Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah thummalhamdulillah. Hari ni dah masuk juzu' 20 di Wandana Mosque. Bila imam start baca surah Al-Ankabut, tiba2 rasa mcm sedang 'dibasuh' dgn ayat-ayat Allah. Byk sgt Allah nak peringatkan tentang kewujudan Allah dlm setiap gerak geri kita.
Allah mention banyak kali yg Dia kenal siapa kita.
Dia tahu kita buat apa.
Dia tahu kita fikir apa.
Dia tahu kita rasa apa.
Semua Allah tahu.
Allah tahu siapa yang benar atau siapa yang berdusta (Al-Ankabut : 3)
Allah tahu apa yang ada dalam hati kita (Al-Ankabut : 10)
Allah tahu siapa yang betul-betul beriman dan siapa yang munafik (Al-Ankabut : 11)
Ye jelas Allah maha mengetahui. Seandainya manusia beriman dgn sifat Allah yg satu ni, nescaya kita takut nak buat dosa. Tapi berapa ramai yg beriman bahawa Allah itu maha tahu segalanya? Tak ramai kan. Dan mungkin antara kita ni ramai je yg buat dosa dlm keadaan seolah2 kita tak rasa Allah tgh tengok kita dan kita tak rasa Allah tahu apa kita buat.
Ukhti, Allah tahu siapa yang beriman dan siapa yang munafik. Allah tahu siapa yang sedang berpura-pura menjadi soleh. Mungkin orang lain tak nampak. Kenapa diorang tak nampak? Sebab kita sangat ' pandai' utk tutup dosa-dosa kita bila kita berada disamping manusia. Gulp!
Depan manusia, kitalah orang yang paling lemah lembut, paling sopan, paling hebat membincangkan isu agama, paling hebat bacaan Qurannya, paling betul tajwidnya, paling tinggi ilmunya, paling banyak hafazan Quran dan hadithnya, paling sempurna menutup aurat, paling alim, paling banyak bangun malam, paling banyak membuat amal dakwah.
Depan manusia, kitalah yang paling lantang menyeru mad'u ke jalan Allah. Kitalah yang paling bersemangat menyebar dakwah. Kitalah yang paling bagus memberi idea dan strategi tarbiyyah. Kitalah 'qudwah' paling hasanah dlm kalangan akhwat dan adik2 usrah. Kitalah yang paling kuat menahan sabar. Kitalah yang paling mudah ber-husnuzon. Oh semua yang baik2 tu ada pada KITA!
Lebih-lebih lagi bila kita dah berada dlm jalan tarbiyyah ni. Memang takda siapa yang akan berjaya nampak siapa kita yang sebenarnya. Allah maha pemurah tu yg always tutup aib kita. Allah jaga rahsia-rahsia kita. Allah simpan dosa-dosa kita dari pengetahuan manusia, Sampai manusia tak nampak watak hitam yang berselindung di sebalik tudung labuh (akhwat) dan kopiah putih (ikhwah) kita tu.
Tapi benarkah kita tergolong dalam orang yang soleh itu? Benarkah kita yang beriman itu? Sudahkan kita menjadi yang beriman itu? Belum! Belum lagi jika belum diuji.
"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dgn berkata "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji" (Al-Ankabut : 2)
Ya akhwat, Allah akan menguji kita. Allah akan test iman kita. Allah nak tgk siapa yang beriman, sapa yang munafik.
Bila kita duduk sorang2, bila takda manusia di samping kita, bila kita rasa dah takda mata-mata yang memandang-mandang gerak geri kita, segala nafsu dan bisikan syaitan mula jadi teman setia. Kita seolah-olah lupa rupanya ada 'mata' yang sedang meilhat kita. Ya, mata Allah. Pandangan Allah itu yg sedang melihat kita every second. Dosa-dosa yang kita sorok dari manusia tu sebenarnya terbongkar di kalangan penghuni langit. Malaikat sekaliannya tahu. Dan Allah juga tahu bukan? *sakit jantung*
Sy juga masih merangkak dlm mengubah diri. Sy juga masih bertatih dalam meninggalkan jahiliyyah. Mungkin kita rasa mudah utk buang jahiliyyah bila kita ada bersama akhwat. Tapi bila kita sorang, perbuatan-perbuatan jahiliyyah tu akan mula menggoda-goda kita kan? Tapi, Allah dah bekalkan kita dgn hidayah. Allah dah anugerahkan ilmu yang byk pada kita. Allah dah ajar kita mana yang betul dan mana yg salah. Allah dah bagi Quran pd kita utk pandu hati kita.
Allah tak tinggalkan kita. Allah tak biar kita sendirian. Allah tak biar kita sorang2 dlm bermujahadah.
Kembalilah pd Allah bila kita rasa lemah waktu duduk sorang2. Minta kekuatan padaNya. Minta Allah bantu kita utk mujahadah lawan nafsu jahiliyyah kita. Minta Allah terima taubat kita. Minta Allah hapuskan rasa keinginan pd jahiliyyah tu. Minta Allah bersihkan hati kita. Minta Allah ampunkan dosa kita. Kembalilah kepada Allah. Krn itulah sebaik-baik perlindungan.
Di jalan dakwah ini, kita gagah menyeru manusia. Hati-hati wahai ukhti, takut kalau-kalau mad'u kita tak dpt menerima hidayah dan tak dpt mendengar seruan dakwah hanya kerana dosa-dosa kita yg 'tersorok' tu. Ya, mungkin kita dpt berbohong pd mrk kononnya kita lah Muslim yg sempurna. Tapi ukhti, sy takut jika sy dan kamu sedang 'berseronok' mengada-adakan pembohongan pd Allah. *tunduk pandang lantai*
"Dan siapakah yg lebih zalim drpd orang yang mengada-adakan kebohongan kpd Allah atau org yang mendustakan kebenaran ketika kebenaran itu datang kepadanya?" (Al-Ankabut : 68)
Sy tak mahu berpura-pura. Di depan manusia, belagak alim tapi sebenarnya sy kotor di sisi Allah. Na'uzubillah. Allah, forgive us. Show us the right path. Give us your light. Amin.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment