Showing posts with label sweet memories. Show all posts
Showing posts with label sweet memories. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Jangan menangis ukhtiku..




Buat ukhti terchenta, kudoakan semoga ujian hari ini memimpinmu ke SORGA.. =)

"Miraaaaaaa!!~ dapur terbakaq.." - Anneh ckp dgn penuh tenang. Bibir masih mengukir senyum.

"Astaghfirullah, mcm mn blh jdi cmni?" - Aku cuba senyum2 sebab nak control panic. Hadoilah.

Mula-mula aku memang lah tergezut. Alhamdulillah, aku tak menyaksikan kejadian api menjulang2. Bak kata Anneh, "Mira, kalau hang tgk api tu, aku taktau hang mcm mana dah".
Sungguh! Aku ni cepat panic. Silap2, boleh pengsan. Allah memilih orang-orang yg kuat dan mampu. Allah maha mengenali setiap makhluk ciptaanNya. Oh, rasa istimewa pulak tiba-tiba.

Kenapa Allah pilih Anneh? Sebab Anneh cool jah handle masalah. Anneh tak macam aku, serabut hayam! hehe..Meh nak pujuk..


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala atas apa yang dia kerjakan dan dia mendapat seksa dari apa yang diperbuatnya.
Mereka berdoa,

Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan.

Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau bebani kami dgn beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kpd orang2 sebelum kami.

Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kpd kami apa yang tidak sanggup kami pikul, dan rahmatilah kami.
Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir.

(Al-Baqarah:ayat terakhir)


Oh ukhti, janganlah kau bersedih hati. Sungguh, Allah mentakdirkan kita bertemu utk bertakaful. Bantu-membantu susah dan senang. Jika, kena ganti fan tu, kita share2 duit yaahhh~

p/s: sy jenis org tak reti pujuk depan2. jadi, ni lah caranya..tadaaaaa~!!


=)
el ameerah

I Lurve you, BNM


Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang memilih diri ini utk menjadi ahli keluarga
BANK NEGARA MALAYSIA

I love you so much
for giving me this huge and great opportunity.
Always giving hopes.
Always giving bright future for me and family.
Always giving strength when I feel weak.

I Lurve you.
More than words can say.
More with each passing second.
Utterly and completely.
Always.
Lurve you.

From the bottom of my heart...
Thanks again.

by
BNM's child,
el ameerah
.with love.

Tuesday, September 27, 2011

Di sini, aku melihat islam tanpa muslim



Assalamualaikum ikhwah akhwat fillah..

Semoga terus gigih berusaha utk menyampaikan nikmat Islam pd seluruh ummah.

Alhamdulillah, hari ni almost 2 tahun dah berada di bumi kangaroo. Di sini, aku dapat melihat Islam tetapi bukan Muslim yang mempraktikkannya. Hidup seolah2 aman dan damai. Semuanya nampak selesa tak kira siang, mahupun malam.

Belum pernah aku dengar masalah kecurian, gadis diganggu pada waktu malam, bergaduh dengan jiran, tak puas hati pada penjual di kedai, pembeli ditipu etc etc.

Kali pertama aku menjejakkan kaki ke Adelaide City, semua penjaga kedai dengan muka manis, senyum tak henti2 dan spontaneously ucapkan 'Hi, How are you today?'. Mereka sangat2 menjaga hati customer yg datang ke kedai mereka. Kalau kita buat muka macam tercari2, pekerja2 kedai tu berlari pada kita utk segera membantu. Bila nak keluar dari kedai, macam2 ucapan yg aku dengar, 'See you again later', 'Have a nice day' etc etc..Semua orang nak wish macam2 pada kita. Oh indahnya..

2 bulan lepas, aku on the way balik dari uni. Dengan kepala serabut sebab banyak sangat masalah yang datang dlm 1 masa, aku masuk bus, letak buku dan wallet atas seat sebelah. After getting off, terus masuk rumah and nak kemas bag sekolah. Astaghfirullah! Wallet tinggal dalam bus!!! adoy lahh. Sistem bus kat sini sangatlah sistematik sebab ada jadual yang sangat reliable. Aku terus tengok bus schedule and ada lagi bus terakhir yg akan lalu at 12.15am. Aku terus gerak ke obahn station dan tunggu bus tu. Alhamdulillah, once bus tu arrive, aku terus mintak driver tu call admin dia and ask for my wallet. Syukur! "You can collect ur wallet at Greenacres at 9.30am". Ya Allah, takda apa2 yang hilang, semua bank card were there. Baiknya orang2 aussie. Kalau wallet tinggal sepah2 di Msia, mesti dah takda harapan nak dapat balik.

