Bismillahirrahmanirrahim..
Maha suci Allah yang menjadikan malam untuk berehat dan siang untuk bekerja. Dalam jalan dakwah yang penuh pahit getir ini, pasti ramai yang bertanya apakah rahsia untuk terus istiqamah dan tsabat. Dalam buku Keakhwatan siri 2, telah dikongsikan satu rahsia yang mungkin ramai dah tahu tapi orang mungkin buat-buat tak tahu. Rahsianya ialah....~~
SOLAT MALAM!
Pada awalnya, Allah telah mewajibkan solat malam pada Rasulullah SAW dan para sahabat hingga turunnya surah Al-Muzammil, ayat ke-20. Walaupun Qiamulail bukanlah satu ibadah yang wajib, namun kita haruslah memandang nilai luar biasa yang terkandung di dalamnya. Dalam Al-Quran, dalam hadis, terlalu banyak menyedarkan kita tentang keutamaan solat malam dalam kehidupan seorang da'ieyah. Dengan melakukan tahajud 2 rakaat sahaja, percayalah, kelazatannya menandingi seluruh dunia dan seisinya! :)
Allah telah meletakkan ciri-ciri seorang hamba 'Ibadurrahman, antaranya ialah yang bangun di malam hari, mengisi malamnya dengan solat, sujud yang panjang dan doa yang ikhlas.
"Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan sujud dan berdiri untuk Tuhan mereka" (Al-Furqan : 64)
Manakala Allah menerangkan antara ciri-ciri hamba yang bertaqwa ialah orang yang sedikit waktu tidurnya dan menggunakan waktu itu untuk memohon keampunan, bertaubat dan menginsafi dosa-dosanya.
"Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan di akhir malam mereka memohon ampun. (Adz-Dzariat : 17-18)
Apa yang lebih hebat lagi, Allah telah menentukan ciri-ciri hamba yang beriman, iaitu orang-orang yang gembira untuk bangun malam!
"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, mereka sentiasa berdoa kepada Tuhannya dengan perasaan takut dan penuh berharap (redhaNya), dan mereka selalu menginfaqkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka" (As-Sajdah : 16)
Waktu malam dipilih oleh Allah kerana di saat itulah hati menjadi khusyuk dan mampu merasakan kelemahan diri di hadapan Sang Pencipta. Pada waktu itu, kebanyakan orang lain akan tidur dengan penuh lena, tetapi disitulah manusia akan merasakan saat-saat bersendiri untuk berbincang, berbicara dengan Penguasa Alam ini. Di hujung sujudnya, doa-doanya penuh dengan rasa rendah hati dihadapan Allah.
"Sesungguhnya bangun di waktu malam itu adalah lebih betul bacaannya dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya, kamu pada waktu siang hari mempunyai urusan yang panjang" (Al-Muzammil:6-7)
Inilah rahsia pembinaan ruhiyah yang Rasulullah dan para sahabat amalkan! Tak hairanlah jika sesiapa yang selalu merasakan nikmatnya solat malam, akan rasa sedih jika tertinggal satu malam tanpa qiamulail. hoho! Wahai akhwat da'ieyah yang disayangi, Allah ingin mengangkat darjat kita dengan amal ini.
"Dan pada sebahagian malam hari, lakukanlah solat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, semoga, Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Al-Israa' : 79)
Jalan dakwah ini sangatlah panjang, sangatlah susah dan kita akan teruji dengan penolakan-penolakan dari ummat ini. Maka, tiba masanya untuk kita mentaqarubkan diri kita kpd Allah SWT. Ceritakan segala masalah padaNya, mohon kekuatan dariNya, moga-moga kita dan ummat ini dikurniakan taufiq dan hidayah yang tak putus-putus. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment