Mengimbau kembali saat2 berpuasa bersama keluarga. Betapa besar rahmat kasih sayang pada waktu itu. Sekarang, rahmat kasih sayang tu tetap menyelubungi walaupun hati2 ini telah jauh terpisah.
Di saat bermula Ramadhan hari pertama semalam, hati berdebar-debar, menanti apakah ujian Allah yang akan berikan pada Ramadhan kali ini. Ternyata pada waktu berbuka puasa semalam, kami semua diuji dengan "NASI TAK MASAK'..alamak!
Masa 45 minit sahaja digunakan untuk masak nasi tomato yang Alhamdulillah cukup sifat. Berkat pertolongan kawan2, akhirnya siap juga semua lauk dan buah serta air. Memang lengkap pada hari pertama.. ALHAMDULILLAH..
Ternyata pada waktu ini, Allah menguji sama ada kita rasa ringan tulang atau tidak untuk membantu kawan2, adakah kita ikhlas, adakah kita sabar untuk menerima segela dugaan selepas itu. Kerana setelah semuanya selesai dan perfect, tiba2 tengok nasi tak masak. Ada seorang kawan ni bagi cadangan untuk berbuka dengan tamar dan buah, kemudian solat maghrib dulu sementara tunggu nasi masak. Alhamdulillah, sekali lagi berlaku peristiwa menyentuh hati tatkala kemanisan iman melemparkan cahaya.
Surah Al-Baqarah : 183
Orang2 beriman diwajibkan berpuasa seperti orang2 terdahulu. Untuk apa???
AGAR KITA BERTAQWA, kata Allah.
Sudah 20 tahun menghadapi Ramadhan yang sememangnya kurang memberi impak kepada diri. Mungkin ibadah puasa sebelum ini belum mencapai tahap kelayakan hingga membuat kita betul2 tunduk dan takut kepada Allah..Taqwa ini sangatlah luas. Secara ringkasnya, Taqwa adalah..
- Melakukan suruhan Allah
- Meninggalkan larangan Allah
SUSAH KAN?
Sebab kita bernafsu. Kerap kali diri kita dikawal olehnya. Dan berapa banyak kali, jasad ini dikawal oleh iman dan taqwa?? Mungkin ini yang ALLAH nak tarbiyah sempena RAMADHAN setiap tahun..'AGAR KAMU BERTAQWA'
Masa bulan Ramadhan, semua orang takut nak buat maksiat, takut nak dating2, takut nak mengumpat, takut untuk solat lambat..etc etc..Benar kata ALLAH, orang yang berpuasa itu akan jadi bertaqwa (takut) kepada-NYA, SEKIRANYA puasa tersebut betul2 mengikut kehendak syara' dan ikhlas..
Rasulullah pernah bersabda,
Apabila tiba bulan RAMADHAN..
semua pintu2 SYURGA dibuka...
semua pintu2 NERAKA ditutup..
SYAITAN2 akan dibelenggu..
(riwayat Bukhari&Muslim)
Betapa hebatnya bulan Ramadhan ini sehingga ALLAH memberi nikmat yang sangat tidak terkata. Pintu syurga itu mahal, apatah lagi isinya. Tetapi, Allah maha pemurah untuk membuka seluas2nya pintu2 syurga itu untuk kita yang bertaqwa. Sepanjang Ramadhan, ada juga manusia2 yang degil dan masih membuat salah, tapi Allah maha pengampun, semua pintu neraka ditutup rapat. Plus, selalunya, syaitan ada dimana2. Tapi, bulan ni, semua perbuatan jahat bergantung ke atas kita sebab syaitan diikat dan tidak berpeluang untuk menghasut manusia. Kalau kita masih melakukan dosa, tu maknanya, kita gagal mengawal nafsu yang sentiasa ada dalam diri kita ni.. :(
Sambutlah Ramadhan dengan bertekad untuk meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Allah nak kita bertaubat dengan taubat sebenar-benarnya dari segala dosa dan kesalahan..
RAMADHAN ADALAH BULAN TAUBAT
Kata Allah, dengan betaubat, orang2 beriman ini akan beruntung..(24:31)
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu pengajaran yang mematangkan kita dalam menjadi hamba yang bertaqwa seperti yang dituntut ALLAH AZA WAJALLA..
WALLAHUA'LAM..
ergghhhh. jom2 kita istiqomah!!!
ReplyDeletejom2 kita taubat!!!
best la aku bace blog kau.
ReplyDeletethumbs up!