignment, study pun campak tepi. Oh, patutlah kita rasa tak cukup masa. Ya Allah, ruginya~

Ingat akhawat, kecukupan masa bergantung pada keberkatan. Banyak mana pun kerja kita, Allah pasti akan bagi kemudahan jika semua urusan tu membawa kepada redhaNYA. Kita ada masa lagi akhawat. Study lah. Siapkan lah assignment. Tapi jalan lupa kita ada tugas lagi satu. Semoga kita sama2 bantu-membantu agar kerja2 dakwah menjadi ringan bila dipikul bersama2.

I love u fillah,
el ameerah

2 comments:

  1. jzkk ya ukhti atas peringatan..

    Moga kita sama-sama dapat memenuhi salah satu muasofat muslim, ie tersusun dalam urusan..

    ~srikandi

    ReplyDelete