There are too much sins that we've done. Too many things that we did wrongly. We beg for your forgiveness, Allah. How it will be? Are we able to face the sakaratul maut in a nice way? Make it easy for us, Allah. :'(
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati (Al-Anbia' : 35)
2 hari lepas, hampir2 dilanggar kereta masa nak lintas jalan. Mengelamun agaknya. Alhamdulillah terselamat. Allah masih memberi kesempatan pada diri ini untuk menebus dosa2 lalu. Thanx Allah. Andai kata kereta tu tak sempat brake, maka sekarang dah takda lagi kudrat utk membebel2 di sini. Hurm. Terdetik kat hati, apa yang akan berlaku pada harta2 dan apa saja kepunyaan kita selepas kita mati. Allah, tolong tutup aib kami selepas kami meninggal dunia. :'(
1) Duit
Semalam, orang bank tu cakap, once kita dah disahkan mati, mereka akan pass duit simpanan pada keluarga terdekat if kita tak provide any wasiat semasa hidup. Jadi, pesan lah siap2 pada ahli keluarga agar mereka gunakan duit2 kita di jalan Allah agar pahala sentiasa berterusan walaupun kita dah dalam kubur. Ataupun, bagi siap2 account username dan internet banking password pada kawan2 terdekat (bagi yg di oversea) supaya mereka blh uruskan jika family kita tak dapat terbang ke negara tmpt kita study.
2) Facebook
Password facebook selalunya tak di share dgn sesiapa kan. Dalam dunia ni, kita je ada authority utk log in facebook kita. After kita mati, siapa nak uruskan? Siapa nak tolong delete/deactivate account kita? Plus, mesti after berita kematian kita tersebar luas, semua kawan2, sedara mara nak wish takziah kat wall kita tu. Buat siapa2 yg rindu, mereka mungkin akan scroll photo2 kita masa hidup dulu. Kalau photo tak tutup aurat dan dilihat oleh lelaki ajnabi, habislah dosa tak putus2 walaupun dah dalam kubur bertahun dan berkurun lamanya.
3) Handphone
Orang yang diamanahkan utk mengambil alih phone kita mesti akan tengok2 benda2 best dalam phone tu (cth: inbox message, photo, etc). OH, kalau kita message2 dengan boifren/gelfren, semua orang yang masih hidup berpeluang untuk baca. MALUUU~~
Kalau ada photo dengan boifren/gelfren yang tak patut? Hurm.. Semua orang akan tengok dan mungkin akan buat spekulasi itu dan ini. :(
4) Laptop
This is another thing which is really private. Terlalu banyak yang kita simpan dalam laptop. Watch out guys. Once u die, everyone can access in whatever you have in the computer. Mungkin ada banyak benda yang mengaibkan dalam tu, but once kita mati, aib akan terbuka sendiri di hadapan org2 yg masih hidup.
5) Buku + Al-Quran
Ni antara benda yang sangat2 disayangi. Pasal ni tak payah risau. Pasti akhawat akan menjaga dan terus menggunakannya sampai bilabila inshaallah! Plus, dapat pahala berterusan. :)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda..
Apabila mati seseorang insan,
maka akan terputuslah segala amalannya,
kecuali tiga perkara,
iaitu sedekah jariah,
ilmu yang dimanfaatkan daripadanya,
doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
(Riwayat Imam Ahmad)
kak el aktif berblogging ye skrang. :)
ReplyDeletesebarkan muslim voice ke serata dunia. pagi tadi dah bershahadatul haq dgn matsaleh. malam, di blog puleee.. JOM? :)
ReplyDeletego kak el go. :)
ReplyDeletemenarik! santai dn bersahaje.....x berat nk cerna...InsyaAllah samoai ke hati2 yang rindukan pesanan iman
ReplyDeletenice~! keep it up...seronok bca
ReplyDelete