Showing posts with label Murabbi. Show all posts
Showing posts with label Murabbi. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

moga2 bukan bebelan kosong


Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita telah bersama2 di dlm gerabak dakwah ini. Samada ia sdg bergerak laju atau tidak, hanya usaha kita yg bakal tentukan. Di sini ana nak berkongsi sedikit 'buah tangan' yg dihadiahkan oleh murabbi2 kita sepanjang 4 hari di sana. Pertamanya, ana bersyukur krn kita telah 'ditembak' dgn jutaan sembilu yg insyaAllah akan menaikkan semangat kita, bkn menjatuhkan kita.

Semasa hari pertama, kita dpt taujihat mengenai Usul Quran/ Ulum Quran. Nak kata betapa pentingnya ilmu alat utk melengkapkan 10% dan 90% penguasan bahan. Bagi yg tak sure apa itu 10% dan 90%, blh lah bertanya2 ikhwah dan akhwat di lokaliti lain yg turut hadir ke sana. Alhamdulillah Allah mengingatkan kita utk memberikan jawapan  "Kenapa" kpd mutarabbi, dan bukannya "Apa". Krn murabbi selalu memberi "apa" tanpa menerangkan "kenapa". Akhirnya mutarabbi melakukan amal dakwah tanpa tahu mengapa.

Ustaz juga menerangkan apa maksud Al-Imam fi Al-amam. Betapa pentingnya murabbi itu utk berada selangkah lebih laju dari mutarabbi. Betapa kita perlu bersegera kpd penguasaan ibadah, bahan2 tarbiyyah, penguasaan fikrah dan ilmu2 alat seperti yg ada dlm rujukan tambahan di modul yg disediakan. Kdg2, kita nak bentang seerah pd mutarabbi tp kita sendiri gagal utk menghidupkannya sbb kita sndiri tak dpt nak bayang peta semenanjung arab itu bagaimana, latar belakang para sahabat itu bagaimana, lebih menyedihkan, kisah Rasulullah, tahun2 penting dlm riwayat hidup baginda juga kita tak kuasai. Astaghfirullah.

Ana yakin ikhwah akhwat yg pergi perkampungan ini merasa sangat2 sakit akibat ditusuk 'sembilu' dakwah. Kita ditekankan utk menghafaz 20 hadith pertama dari arbain hadith imam Nawawi. Yg menyedihkan, bila ditasmi' oleh ustaz, kita ni sgt2 lah mengecewakan. Kita disuruh menghafaz hanya makna bahasa melayu nya, bkn bahasa arabnya. Tapi masih tak dpt menepati setiap butir kalimah dlm matan2 hadith. Sekali lagi, hadith juga kita tak kuasai.

Kemudian, ikhwah akhwat diminta ambik kertas kecil, tuliskan hadith logam dan hadith faham agama, ana tak ingat yg ikhwah dpt hadith apa. Kmudian, ustaz check each answer dan hasilnya juga mengecewakan. hanya seorang yg dpt menulis matan beserta baris dgn baik. MasyaAllah. Murabbi yakni kita (ana dan enti) yg mengaku mengikut hadith dan sunnah tapi benda basic seperti hadith logam juga gagal kita kuasai. ada yg menulis 'ma'adin' dgn ejaan dhad-ya-nun. Dan sekali lagi, bahasa arab kita juga kantoi.

Kemudian, ustaz sekali lagi menyuruh ikhwah akhwat melukis. bukan melukis yg sia-sia. Tapi melukis peta semenanjung tanah arab. Di mana mekah, madinah, di mana Baharain, Qatar, Yaman, Oman dan sebagainya. Hurm, ternyata, masih menyecewakan. Bila ustaz minta kita semua isi senarai2 tahun penting, bani penting dan macam2 lagi fakta seerah yg kedengaran basic, tp bukan semua dpt jawab 100% betul. Sembilu yg entah ke berapa kali ini.

