Saturday, August 7, 2010

batu licin ditimpa hujan..


Bersaksikan Allah sebagai Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya yang setia..

KATA ALLAH, orang yang menginfakkan harta ke jalan-Nya, mendapat ganjaran seperti..

SEBUTIR BIJI YANG MENUMBUHKAN TUJUH TANGKAI
SETIAP TANGKAI ADA SERATUS BIJI PULA

Urusan Allah untuk melipatgandakan setiap sen yang kita infak di jalan-NYA bergantung kepada niat dan cara perlaksanaan kita kerana Allah maha mengetahui segala bisikan hati dan Allah maha melihat setiap gerak geri kita dalam menguruskan wang dan harta.

Dalam kitab Al-Quran ada menyebut, Allah akan memberi pahala kepada orang yang meninfakkan harta (sedekah, zakat, memberi sumbangan etc etc.)ke jalan-NYA sekiranya si pemberi tidak menyebut-nyebut (mengungkit-ungkit)dan tidak menyakiti hati si penerima harta.
Allah juga menyambung dalam ayat yang sama Allah mengkategorikan orang2 ini sebagai orang yang tidak takut dan tidak bersedih hati..

APAKAH MAKSUD 'MENGUNGKIT-UNGKIT' atau 'MENYEBUT-NYEBUT' ?
Kerap kali selepas bersedekah, zakat, sumbangan dll, kita akan rasa berat hati. Mungkin takut untuk menghadapi ketidakcukupan di masa depan kerana wang tersebut telah diinfakkan. Tanpa segan silu, kita akan bersoal2 dengan diri sendiri..

alahai..dah habis duit aku..kenapa lah aku sumbang 20 dollars tadi.. :(

Sepatutnya, after sedekah, jangan lah berkira-kira..InshaAllah akan ada ganjaran yang Allah sediakan..Plus, ada sesetengah dari kita suka mengungkit-ungkit tentang pemberian itu di depan penerima. Kata Allah, lebih bagus bercakap benda2 baik dan memberi maaf, daripada bersedekah (sumbangan, zakat etc ) yang diiringi dengan perbuatan yang menyakiti.

Kalau lah sumbangan atau pemberian kita tu akan menyebabkan kita rasa nak mengungkit-ungkit atau menyakitkan hati si penerima, lebih baik x payah bagi..So, kalau nak bagi, kena lah ikhlas dan redha je dengan ape yang akan berlaku selepas tu..

Kerana..
Kata Allah mereka yang ikhlas ini, tidak akan takut dan bersedih hati..
- tidak takut : tidak rasa risau dan gentar untuk mengahadapi hari esok walaupun harta dah berkurang selepas memberi sedekah atau sumbangan..
- tidak bersedih hati : tidak kesal dengan pemberian yang dilakukan dan tidak terfikir-fikir kembali tentang pemberian tersebut dengan menyebut-nyebutnya semula..

Allah menyeru orang- orang beriman agar menjaga ibadah infak dengan mengelakkan sifat2 diatas, dan Allah memberi contoh tentang perkara yang merosakkan sedekah iaitu riak..

Allah menyifatkan RIAK ini seperti...

TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT..

Obviously, perumpamaan yang Allah berikan sangatlah dasyat bunyi nya..Ini menunukkan RIAK itu juga satu benda yang dasyat hingga boleh merosakkan amalan sedekah..

Cerita BATU..
Orang yang bersedekah diumpamakan seperti batu licin yang diatasnya ada debu.. Apabila hujan lebat turun dan menimpa batu itu, maka debu pun hilang dan tinggallah batu itu sendirian..

Maksudnya, orang yang bersedekah dan diiringi sifat riak dalam pemberiannya, mereka ini tidak akan mendapat ganjaran seperti yang Allah janjikan dalam ayat 261..

APAKAH BEZA RIAK, UJUB DAN TAKABBUR?

1) RIAK : MEMPERLIHATKAN PERBUATAN - usaha untuk membuat orang lain nampak yang kita ni sedang melakukan ibadah, sedang berbuat baik, sedang bersedekah, sedang kaya, sedang.......


2) UJUB : KAGUM DENGAN DIRI - di dalam hati, rasa diri kita hebat, banyak harta, banyak ibadah, banyak ilmu, suka tolong orang, rasa bagus dan sebagainya..

3) TAKABBUR : BERMEGAH-MEGAH dan MEMPERBESAR-BESARKAN - contohnya, orang2 yang suka publish sumbangan dalam surat khabar, ataupun orang yang suka bercerita tentang kelebihan diri, suka orang bercakap pasal kebaikkan nya dan sebagainya.



SYMPTOMS
  • tidak suka berdoa (sebab rasa diri hebat dan tak perlu minta pada ALLAH)
  • mudah terluka+mudah melukakan (terasa hati jika ditegur tentang kesalahan)
  • susah minta maaf+susah memberi maaf (buat ape nak mintak maaf kalau rasa diri bagus)
  • potong cakap orang (rasa orang lain salah dan dia je yang betul)
  • gila pangkat (rasa sesuai dan layak untuk semua jawatan)
  • cara perpakaian (suka menunjuk2 depan orang lain)
  • gila pujian (nak sangat orang cakap2 pasal kelebihan dia..erghh)
  • bencana pada orang lain, dianggap kelebihan diri (bila bersaing, kalau pesaing tu kalah, akan rasa perasan yang dia tu telah mengalahkan pesaing tersebut)
  • tak suka ziarah (dia rasa dia penting, so orang lain yang kena ziarah dia)

Akhirul kalam, semoga kita same2 ubah diri ke arah yang lebih baik..jangan rasa riak, ujub dan takabbur..Plus, jangan rosakkan amalan sedekah kita dengan perasaan suka mengungkit2 dan melakukan ape2 yang menyakitkan hati si penerima..

WALLAHUA'ALAM..

RUJUKAN : AL-BAQARAH :261, 261, 263,264

No comments:

Post a Comment