Di Aussie, we love to drive. Especially, during winter, kami akan rent van 8 seater utk travel around Aussie. From 1 state to another state blh ambk masa dlm more than 24 hours. LETIH! Aku pernah drive from Canberra to New Castle straight non-stop dlm 8 hours. Haylaaa~ Driving in Aussie is much2 better and safer compare to Msia. Dengan peraturan yang sangat ketat dgn cctv bersepah2 di sepanjang jalan, semua driver akan jadi sangat2 disiplin dan mematuhi had laju. Kat dlm city or kawasan perumahan, cannot exceed 50 km/h..paling laju pun 60km/h..Susah nak tengok orang kat sini accident because mereka sangat berhemah dan selalu bertolak ansur. Kalau kat Msia, salah sikit je, terus kena hon but kat Aussie, malu nak tekan hon sbb menganggu orang2 di kawasan tu.

Another thing yang best is the cleanliness of environment. Sejak datang sini, aku and friends become more concern about recycling stuffs. Semua benda nak recycle. Each house is provided with 3 large bin utk 3 jenis sampah. Recycle, Organic and Household bin. Lori sampah mereka pun canggih. Mereka akan datang on time every Monday at 10am utk kosongkan setiap bin. Kalau jalan2 dalam city or uni, susah nak tengok sampah di mana2 sbb semua orang concern about kebersihan and bin2 disediakan dimana2 utk recycle dan organic. Love it! Rumput2 di depan rumah semuanya di trim dengan cantik. Kami tak tahu nak potong rumput, so pakcik matsaleh sebelah ni yg akan potongkan for free! winkwink :)

Suka Aussie sangat2..semuanya nampak sempurna..semuanya nampak indah pada luaran..tapi hati2 penduduk di sini kosong..mereka selalu cari kepuasan dan happiness every weekend dkt club2..baju terdedah sana2 sini, mabuk etc etc..After that, kerja during weekdays, then enjoy during weekend. Macam tu lah kitaran kehidupan mereka setiap minggu. Takda apa2 yang menambahkan nilai dalam diri mahupun ummah. Takda apa2 yang mengundang Allah utk meredhai mereka.

Semoga Aussie akan jadi negara Islam yg syumul satu hari nanti. Ameeennn~
Wallahua'lam..
:)



Sunday, September 5, 2010

kamilah sayap-sayap itu..


Cinta pada ilmu, Rindu pada syahid..

Dah 8 bulan diri ini menumpang di bumi asing milik Tuhan..
Akhirnya, aku temui mereka..

perjumpaan itu
bukan sekadar bertemu
bukan sekadar berbalas senyuman
bukan sekadar erat berpelukan
bukan sekadar manis bersalaman
bukan sekadar perkongsian suka duka
bukan sekadar santun bicara
bukan sekadar hiburan gelak tawa
bukan sekadar berkumpul yg sia-sia

aku bertemu mereka di majlis itu
majlis yg penuh rahmat,
dipayungi sayap2 malaikat,
sarat dgn ilmu dunia dan akhirat,
penuh dengan amalan dan ibadat..
berkongsi cerita utk menyelesaikan masalah umat,

mereka biasa-biasa
tapi disisi Allah, mereka sangat luar biasa..
tidak penat mengejar cinta..
tidak jemu mengumpul pahala..

Aku sayang mereka, kerana dgn mereka, jalan dakwah ini bersinar mekar, menunggu hari-hari kemenangan yang bakal tiba, mereka itu sayap kiri bagi yang memahami erti penciptaan, aku kagum dengan mereka..

This entry is dedicated to all my friends for your lovely support in our plan to build 'MUSLIM' in our souls..do not give up, ya ukhti, Allah is watching us and He will reward us with jannah..

KAK AFRAH, KAK IFFAH, NABILAH, SURAYA, ANNEH, ATIQAH, WHY, JIHAH, TATI, PIJA, NATTO, HANI, AAIN, RUBY

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan pertama di bumi asing..


