Bismillahirrahmanirrahim
Perkongsian dari Ustazah Maznah Daud di Ikim.fm sebentar tadi.
Sewaktu Islam mula2 diutuskan pd Rasulullah, semua org kat Mekah tak dapat terima agama baru yg mengtauhidkan Allah. Rasulullah menyampaikan dakwah tentang Allah hanya Tuhan yg layak disembah dalam keadaan ditentang habis-habisan. Pernah ada suatu ketika, orang2 musyrikin Mekah negotiate dgn Rasulullah tentang siapa yg patut disembah dan mereka bagi idea supaya ada waktu, kita sembah berhala dan pada waktu yg lain, kita sembah Allah. Astaghfirullah.Org2 musyrikin marah sangat pd ajaran baru krn Islam sangat bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka yg dah lama larut dalam jahiliyyah.
Dalam tempoh tu, ramai orang2 yg pertama-tama masuk Islam seperti Sumaiyah (ummu Ammar bin Yasir) dan saudara kita, Bilal bin Rabah diseksa dengan teruk. Sumaiyah iaitu manusia pertama yg syahid dibunuh depan keluarga sendiri. Bilal pulak diseksa di tengah-tengah panas (semua orang tahu cerita sedih ni kan?). As-sabiquun wal Al-awwalun ini mempunyai iman dan pegangan akidah yg sangat tinggi. Mereka sanggup bermatian dan rela melupakan kesenangan dunia semata-mata utk mengejar cinta Allah yg Esa. Kita ni? nak bangun subuh pun liat ye tak? Qiamuail apetah lagi. Keadaan Islam di zaman awal tu sangat lah menakutkan sebab semua orang tak suka dengan org Islam. Ada satu masa tu, semua orang boikot org Islam. Tak boleh nak urus niaga dgn orang Islam. Apa saja urusan, semua tak boleh! :(
Di zaman itu, ada seorang sahabat bernama Khabab datang berjumpa Rasulullah. Beliau bertanya kenapa Rasulullah tak mintak pada Allah untuk diringankan bebanan dakwah ini. Sebab dah teruk sangat org Islam kena seksa. Tak terbayang dek akal kita sebab orang musyrikin sangatlah kejam. Kemudian, Rasulullah jawab, Baginda malu untuk berdoa diminta kurangkan bebanan ini kerana orang2 sebelum mereka menyampaikan agama tauhid sampai kepala mereka digergaji hingga terkeluar isi dan tulang. Allahu Allah.
Ikhwah akhwat fillah, pernah tak tertanya kenapa susah sangat kerja dakwah ni. Knp kita perlu bersusah payah, korbankan masa tidur, duit, rehat, tenaga dan segalanya utk dakwah ini? Kenapa Allah bagi ujian tentangan di zaman Nabi Nuh dan Nabi Hud? Kenapa susah sangat mad'u kita nak buka hati mereka terima Islam yg sebenar? Sedangkan Rasulullah yg berperibadi mulia pun dihina dimarah. Marilah kita ambil iktibar kisah2 nabi terdahulu. Allah sebenarnya sedang menguji siapa yg paling layak untuk memikul KEMENANGAN ISLAM ini.
Bilakah kemenangan akan tiba? Ia akan tiba dan akan diserahkan pada tangan-tangan yg bersedia memikul kemenangan kerana tanggungjawab selepas kemenangan itu lebih besar. Bila Islam dan jadi ustaziyatul alam, kita ada kerja yang lebih banyak untuk maintainkan kemenangan itu. Kerana selalunya, manusia akan lalai dan leka bila diberi kuasa ke atas sesuatu. Oleh itu ikhwah akhwat, kita ini sedang ditapis. Agar yang tinggal selepas ujian2 ini adalah orang2 yang kuat dan terus tsabat. Yang tinggal hanyalah orang2 yang sanggup istiqamah dalam dakwah dan tarbiyah tak kira di waktu susah mahupun senang.
Tangan yang sedia ialah orang yg tak mudah leka dengan kesenangan dunia. Sama seperti as-sabiquun wal awwalun. Kalau kita tak sanggup nak sabar, tak sanggup nak berjihad harta dan jiwa, Allah takkan bagi kemenangan di tangan kita okay? Dengan kata lain, jangan perasan nak masuk syurga.
"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang2 yang sabar." (Ali Imran : 142)
Ikhwah akhwat yg dikasihi, orang2 terdahulu dah dijanjikan syurga. Apakah cara yang kita kena buat agar kita dijanjikan yurga seperti mereka? Allah takkan bagi kemenangan selagi kita belum sedia.
"Dan orang yg terdahulu lagi pertama-tama masuk Islam di antara muhajirin dan ansar dan MEREKA YANG MENGIKUTI MEREKA DENGAN BAIK, Allah redha dgn mereka, mereka redha dgn Allah. Allah sediakan bagi mereka syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kenal di dalamnya selamanya. Itulah KEMENANGAN YANG AGUNG." At-Taubah :100
Allah nak kita ikut jejak langkah mereka. Sabar dan jihad sehabis daya untuk dakwah ini. Moga2 kita tergolong bersama as-sabiquun wal awwalun ini. Ayuh menjadi muharrik dakwah! Sudah cukup lah lena kita yang panjang selama ni. Buang lah rasa mengantuk, rasa penat, rasa lapar kerana masalah ummah menuntut kita berfikir tentang perkara yg lebih besar dari itu.
Wallahua'lam.
The Miracle of Rabithah,
el ameerah
No comments:
Post a Comment