Kemudian, ada pengisian yg menekankan tentang salah satu muwasoffat tarbiyyah iaitu mateenul khuluq. MasyaAllah, setiap senarai yg terletak bawah mateenul khuluq tu masih jauh dari sikap kita yg skrg ini. Murabbi itu sifatnya menepati masa, sedikit bergurau, bersungguh2 dalam amal, rendah diri di depan manusia, rendah hati di depan Allah, hormat yg tua, sayang yg muda, dan mcm2 lagi. Tp adakah kita sentiasa tepati masa? Sentiasa bersungguh2 menjadi amaliyyun. Sekali lagi kita gagal menguasai akhlak islamiyyah.

Pada sesi i'dad murabbi, ustaz guide ikhwah akhwat mcm mn nk bawa usrah dgn baik. apakah beza da'ie dan murabbi, apakah beza mad'u dan mutarabbi. MasyaAllah semuanya menjadi terang jelas selepas pencerahan yg cukup bermakna!

Paling istimewa, sesi bersama ikhwah akhwat BFG (back for GOD) insyaAllah. Di sini ustaz kongsikan bagaimana mahu tsabat masa di Malaysia nnti. Betapa murabbi sejati itu blh hidup dgn dakwah dan tarbiyah sekalipun tiada manhaj dan biah yg solehah di tempatnya. Betapa ikhwah akhwat perlu menitikberatkan persoalan keluarga, perkahwinan, tempat kerja etc etc demi menegakkan dakwah di samping menguruskan hal duniawi.

ikhwah akhwat fillah, kita lah amaliyyun, kita lah rijal Islam, kita lah ansarullah, kita lah murabbi, kita lah da'ie. perkongsian ini bukanlah utk 'membebel' atau 'berceramah'. tapi itulah yg ana rasakan sepanjang di perkampungan itu. Dgn kesyahduan hari terakhir yg menyebabkan murabbi kita, dan semua yg hadir menitiskan air mata. Krn dgn rasa cinta yg teramat cinta, cinta yg bersungguh2 kpd dakwah ini, maka terhasillah perkongsian ini. moga dijadikan sesuatu yg blh dimuhasabahkan. Adakah kita betul2 telah mula sirius utk ummat ini?

Monday, August 6, 2012

Depan Allah lain, depan manusia lain

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah thummalhamdulillah. Hari ni dah masuk juzu' 20 di Wandana Mosque. Bila imam start baca surah Al-Ankabut, tiba2 rasa mcm sedang 'dibasuh' dgn ayat-ayat Allah. Byk sgt Allah nak peringatkan tentang kewujudan Allah dlm setiap gerak geri kita.

Allah mention banyak kali yg Dia kenal siapa kita.
Dia tahu kita buat apa.
Dia tahu kita fikir apa.
Dia tahu kita rasa apa.
Semua Allah tahu.

Allah tahu siapa yang benar atau siapa yang berdusta (Al-Ankabut : 3)


Allah tahu apa yang ada dalam hati kita (Al-Ankabut : 10)


Allah tahu siapa yang betul-betul beriman dan siapa yang munafik (Al-Ankabut : 11)

Ye jelas Allah maha mengetahui. Seandainya manusia beriman dgn sifat Allah yg satu ni, nescaya kita takut nak buat dosa. Tapi berapa ramai yg beriman bahawa Allah itu maha tahu segalanya? Tak ramai kan. Dan mungkin antara kita ni ramai je yg buat dosa dlm keadaan seolah2 kita tak rasa Allah tgh tengok kita dan kita tak rasa Allah tahu apa kita buat.

Ukhti, Allah tahu siapa yang beriman dan siapa yang munafik. Allah tahu siapa yang sedang berpura-pura menjadi soleh. Mungkin orang lain tak nampak. Kenapa diorang tak nampak? Sebab kita sangat ' pandai' utk tutup dosa-dosa kita bila kita berada disamping manusia. Gulp!

Depan manusia, kitalah orang yang paling lemah lembut, paling sopan, paling hebat membincangkan isu agama, paling hebat bacaan Qurannya, paling betul tajwidnya, paling tinggi ilmunya, paling banyak hafazan Quran dan hadithnya, paling sempurna menutup aurat, paling alim, paling banyak bangun malam, paling banyak membuat amal dakwah.

