Monday, January 30, 2012

Bakal isteri saya tak sebaik saya lah, ustaz.

Bismillahirrahmanirrahim. Sedikit perkongsian yang saya ambil dari penulisan akh dari Indonesia yang memang terkenal dengan kehebatannya mengalun pena dalam menyampaikan pentarbiyahan kepada rijal-rijal yang bakal bertarung di medan dakwah ini. Beliau menulis satu jawapan kepada persoalan yang sangat-sangat menjadi tanda tanya kepada ikhwah ataupun akhwat bila mana telah bersedia untuk mendirikan baitul muslim, tetapi dalam masa yang sama, bakal pasangan baitul muslim mereka tak sehebat dan setandingnya dalam ibadah dan kelajuan dalam gerak kerja dakwah kita ini.

Mungkin ada juga ikhwah dan akhwat yang ragu-ragu dan keliru apabila Allah memberi mereka pilihan untuk berkahwin dengan seorang pasangan yang belum pernah disentuh oleh tarbiyah. Dalam hati ikhwah dan akhwat ini, mereka dah berusaha untuk larut dalam tarbiyah, sudah puas memperbaiki diri, sudah mantap segala ilmu, sudap hebat dalam perlaksanaan amal, segala-galanya sempurna tetapi tiba-tiba jodohnya adalah dengan orang yang baginya 'biasa- biasa'. Istilah 'biasa-biasa' di sini mungkin juga merujuk kepada manusia yang tak islamic sangat dan tak lah teruk sangat. Mungkin bagi mereka couple itu biasa, solat lambat itu biasa, tengok movie yang lagho itu biasa, dedah aurat itu biasa. Mereka belum faham apa kepentingan untuk kembali kepada Allah sebagai hamba dan khalifah di bumi ini. Mungkin ada antara mereka ini belum pernah menghadiri apa-apa halaqah, mahupun usrah. Apatah lagi berpengelaman dalam menggerakkan dakwah ini.

Ada juga situasi, satu pasangan couple yang akhirnya si girfriend disentuh tarbiyah dan decide untuk putuskan hubungan. Selepas beberapa bulan/tahun, setelah beristikharah, akhirnya buat keputusan untuk berkahwin dengan bekas teman lelakinya itu sebab waktu tu, both pihak dan setuju dan bersedia untuk berkahwin. Sebab cinta pun ye juga. Unfortunately, takda pulak ikhwah yang available untuk dijodohkan dengan akhwat ini. Jadi, dengan kesungguhan pihak bekas teman lelaki yang berani melamar melalui keluarga tu tadi, akhirnya mereka bersatu. Dan mula lah episod "suami saya tu belum masuk usrah, tapi saya ni dah jadi naqibah sejak 5 tahun lalu (waaah), kami sangat berbeza, kadang-kadang si suami halang pula isteri untuk ke daurah."
Akhirnya, suami dituduh melambatkan gerak kerja dakwah si isteri dengan alasan suami tak faham tanggungjawab dakwah. Oh NO!

Buat yang telah menemui pilihan hati yang secocok dari segi dakwah dan tarbiyah, mabrouk! Bersyukurlah kerana bukan semua ikhwah dan akhwat dianugerahkan kurniaan sehebat itu. Semua orang mengimpikan agar mereka juga dijodohkan dengan orang yang telah disentuh tarbiyah supaya baitul muslim yang dibina dapat membina baitul dakwah untuk kemaslahatan ummah! Oh memang indah tetapi Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Apa yang diberi, itu lah yang terbaik!

Ikhwah akhwat yg disayangi, bukankah kita sentiasa berpegang teguh pada semua firman Allah.

"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." An-Nur : 26

Habis tu, kenapa ada ikhwah dan akhwat yang baik-baik belaka ni dapat jodoh dengan orang yang tak berapa baik? Marilah, saya nak ajak diri saya dan ikhwah akhwat sekalian untuk kita sama-sama muhasabah dan menilai semula istilah baik yang Allah sebutkan dalam firman di atas.

Pertama, marilah kita menilai dan menghisab niat kita untuk mendirikan baitul muslim ini. Pesanan seorang ustaz, kata beliau "kalau kursus pra-perkahwinan tu ada 10 sesi, 8 daripadanya perlu membincangkan soal niat". Penting rupanya niat ni. Memang tidak dapat disangkal lagi kerana dalam sebuah hadis yang sangat masyur di kalangan kita,
Innamal a'ma lu binniat. Wainnama likullimriin ma nawa. Setiap amal itu bergantung kepada apa yang diniatkan.

