Showing posts with label kata hati. Show all posts
Showing posts with label kata hati. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Jika kau..

Jika kau merasa besar, periksalah hatimu..
Mungkin ia sedang bengkak..

Jika kau merasa suci, periksalah jiwamu..
Mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani..

Jika kau merasa tinggi, periksa batinmu..
Mungkin ia sedang melayang kehilangan pijakan..

Jika kau merasa wangi, periksalah ikhlasmu..
Mungkin itu adalah asap dari amal solehmu yg hangus dibakar riya'..

-Salim A.Fillah, Dalam Dekapan Ukhuwah-

Thursday, October 27, 2011

Rindu

Ya Allah, sungguh sepi malam ini. Rindu. Terasa sunyi. Rindu pada tanah haram.

Tak puas tengok kat gambar je. Jeles tgk orang yg blh pergi banyak2 kali. Bila dengar ada orang nak pegi sana, rasa excited sangat nak tahu macam2 yang mereka lalui.

Macam mana lah perasaan solat depan kaabah tu. So far, takda sapa yg berjaya describe sbb mereka yang dah bepeluang, semuanya speechless. Suatu perasaan yang takda kata yang boleh nak gambarkan.

Sayu dengar bacaan dalam solat berimamkan imam masjidil haram.

Rindu. Rindu tanah haram. Walaupun tak pernah pergi, tetap rindu.

Thursday, October 13, 2011

My wish


Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang. Maha suci Allah yang memastikan setiap urusan alam tersusun indah. Maha suci Allah yang menurunkan rezeki pada setiap makhluk. Maha suci Allah yang melindungi orang2 beriman. Maha suci Allah yang menerima taubat hambaNya. Maha suci Allah yang memandu hati2 manusia ke arah Islam. Maha suci Allah...

Pernah aku bertanya kepada manusia..
Apa yang kamu mahukan dan belum pernah tercapai?

Banyak jawapan2 yang mengikut logic manusia, memang tak salah. Tak salah nak kerja bagus2. Tak salah nak ada rumah besar. Tak salah nak travel satu dunia. Tak salah nak ada suami yang penyayang. Tak salah untuk ada keinginan2 itu.

Tapi, dalam banyak2 jawapan mereka, aku tertarik dengan seorang hamba Allah ni.
Jawapan dia..

"SAYA MAHU BERTEMU ALLAH DI SYURGA."

Katanya..
"Saya nak melihat Allah di syurga. Suatu nama yang saya sebut2 dalam solat dan doa. Saya baca dan fahami kalamnya setiap hari. Allah yang memastikan jantung saya berdenyut sewaktu jaga dan tidur. Allah yang telah memberi ketenangan pada hati. Yang menguruskan pertemuan kasih sayang bagi orang2 beriman. Yang berada dengan saya dalam susah dan senang. Yang sentiasa memerhati dan melindungi saya. Selalu memaafkan kesalahan saya. Terlalu banyak reason kenapa nak jumpa Allah, kak."

Tapi pernahkan kau berjaya melihat matahari dengan matamu tanpa cermin mata hitam. Tetapkan pandangan mu seminit. Pasti matamu sakit disambar terik mentari. Apabila mahkluk ciptaanNya pun kita tak mampu nak tengok, apatah lagi untuk melihat Al-Khaliq yang Maha Besar.

Dan ketika Musa datang pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan berfirman kepadanya
Musa berkata, "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diriMu) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau." Allah berfirman, "Engkau tidak akan sanggup melihatKu, namun lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap di tempatnya nescaya kau dapat melihatKu." Maka ketika Tuhannya menampakkan (keagunganNya) kpd gunung itu, gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Setelah Musa sedar, dia berkata "Mahasuci Engkau dan aku adalah orang yang pertama-tama beriman"
(Al-A'raf :143)

Wahai ukhti tercinta, sungguh besar impianmu. Teruskan dengan berdoa. InshaAllah pasti kau kan bertemu dengan kekasih hatimu, Allah aza Wajalla. Jadi yang terbaik dalam deenul Islam agar kau berjaya untuk ke syurga. Betapa besar kuasa Allah sehingga hancur gunung itu apabila Allah menunjukkan kekuasanNya. Semoga impianmu terkabul kerana Allah akan memberi apa sahaja yang kamu minta dengan kekuasaanNya.

Ud'uni, astajiblakum
Berdoalah kepada Ku, necsaya Aku akan perkenankan bagimu
(Ghafir : 60)


Yang mahu melihat Khaliq,
el ameerah






Akan ku warnai jiwamu



"Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) - tmpt Adam, n Hawa btemu stlh mereka dicampakkn ke dunia...Kat sini amat mustajab utk bdoa berkaitan dgn jodoh, kasih sayang n sbgnya..kalo rase nk berjumpa jodoh cepat2, boleh doa kt sini, insyaAllah dipermudahkn Allah.."



Khas buatnya yang mula mengisi ruang hati,
Aku belum bersedia,
maka aku memuliakan cinta ini dengan berdiam diri.
Diamku ini bukti kesetiaan diri dan kesucian hati.
Memori mujahadah yg penuh cabaran
akan kukongsi selepas kita diijab kabul.
InshaAllah
Aku mencintaimu dalam diam.