Depan manusia, kitalah yang paling lantang menyeru mad'u ke jalan Allah. Kitalah yang paling bersemangat menyebar dakwah. Kitalah yang paling bagus memberi idea dan strategi tarbiyyah. Kitalah 'qudwah' paling hasanah dlm kalangan akhwat dan adik2 usrah. Kitalah yang paling kuat menahan sabar. Kitalah yang paling mudah ber-husnuzon. Oh semua yang baik2 tu ada pada KITA!

Lebih-lebih lagi bila kita dah berada dlm jalan tarbiyyah ni. Memang takda siapa yang akan berjaya nampak siapa kita yang sebenarnya. Allah maha pemurah tu yg always tutup aib kita. Allah jaga rahsia-rahsia kita. Allah simpan dosa-dosa kita dari pengetahuan manusia, Sampai manusia tak nampak watak hitam yang berselindung di sebalik tudung labuh (akhwat) dan kopiah putih (ikhwah) kita tu.

Tapi benarkah kita tergolong dalam orang yang soleh itu? Benarkah kita yang beriman itu? Sudahkan kita menjadi yang beriman itu? Belum! Belum lagi jika belum diuji.


"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dgn berkata "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji" (Al-Ankabut : 2)


 Ya akhwat, Allah akan menguji kita. Allah akan test iman kita. Allah nak tgk siapa yang beriman, sapa yang munafik.

Bila kita duduk sorang2, bila takda manusia di samping kita, bila kita rasa dah takda mata-mata yang memandang-mandang gerak geri kita, segala nafsu dan bisikan syaitan mula jadi teman setia. Kita seolah-olah lupa rupanya ada 'mata' yang sedang meilhat kita. Ya, mata Allah. Pandangan Allah itu yg sedang melihat kita every second. Dosa-dosa yang kita sorok dari manusia tu sebenarnya terbongkar di kalangan penghuni langit. Malaikat sekaliannya tahu. Dan Allah juga tahu bukan? *sakit jantung*

Sy juga masih merangkak dlm mengubah diri. Sy juga masih bertatih dalam meninggalkan jahiliyyah. Mungkin kita rasa mudah utk buang jahiliyyah bila kita ada bersama akhwat. Tapi bila kita sorang, perbuatan-perbuatan jahiliyyah tu akan mula menggoda-goda kita kan? Tapi, Allah dah bekalkan kita dgn hidayah. Allah dah anugerahkan ilmu yang byk pada kita. Allah dah ajar kita mana yang betul dan mana yg salah. Allah dah bagi Quran pd kita utk pandu hati kita.

Allah tak tinggalkan kita. Allah tak biar kita sendirian. Allah tak biar kita sorang2 dlm bermujahadah.

Kembalilah pd Allah bila kita rasa lemah waktu duduk sorang2. Minta kekuatan padaNya. Minta Allah bantu kita utk mujahadah lawan nafsu jahiliyyah kita. Minta Allah terima taubat kita. Minta Allah hapuskan rasa keinginan pd jahiliyyah tu. Minta Allah bersihkan hati kita. Minta Allah ampunkan dosa kita. Kembalilah kepada Allah. Krn itulah sebaik-baik perlindungan.

Di jalan dakwah ini, kita gagah menyeru manusia. Hati-hati wahai ukhti, takut kalau-kalau mad'u kita tak dpt menerima hidayah dan tak dpt mendengar seruan dakwah hanya kerana dosa-dosa kita yg 'tersorok' tu. Ya, mungkin kita dpt berbohong pd mrk kononnya kita lah Muslim yg sempurna. Tapi ukhti, sy takut jika sy dan kamu sedang 'berseronok' mengada-adakan pembohongan pd Allah. *tunduk pandang lantai*


"Dan siapakah yg lebih zalim drpd orang yang mengada-adakan kebohongan kpd Allah atau org yang mendustakan kebenaran ketika kebenaran itu datang kepadanya?" (Al-Ankabut : 68)


Sy tak mahu berpura-pura. Di depan manusia, belagak alim tapi sebenarnya sy kotor di sisi Allah. Na'uzubillah. Allah, forgive us. Show us the right path. Give us your light. Amin.

Wallahualam.

Sunday, August 15, 2010

Murabbi super saiya

Walaupun kita tak pernah bersua muka, tak sempat berbicara sepatah dua, tak mampu mengucap cinta, tapi aku tetap rindu..