Tuesday, November 29, 2011

What you see is what you get.


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah tadi b'kesempatan utk join ceramah ustaz Pahrol yg bertajuk Cinta Kerana Allah. Saja nak berkongsi apa yg ustaz Pahrol cerita masa di masjid tadi tentang cinta dlm hubungan suami isteri.

Apa yg kita dapat dari pasangan kita, bergantung pd bagaimana kita memandangnya. What you see is what you get. Jika kita pandang pasangan kita sebagai seseorang yang sedikit manfaatnya, maka itu lah yang kita rasa. Tapi kalau kita sentiasa mengangkat dan menghargai pasangan kita sbg seorang yg cukup memberi manfaat pd kita dan ummah, maka begitulah yg akan kita dapat yakni, manfaat tersebut.

Dalam berjuta2 orang yang melihat laut, ada yang terpegun dengan indahnya deruan ombak. Dan ada pula yg hanya terpaut pada buih2 yang terdampar di gigi air. Mungkin bagi mereka, manfaatnya adalah utk bagi ketenangan dari environment yg busy.

Bagi siapa yang lihat laut dengan lebih dalam, mungkin dia akan tertarik pada ikan2 dan hidupan2 laut contohnya macam nelayan. Bagi dia benda tu yang memberi manfaat padanya. Lepas tangkap banyak2, boleh jual kat pasar utk menyara keluarga.

Siapa yang menyelam lebih dalam, mungkin boleh terjumpa mutiara yg dlm oyster tu. Utk yg ni, mungkin bagi mereka, mutiara tu blh dijadikan hiasan pd barang kemas mcm cincin, rantai etc etc. Itu lah yg nampak bermanfaat bg mereka.

Somehow, mungkin ada yang tengok lebih daaalaaamm lagi, mereka blh jumpa petroleum di bwh dasar laut utk buat isi minyak kereta. Pun boleh bagi manfaat pd manusia jgk.

Orang yg melihat 1 laut yg sama, mungkin akhirnya dapat manfaat yg berbeza2. Begitu jugak dgn cara kita memandang pasangan kita. Lihatlah pasangan sbg seorang yang inshaAllah memberi manfaat. Walaupun kadang2, kita tgk isteri or suami kita tu buat benda simple2, tapi percayalah setiap perkara yg dibuat tu, inshaAllah sebenarnya memberi kemudahan dlm urusan kita.

Seorang isteri, especially suri rumah akan siang ikan dalam 5 ekor sehari utk lunch. (depends on bilangan ahli rumah). Dalam seminggu dia akan siang 35 ekor ikan. Dalam sebulan? 150 ekor.. Dalam setahun? 1825 ekor! Cuba bayangkan kalau usia perkahwinan dan mencecah 10 tahun, oh isteri yg kita rasa selama ni mcm tak berapa nak bagi manfaat dalam hidup kita, sebenarnya dan mudahkan urusan kita dengan berjaya menyiang ikan sebanyak 18250 ekor! Allah. banyaknyeee~ Berapa ramai suami yg dgn rendah hati ucapkan terima ksh hanya kerana usaha isteri utk siang ikan. Nampak simple. Tapi cukup memberi manfaat pd perut suami. -__-

Ikhwah akhwat yg dikasihi, setiap kebaikan yg pasangan kita lakukan, pandanglah dengan penuh manfaat agar kita tahu cara utk menghargai. Kalau pandang sebelah mata, kesian kat pasangan tu. sobss..~


Yang suka makan ikan,
El Ameerah