Akan ku warnai jiwamu
Dengan warna yang indah.
Tak mungkin pudar.
Semoga jarak yang terbina ini
terus menjadi benteng iman.

el
ameerah

mode: Warna Warna Cinta by Brothers


Wednesday, October 12, 2011

What if I die today.


There are too much sins that we've done. Too many things that we did wrongly. We beg for your forgiveness, Allah. How it will be? Are we able to face the sakaratul maut in a nice way? Make it easy for us, Allah. :'(

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati (Al-Anbia' : 35)

2 hari lepas, hampir2 dilanggar kereta masa nak lintas jalan. Mengelamun agaknya. Alhamdulillah terselamat. Allah masih memberi kesempatan pada diri ini untuk menebus dosa2 lalu. Thanx Allah. Andai kata kereta tu tak sempat brake, maka sekarang dah takda lagi kudrat utk membebel2 di sini. Hurm. Terdetik kat hati, apa yang akan berlaku pada harta2 dan apa saja kepunyaan kita selepas kita mati. Allah, tolong tutup aib kami selepas kami meninggal dunia. :'(

1) Duit

Semalam, orang bank tu cakap, once kita dah disahkan mati, mereka akan pass duit simpanan pada keluarga terdekat if kita tak provide any wasiat semasa hidup. Jadi, pesan lah siap2 pada ahli keluarga agar mereka gunakan duit2 kita di jalan Allah agar pahala sentiasa berterusan walaupun kita dah dalam kubur. Ataupun, bagi siap2 account username dan internet banking password pada kawan2 terdekat (bagi yg di oversea) supaya mereka blh uruskan jika family kita tak dapat terbang ke negara tmpt kita study.

2) Facebook

Password facebook selalunya tak di share dgn sesiapa kan. Dalam dunia ni, kita je ada authority utk log in facebook kita. After kita mati, siapa nak uruskan? Siapa nak tolong delete/deactivate account kita? Plus, mesti after berita kematian kita tersebar luas, semua kawan2, sedara mara nak wish takziah kat wall kita tu. Buat siapa2 yg rindu, mereka mungkin akan scroll photo2 kita masa hidup dulu. Kalau photo tak tutup aurat dan dilihat oleh lelaki ajnabi, habislah dosa tak putus2 walaupun dah dalam kubur bertahun dan berkurun lamanya.

3) Handphone

Orang yang diamanahkan utk mengambil alih phone kita mesti akan tengok2 benda2 best dalam phone tu (cth: inbox message, photo, etc). OH, kalau kita message2 dengan boifren/gelfren, semua orang yang masih hidup berpeluang untuk baca. MALUUU~~
Kalau ada photo dengan boifren/gelfren yang tak patut? Hurm.. Semua orang akan tengok dan mungkin akan buat spekulasi itu dan ini. :(

4) Laptop

This is another thing which is really private. Terlalu banyak yang kita simpan dalam laptop. Watch out guys. Once u die, everyone can access in whatever you have in the computer. Mungkin ada banyak benda yang mengaibkan dalam tu, but once kita mati, aib akan terbuka sendiri di hadapan org2 yg masih hidup.

5) Buku + Al-Quran

Ni antara benda yang sangat2 disayangi. Pasal ni tak payah risau. Pasti akhawat akan menjaga dan terus menggunakannya sampai bilabila inshaallah! Plus, dapat pahala berterusan. :)


Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda..
Apabila mati seseorang insan,
maka akan terputuslah segala amalannya,
kecuali tiga perkara,
iaitu sedekah jariah,
ilmu yang dimanfaatkan daripadanya,
doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
(Riwayat Imam Ahmad)






Sunday, September 5, 2010

kamilah sayap-sayap itu..


Cinta pada ilmu, Rindu pada syahid..

Dah 8 bulan diri ini menumpang di bumi asing milik Tuhan..
Akhirnya, aku temui mereka..

perjumpaan itu
bukan sekadar bertemu
bukan sekadar berbalas senyuman
bukan sekadar erat berpelukan
bukan sekadar manis bersalaman
bukan sekadar perkongsian suka duka
bukan sekadar santun bicara
bukan sekadar hiburan gelak tawa
bukan sekadar berkumpul yg sia-sia

aku bertemu mereka di majlis itu
majlis yg penuh rahmat,
dipayungi sayap2 malaikat,
sarat dgn ilmu dunia dan akhirat,
penuh dengan amalan dan ibadat..
berkongsi cerita utk menyelesaikan masalah umat,

mereka biasa-biasa
tapi disisi Allah, mereka sangat luar biasa..
tidak penat mengejar cinta..
tidak jemu mengumpul pahala..

Aku sayang mereka, kerana dgn mereka, jalan dakwah ini bersinar mekar, menunggu hari-hari kemenangan yang bakal tiba, mereka itu sayap kiri bagi yang memahami erti penciptaan, aku kagum dengan mereka..

This entry is dedicated to all my friends for your lovely support in our plan to build 'MUSLIM' in our souls..do not give up, ya ukhti, Allah is watching us and He will reward us with jannah..

KAK AFRAH, KAK IFFAH, NABILAH, SURAYA, ANNEH, ATIQAH, WHY, JIHAH, TATI, PIJA, NATTO, HANI, AAIN, RUBY