Mengimbau kembali saat2 berpuasa bersama keluarga. Betapa besar rahmat kasih sayang pada waktu itu. Sekarang, rahmat kasih sayang tu tetap menyelubungi walaupun hati2 ini telah jauh terpisah.

Di saat bermula Ramadhan hari pertama semalam, hati berdebar-debar, menanti apakah ujian Allah yang akan berikan pada Ramadhan kali ini. Ternyata pada waktu berbuka puasa semalam, kami semua diuji dengan "NASI TAK MASAK'..alamak!

Masa 45 minit sahaja digunakan untuk masak nasi tomato yang Alhamdulillah cukup sifat. Berkat pertolongan kawan2, akhirnya siap juga semua lauk dan buah serta air. Memang lengkap pada hari pertama.. ALHAMDULILLAH..
Ternyata pada waktu ini, Allah menguji sama ada kita rasa ringan tulang atau tidak untuk membantu kawan2, adakah kita ikhlas, adakah kita sabar untuk menerima segela dugaan selepas itu. Kerana setelah semuanya selesai dan perfect, tiba2 tengok nasi tak masak. Ada seorang kawan ni bagi cadangan untuk berbuka dengan tamar dan buah, kemudian solat maghrib dulu sementara tunggu nasi masak. Alhamdulillah, sekali lagi berlaku peristiwa menyentuh hati tatkala kemanisan iman melemparkan cahaya.

Surah Al-Baqarah : 183

Orang2 beriman diwajibkan berpuasa seperti orang2 terdahulu. Untuk apa???
AGAR KITA BERTAQWA, kata Allah.

Sudah 20 tahun menghadapi Ramadhan yang sememangnya kurang memberi impak kepada diri. Mungkin ibadah puasa sebelum ini belum mencapai tahap kelayakan hingga membuat kita betul2 tunduk dan takut kepada Allah..Taqwa ini sangatlah luas. Secara ringkasnya, Taqwa adalah..

  • Melakukan suruhan Allah
  • Meninggalkan larangan Allah

SUSAH KAN?
Sebab kita bernafsu. Kerap kali diri kita dikawal olehnya. Dan berapa banyak kali, jasad ini dikawal oleh iman dan taqwa?? Mungkin ini yang ALLAH nak tarbiyah sempena RAMADHAN setiap tahun..'AGAR KAMU BERTAQWA'

Masa bulan Ramadhan, semua orang takut nak buat maksiat, takut nak dating2, takut nak mengumpat, takut untuk solat lambat..etc etc..Benar kata ALLAH, orang yang berpuasa itu akan jadi bertaqwa (takut) kepada-NYA, SEKIRANYA puasa tersebut betul2 mengikut kehendak syara' dan ikhlas..

Rasulullah pernah bersabda,

Apabila tiba bulan RAMADHAN..
semua pintu2 SYURGA dibuka...
semua pintu2 NERAKA ditutup..
SYAITAN2 akan dibelenggu..

(riwayat Bukhari&Muslim)

Betapa hebatnya bulan Ramadhan ini sehingga ALLAH memberi nikmat yang sangat tidak terkata. Pintu syurga itu mahal, apatah lagi isinya. Tetapi, Allah maha pemurah untuk membuka seluas2nya pintu2 syurga itu untuk kita yang bertaqwa. Sepanjang Ramadhan, ada juga manusia2 yang degil dan masih membuat salah, tapi Allah maha pengampun, semua pintu neraka ditutup rapat. Plus, selalunya, syaitan ada dimana2. Tapi, bulan ni, semua perbuatan jahat bergantung ke atas kita sebab syaitan diikat dan tidak berpeluang untuk menghasut manusia. Kalau kita masih melakukan dosa, tu maknanya, kita gagal mengawal nafsu yang sentiasa ada dalam diri kita ni.. :(

Sambutlah Ramadhan dengan bertekad untuk meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Allah nak kita bertaubat dengan taubat sebenar-benarnya dari segala dosa dan kesalahan..

RAMADHAN ADALAH BULAN TAUBAT

Kata Allah, dengan betaubat, orang2 beriman ini akan beruntung..(24:31)

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu pengajaran yang mematangkan kita dalam menjadi hamba yang bertaqwa seperti yang dituntut ALLAH AZA WAJALLA..

WALLAHUA'LAM..