Bismillahirrahmanirrahim. Last few days, sy ade cerita psl kesitimewaan qiamulail dan knp we need to wakeup tgh2 malam and solat, zikir smua. And it was from the book titled Keakhwatan Siri 2 by Cahyadi Takariawan and lain2. Kali ni, nak crita psl solat sunat and smua pengkongsian ni sy ambik dari penulisan Sayyid Sabiq dlm buku Solat-solat Sunat Rasulullah saw. :)
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu" (Adz-Dzariat : 56)
Ayat kat atas ni sangatlah femes dlm kalangan akhwat daieyah sekalian. Dalam banyak2 ibadah yg kita lakukan, kdg2 kita terlalu pandang ringan pd solat-solat sunat. Kdg2 terlalu nak mengejar masa utk berjumpa adik2, nak study dan mcm2 benda lain, kdg2 kita terlupa nak buat solat rawatib 2 rakaat. Akhwat, pembinaan hubungan ruh sangatlah penting. Kdg2, solat sunat 2 rakaat tu akan buat kita lebih kuat utk istiqamah dan tsabat dlm jalan ni. Ohoi!, Rasulullah ialah antara qudwah yg sangatlah rajin buat solat sunat.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya amal perbuatan manusia yg terawal dihisab pd hari qiamat kelak ialah solat. Allah berfirman kpd malaikat, sedangkan Dia Maha Mengetahui : "Periksalah solat hambaKu, sempurna atau kurang? Jika solatnya sempurna, maka dicatat sempurna. Jika terdapat kekurangan, Allah berfirman, "Periksalah kembali, adakah hambaKu memiliki amalan solat sunat?" Jika hambaKu melakukan solat sunat, Allah berfirman lagi "Cukupkanlah kekurangan solat fardhu hambaKu itu dgn solat sunatnya." Selanjutnya, dihitunglah amal perbuatan itu menurut cara yang demikian. (HR Abu Daud)
Kalau kita susah nak bgn malam utk solat tahajud, jom lah mula sikit2 dengan solat rawatib. Mungkin solat sunat qabliyah blh jadi booster supaya kita lebih bersedia dan khuyuk dlm solat fardhu. Dan solat sunat ba'diah pun best jgk sbb boleh cover mana-mana yang tak cukup dalam solat fardhu.
Dari Ibnu Umar, dia berkata : "Aku ingat dari perbuatan Nabi saw, bahawa ada sepuluh rakaat sunat rawatib, iaitu 2 rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepasnya, dua rakaat sesudah Maghrib di rumahnya, dua rakaat sesudah Isyak di rumahnya, dan dua rakaat sebelum Subuh." (HR Bukhari)
Dlm bnyk2 solat sunat, Rasulullah sgt menitikberatkan solat sunat rawatib qabliyah subuh. Masa bangun tidur, mesti kepala pun pening2, mengantuk2 lagi, and still tak sedar 100%. Jadi nak warm up before solat Subuh, kita blh buat solat qabliyah. 2 rakaat saje, tapi kesannya superb! Kita dpt sesuatu yg lebih best dari dunia dan seisinya!:)
Dari Aisyah r.a, Rasulullah saw bersabda "Solat sunat dua rakaat sebelum fajar itu lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya." (HR Muslim, Ahmad, Tarmidzi)
Semoga perkongsian yg sedikit ni dpt dijadikan amal seharian. Moga-moga kita dpt mempersembahkan amal kita ini di sana nanti. Solat sunat 2 rakaat memang nampak kecil dan sedikit, tapi jika ikhlas dan sahih perlaksanaanya, pasti mampu bawa kita ke syurga. Whoa! Wallahualam. :)
No comments:
Post a Comment