Bismillahirrahmanirrahim..
Kita bersyukur ke atas Allah swt di atas nikmat yg paling besar iaitu Iman dan Islam. Kita juga sangat-sangat bertuah krn kita berbeza dari orang lain. Kita involve dlm proses yang paling praktikal dalam dunia ni which is proses tarbiyyah. Inilah proses yg mengajar kita erti kesusahan dan pengorbanan. Ikhwah akhwat fillah, pengorbanan2 tersebut bukanlah baru wujud di celah2 usaha kita, tpi sebenarnya telah berlaku masa fasa pertama dakwah di zaman Mekah dulu. Berlaku pd Rasulullah, para sahabat dan seluruh amaliyyun yg bekerja keras utk Islam.
Dan telah banyak kita lalui dlm jalan ni yg kdg2 membuahkan amal dan kdg2 tidak. Tetapi sebenarnya bila datang al-fahmu, maka datanglah selepas itu sesuatu yg dinamakan hasil amal. Jika takda amal itu, mana sia-sia lah al-fahmu yg Allah telah berikan. Na'uzubillah.
Kali ini, ana berbesar hati yg teramat sangat utk share 1 benda yg mungkin kdg2 kita terlepas pandang bila mengadakan liqa' usrah. Walaupun ada antara kita yg belum bawa usrah, tp tips ni insyaAllah berguna utk antunna smua yg yakin bahawa usrah itu adalah salah satu wasilah dakwah. :)
Maka, kita kenalah bersungguh2 utk menjayakan usrah dan make sure usrah kita tu mendatangkan buah-buah amal yang banyak. Dan kerana kita serious dgn perjuangan ini, maka kita kenalah ambik berat pd something yg sgt3 important, inilah diaaaa ADAB-ADAB USRAH..
1. Niat ikhlas krn Allah krn hanya amal krn Allah yg diterima dan membuahkan hasil.
2. Datang liqa' tepat pd waktu yg dijanjikan krn tetapi janji adalah salah satu adab dlm muwasofat tarbiyyah Mateenul Khuluq.
3. Datang liqa' dalam keadaan berwudhuk dan berpakaian sopan, bersih serta menutup aurat krn kebersihan itu juga sebahagian dari iman dan demi menjaga keselesaan smua usrahmate.
4. Kalau tak dpt datang liqa' inform pd naqib/naqibah utk melatih diri to be responsible dan mengelakkan usrahmate dari bersangka2.
5. Jangan lupa buat homework yg naqib/naqibah dah amanahkan. "Dan penuhilah perjanjian krn sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya" (Al-Isra':34)
6. Bawa barang2 wajib sperti Quran, buku nota/ipad/tab, Mathurat, bahan pengisian.
7. Niat utk kukuhkan ukhwah dan bercinta krn Allah. Ehem.
8. Start with tasbih, tahmid dan selawat utk mendapatkan keberkatan Allah.
9. Jgn mencelah bila orang tgh bercakap, kalau nak cakap something sila mintak izin.
10. Jgn angkat suara lebih dari keperluan utk jaga akhlak.
11. Jgn terlalu byk ketawa (bkn tak blh langsung), krn hati yang sentiasa berhubung dgn Allah itu bersifat tenang dan serius.
12. Jgn byk bergurau krn umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
13. Jgn mempersoalkan/mempertikaikan arahan yg diberikan menikut syara'.
14. Minta izin kalau nak keluar dari majlis liqa' atas keperluan yg mendesak.
15. Akhiri liqa' dgn doa rabithah, tasbih kafarah dan surah Al-'Asr.
Dari Anas ra, Rasulullah saw bersabda, "Seandainya engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkat semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis". Para sahabat terus menutupi wajah masing-masing sambl terdengar suara esakkannya. (Mutaffaq 'alaih)
Sedikit ketawa dan banyak menangis. Hurm.. Sudah cukup seriouskah kita?
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment