Thursday, August 12, 2010

beyond love..



Kehadapan-Mu kuserah segala usaha..berkatilah...

Kata Allah, setiap ciptaan-NYA ada pasangan2 masing-masing..terdetik di hati kecil, pasti penciptaan aku juga sudah disediakan pasangan oleh Allah kerana Allah tahu aku lemah tanpa peneman di sisi..

MATAHARI perlukan BULAN
LAUT perlukan OMBAK
PELANGI perlukan HUJAN
SUAMI perlukan ISTERI
ISTERI perlukan SUAMI
ILMU perlukan AMAL
API perlukan AIR
SUNGAI perlukan LAUT
ANAK perlukan IBU
ALLAH perlukan???
ALLAH TIDAK PERLU ADA APA2 UNTUK MELENGKAPKANNYA..


Kita juga perlukan pasangan untuk melengkapkan kita.. Tanpa suami yang soleh, tulang rusuk kirinya akan terus bengkok..Tanpa matahari, bulan takkan muncul di malam hari. Tanpa air, api akan terus membakar. Tanpa amal, ilmu terus disia-siakan. Tanpa ibu, anak mati dibiar berseorangan.

Pasangan juga perlu untuk menyerikan penampilan. Suami pakaian untuk isteri. Isteri pakaian untuk suami. Tiada pelangi yang indah tanpa titisan hujan..Bagaimana rumput2 mahu menyerikan alam jika tiada tanah yang menghampar bumi? Semua ini perlukan pasangan!

Terlalu banyak hikmah mengapa kita dijadikan dengan pasangan masing2. Ternyata kita lemah untuk terus hidup seorang diri. Pastinya kita akan mengaharap pada orang lain juga di waktu susah, sedih etc etc..Kerana setiap makhluk bersifat lemah dimana memerlukan pasangan untuk menguatkan dan melengkapkan mereka. Kepada siapa kita nak kongsi saat2 pahit untuk menghadapi kamatian, kelaparan, kesusahan, kemiskinan etc etc..Pastinya, dengan pasangan yang Allah hadiahkan, inshaAllah, kita akan terus tabah..Ternyata perancangan Allah maha hebat. Tidak ada satu makhluk pun yang akan rasa sunyi kerana telah disediakan pasangan untuknya.

DAN PALING PENTING, kejadian ciptaan berpasangan menunjukkan kita ini perlu sesuatu untuk berkongsi kasih sayang. kerana fitrah manusia ini memang suke menyayangi dan disayangi sama ada sesama manusia atau dengan haiwan, alam etc etc..

ADAKAH HANYA UNTUK BERKASIH SAYANG? NO!
IT IS BEYOND THAT....

Allah menyediakan pasangan untuk setiap makhluk untuk memberi penjelasan kapada kita tentang...

PERBEZAAN TUHAN DAN MAKHLUK

Allah bersifat esa. Dia tak perlukan sape2 untuk membantunya membuat apa2 pun. Allah nak menunjukkan kekuasaanNYA yang bersifat wahdaniyah (satu) dan qiamuhu benafsi (berdiri dengan sendiri) berbeza dengan manusia yang tidak berkuasa sehingga memerlukan orang lain sebagai tempat berkongsi ujian dan masalah..Allah juga bersifat kekal yang secara jelas memang berbeza dengan sifat makhluk kerada setiap makhluk yang hidup pasti akan merasai mati (21:35). Allah juga bersifat QUDRAT (berkuasa) untuk menjadikan apa sahaja mengikut sifatnya yang IRADAH (berkehendak). Banyak lagi sifat2 Allah yang diterangkan dalam QURAN yang sangat2 membuka mata manusia tentang betapa lemah dan rendahnya kita sebagai makhluk.

So, sedar diri..jangan dan terus sombong dan takbur dengan diri sendiri..hiduplah dengan orang lain juga sbb Alllah tahu kita juga perlu orang lain untuk terus hidup..


WALLAHU A'LAM...




No comments:

Post a Comment