Allah, guide me in every step I take. Ameen.
Rundle Mall tak pernah sunyi dengan buskers di sepanjang jalan. On last Thursday, tiba-tiba tertarik nak tengok a group of teenagers yg tgh buat dance performance kat tengah city tu. What a nice choreography!
Tak sampai 2 minutes watching them, tiba2 ada suara lelaki bagi salam. Ya ALLAH! Tuhan saja yang tahu perasaan pada waktu tu. Kaki nak cepat pergi dari situ. Suddenly he said..
"Maafkan saya, boleh tunjuk kat mana kedai makan yg halal? Kami baru sampai Adelaide ni 4 hari. Tak jumpa lagi kedai halal. So far, makan megi je. Yang berdiri kat hujung tu kawan saya dan dia bla bla bla......" pakcik tu terangkan panjang lebar sbb dia mungkin pelik tengok aku macam taknak layan.
Hadoi lah. Kesian pulak kat pakcik 2 orang ni. Mereka ada program 2 minggu di Royal Adelaide Hospital. Dengan tak pandang muka dia (sbb segan yg teramat sangat), aku tunjuk kat 1 corner called Stephen Place. Kat situ ade satu restoran halal. Tapi pakcik 2 orang ni macam tak dapat tangkap arah yang aku tunjuk sebab keadaan agak bising dgn music buskers tu dan masa tu ramai orang tengah lalu lalang~
Lepas dah betul2 pastikan pakcik 2 orang ni jalan ke arah yg betul, aku pun mintak diri nak pergi balik ke uni. Pakcik tu pelik tengok aku asyik pandang dinding sambil cakap dengan dia. Pakcik, kalau lah pakcik tahu yang orang perempuan ni sememangnya pemalu bila cakap dengan orang lelaki. Kalau boleh, nak tampal muka dengan kertas A4. Huh!
Before aku keluar dari kedai makan tu, pakcik2 ni seems nak tanya macam2. Pasal tiket bas lah, pasal solat jumaat lah, pasal kedai ayam lah. Hadoiii pakcik, ada student lelaki kat kedai tu, pergi lah tanya kat dia. Serba salah. Aku pun jawab sambil buat2 busy pegang phone. Untuk mengelakkan conversation tu lebih lama, aku mintak pakcik2 tu contact dgn kawan aku directly. Mungkin dia dapat tolong. Alhamdulillah, selesai masalah.
Tadi, pakcik tu terserempak dengan aku di Rundle Mall. Dia pun cerita yang kawan aku tu bawak dia pegi sana...pegi sini..Bersungguh2 dia cerita. Mungkin seronok sangat kot. Tahniah pakcik! Akhirnya ada jgk orang yg nak tolong pakcik berdua. =)
Kepada pakcik 2 orang yg sy tak sempat kenal, mntk maaf sbb saya memang sengaja mengelak utk berborak atau berlama2 dlm menjawab soalan2 pakcik. Orang perempuan ni fitrahnya pemalu. Kadang2 kalau cakap dengan lelaki, rasa kekok sangat. Dan kalau pakcik nak tahu, kalau tiba2 cakap dgn lelaki yg tak dikenali, hati perempuan yg pemalu2 ni akan bergetar 10 skala Richter! Sebab tu gelabah tak tentu pasal. Sampai langgar itu ini.
Saya mintak maaf jugak sbb panggil pakcik 2 orang as 'PAKCIK'. Saya takda abang dan saya tak biasa panggil orang lelaki as "ABANG". Saya tahu pakcik berdua muda, tapi lebih selesa kalau saya panggil pakcik. Oh pakcik, jangan marah ye.
Lagi satu, pakcik jangan lah terasa kalau ada certain2 perempuan cakap dengan pakcik tapi tak pandang muka pakcik. Mereka tu sebenarnya mempraktikkan apa yg Allah suruh. Bukannya buat sebab mereka sombong or taknak layan. Sabar ye pakcik.
"Dan katakanlah kepada perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya ......"
(An-Nuur:31)
by
el ameerah
pakcik yang sama tegur kami tu.. mereka buat nursing..hoho
ReplyDeletebetuuulll..awak jumpa kat mana? dia dah nak balik sabtu ni..mereka excited pegi wildlife park..dapat pegang kangaroo katanya!
ReplyDeleteeeh pakcik tu hensem tak?
ReplyDeletetak hensem..blueekkk..abah saya lagi hensem lah! :p
ReplyDeletep/s: gurau je..setiap ciptaan Allah indah..hehe..