Friday, August 20, 2010

kotak jiwa menjerit bisu.



Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W kerana hadirmu membawa ketenangan dalam jiwa..

Remembrance of AL-QUDS, 21 August.
Terbakarnya masjid kiblatain, Al-Quds aka Masjidil Aqsa pada tarikh ini betul2 membakar maruah umat Islam. Peristiwa yang berlaku pada tahun 1969 tersebut jarang sekali dijadikan topik perbualan menjelang bulan August kerana yang sinonim dengan August hanyalah hari kemerdekaan negara.

Kekejaman membakar masjid kiblatain ini langsung tidak menarik perhatian pihak mahkamah pada waktu itu untuk menegakkan kebenaran. Seluruh umat Islam pasti tidak dapat menerima keputusan mahkamah yang mendakwa Dennis Michael ini sebagai GILA kerana dia menyatakan bahawa dia melakukan pembakaran tersebut selepas mendapat satu petunjuk dalam kitab Zakaria. Ternyata hal ini adalah satu propaganda yang dibuat2 kerana penghakiman yang dilakukan juga adalah satu pembohongan yang dibuat oleh pihak Yahudi.

Sewaktu kebakaran tersebut sedang berlaku, tiada bomba yang datang membantu, hanya orang2 Islam yang bertungkus lumus memadamkan api. Alhamdulillah, Al-Quds sentiasa berada di bawah pemeliharaan Allah Aza Wajal kerana hanya sedikit sahaja bahagian yang terbakar walaupun api betul2 sedang marak pada waktu itu. Namun, mimbar Solahuddin Al-Ayubi yang menyaksikan khutbah pertama beliau sewaktu berjaya menakluk kembali Palestine tanpa pertumpahan darah pada 1187 masihi mengahadapi kesan terbakar yang teruk.

Kalau hati kita tak terusik langsung dengan kisah ni, mungkin ada silap di mana2 kerana hal ini melibatkan aqidah dan maruah umat Islam..Kalau anda seorang MUSLIM, pastinya hati dan jiwa akan terasa bagai ditusuk2 kerana agama tercinta seolah2 dibiar tanpa pembelaan..


Palestin adalah bumi umat islam.
Baitul Maqdis adalah ibu negara palestin.
Masjidil Aqsa terletak dalam Baitul Maqdis.


Apakah keistimewaan masjidil aqsa ini?


1) KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM

Rasulullah dan para sahabat mula berkiblatkan masjidil aqsa selama 1 tahun 6 bulan selepas solat diwajibkan setelah berlakunya isra' mi'raj pada tahun ke-10 kenabian.

2) SAKSI PERISTIWA ISRA' MI'RAJ

Allah telah menetapkan Rasulullulah memulakan perjalanan di Masijadil haram dan destinasi akhir sewaktu Isra' di bumi ialah Masjidil Aqsa. Dan di situ jugalah destinasi bermulanya perjalanan Mi'raj ke langit. Peristiwa ini bukanlah satu kebetulan tapi ia adalah ketetapan Ilahi yang mempunyai banyak hikmah tersirat. (rujuk Al-Isra':1)

3) KOTA BESAR ISLAM KETIGA

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

' Janganlah kamu bersusah payah utk bermusafir kecuali utk menuju 3 masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidku (masjid nabawi) dan Masjidl Aqsa'.

4) PALESTIN ADALAH NEGERI KENABIAN

Kebanyakan nabi-nabi diutuskan oleh Allah di bumi Palestin utk mengajak umat manusia mentauhidkan Allah. Sebahagian nabi-nabi ini lahir di sana dan ada sebahagian yang menetap di negara ini. Ada pula yang dimakamkan di tanah Palestin.


Palestin adalah bumi umat Islam yang Allah hadiakan pada kita. Penguasaan yahudi laknatullah pada 15 Mei 1948 yang dikenali sebagai NAKBAH PALESTIN merupakan satu detik hitam. Sama2 lah kita berdoa agar saudara2 Islam di Palestin bebas dari gangguan Yahudi.

Kata Solahuddin Al-Ayubi:

'SIAPA YANG BEJAYA MENGUASAI PALESTIN, DIA AKAN MENGUASAI DUNIA'

Kerana itulah beliau menyusun strategi untuk menakluk Palestin setelah 88 tahun dijajah. Pembakaran masjidil Aqsa bukanlah satu pengakhiran, tetapi sehingga kini, Palestin masih terus dinodai yahudi laknatullah.

Selalu2 lah update cerita Palestine ok? Supaya kita ni jadi saudara yang bertangunggjawab kerana tak lupa untuk mengambil tahu dan terus berdoa utk saudara Islam kat sana.

Wallahu'alam..



No comments:

Post a Comment