Bilakah kita perlu memasang atau memperbaharui niat? Kata seorang akh yang sudah lama di dalam tarbiyah ini, beliau memesan agar kita mulakan niat yang betul sewaktu berazam untuk melangsungkan baitul muslim, niat ketika menetapkan kriteria-kriteria pasangan,niat ketika memulakan proses baitul muslim, niat ketika melihat calon isteri/suami, niat ketika berjumpa dengan keluarganya, niat ketika menentukan mahar dan syaratnya, niat ketika membuat persetujuan dan penerimaan, niat semasa membuat perancangan walimah. Perbaharui niat setiap masa dan ketika wahai ikhwah dan akhwat! Niat kerana apa? Wajiblah kerana Allah dan hanya kerana Allah.
Bukan sebab rupa, harta, nak kampung dekat-dekat, sebab nak sama itu dan ini. Astaghfirullah. Moga-moga setiap tindakan hanya dipandu oleh Nya, bukan dipandu oleh nafsu, mahupun syaitan.

Kedua, jangan bimbang jika kita ditaqdirkan berkahwin dengan pasangan yang tak sesempurna dan tak sebaik kita. Tidak kira apa juga keadaan, selagi kita tunduk dan patuh pada Allah, maka Allah akan memberi kemuliaan kepada kita. Apakah bentuk kemuliaan ini? Oh, ada bermacam-macam bentuk. Antaranya, Allah bagi dalam bentuk ujian melalui pasangan hidup. Contohnya seperti Nabi Nuh dan Nabi Lut. Mereka adalah hamba Allah yang sangat taat dengan perintah Maha Pencipta. Tapi Allah taqdirkan pada mereka pasangan yang kufur. Selain itu, ada juga kisah-kisah untuk wanita yang mempersuamikan orang yang tak baik seperti Asiah dan Firaun. Maha Suci Allah dan Allah itu Maha Adil. Yang taat akan masuk syurga. Yang kufur akan masuk neraka. Berbeza kesudahan walaupun mereka itu suami isteri.
Untuk yang ini, saya teringat firman Allah dalam surah At-Tahrim, ayat 10, 11, 12. Allah menceritakan tentang kesudahan isteri-isteri yang bersuamikan nabi, isteri yang bersuamikan Firaun, dan ibu yang tak bersuami seperti Mariam. Nanti cuba selak dan hayati kisahnya, okay!

Ketiga, mengapa kita persoalkan "kenapa aku baik, tapi pasangan aku tak baik pun?". Allahu Allah. Usaha memperbaiki diri yang ikhwah dan akhwat lakukan itu mungkin terpancar dari segi zahirnya. Memang semua orang hormat kepada kita kerana amal fardhi kita tiptop, ilmu kita tinggi menggunung, yang zahir semuanya nampak hebat dan mantap! Tapi mari muhasabah, dari segi dalaman, hati kita ini, adakah betul-betul mulia? Adakah sentiasa ikhlas dalam beramal? Adakah kita memang meninggalkan prasangka-prasangka buruk kepada manusia? Entah-entah, boleh jadi hati kita lebih teruk kerosakannya kalau nak dibandingkan dengan pasangan kita yang nampak buruk pada zahirnya itu. Maka, apabila ditimbang-timbang, setara saja kita dengan pasangan yang bagi kita 'biasa-biasa' tu. Kita ni, di luar baik, di dalam jahat. Tapi si dia, di luar nampak biasa tapi hatinya, fuuuhhh!

Keempat, kita persoal "kita baik tapi pasangan tak baik" kerana kita sendiri tak malu dan perasan yang diri kita ni baik. Oh MALUUUU~ Tapi sebenarnya, kita sendiri tak sedar yang kita selalu saja gagal untuk istiqamah walaupun ilmu kita luat melaut. Ini sangat-sangat bahaya wahai ikhwah akhwat kerana kita secara automatically dah menutup pintu untuk diri kita memperbaiki diri. Pesanan sahabat saya, janganlah kita termasuk dalam golongan orang yang tertipu, kononnya kita menyangka diri kita adalah orang yang sibuk tentang urusan akhirat, tetapi sebenarnya tenggelam dengan kesibukan yang kita cipta-ciptakan. Mari muhasabah wahai saudaraku.

Akhir kalam, andai jodoh sudah di depan mata, redha dengan agama dan akhlaknya, terimalah dia sebagai peneman hidup. InshaAllah sampai syurga!


Yang penuh dengan kekurangan,
El Ameerah

No comments:

Post a Comment