Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdullillah tsummal hamdulillah. Hari ni dpt merasai Ramadhan yg ke-14. Mcm biasa, kitaorang habeskan masa kat Wandana Mosque dari masuk isyak pukul 7 sampai pukul 9 malam. Hari ni turn Baitushams and Baitul Insyirah utk gi masjid. Tarawih hari ni agak panjang sikit sebab encik imam baca panjang (1 rakaat, 2 muka surat. ketaq lutut aihh). tapi best lah sebab encik imam tu hafiz Quran dan sgt menjaga tajwid dan lagunya pun best. So, makmum pun takda lah nak ngantuk2 kan. :)
Balik dari masjid kitaorang ada moreh (betul ke eja ni?) Then, lepak skjp kat bilik sebelah. Nama penghuni bilik tu ialah cik Nabilah. Saje nak tanya kabar dia, nak usha dia buat assignment, nak bermanja2 sikit (muntah ijau), nak borak2 etc etc. She is my usrahmate too! Kitaorang slalu share byk benda together. Tpi selalunya sy yg akan cakap byk and dia tukang dengar. ada lah jugak dia menyelit bagi pandangan/comment utk respond apa yg sy tgh bebelkan.
Kata Syeikh Umar Tilmisani, who was the Mursyidul Am ketiga Ikhwanul Muslimin,
"Ustaz Mustafa Masyur adalah saudara saya dan kekasih saya. Allah mengetahui meskipun antara kami wujud perasaan kasih sayang, persaudaraan, kemurnian hubungan namun unsur-unsur ini tidak membiasakan kami utk bermanis mulut sehingga MERUGIKAN KEBENARAN"
This is the real meaning of friendship I reckon. Sahabat yg baik akan always bawa kita utk sama-sama tegakkan kebenaran. And that is why I love Nabilah so much. Tadi dia tiba-tiba start a conversation.
"Mira, hari tu kan ada sorang brother ni. Nama dia ******. Dia cerita yg dia terasa dgn sorang sister ni sebab sister tu cakap dgn agak kasar dgn dia masa pass barang"
okay, muka agak berkerut. was it me?? Takpe2, sy pun teruskan mendengar. Tapi otak dah start meneroka peristiwa2 lama yg mungkin ada kaitan dgn 'kes' ni. Huh!
"Brother tu ckp dia nak sister yg ckp kasar tu mintak maaf dgn dia personally/direct kat dia. Sort of macam kena pegi jumpa dia dan say sorry. Tah la. Aku tlg cakapkan je. hikhik."
Tergambar satu insiden and 'tragedi' tu mula bermain2 dalam kepala in few seconds. Aduhh.
*muka dah tunduk and fokus memandang lantai*
Ya Allah, sy bukanlah nak sengaja ckp kasar. But sy mmg ckp mcm tu. Mmg sy akan ckp dgn nada dan cara mcm tu bila ckp dgn org lelaki. Mmg bunyi dia agak kasar, macam marah, tegas dan garang. Ramai yg tahu itu sifat semulajadi sy. Hurm. (rasa nak nanges 3 hari 3 malam)
Teringat satu artikel yg pernah ditulis oleh sorang sahabat yg tajuk dia Akhwat Warden Penjara. Sy bukan nak defend akhwat tp we did that semata-mata sbb nak jaga kedua-dua pihak dari diserang penyakit hati (kalau terkena, mungkin ambik masa utk ubatkan).
Kalau nak tahu, cik-cik dari Venus ni mmg susah sgt nak berlemah lembut, melunakkan suara, atau tunjukkan muka manis tersenyum lebar bila berkomunikasi dgn encik2 dari Marikh. Bukan sbb kitaorang bercita-cita nak jadi warden penjara. Tapi sebab nak jadi warden utk hati sendiri. Hati ni kalau tak dijaga, cepat je encik syaitan datang dan bisik2 benda jahat. :(
"Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yg lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Al-Ahzab:32)
Sy budak baru belajar. Sbg manusia, kesilapan tu mmg akan jadi something yg biasa dlm kamus hidup ye tak? Raut wajah kita, suara kita, gerak geri jasad kita, pandangan mata kita semua tu akan ditanya oleh Allah masa kat hari penghisaban nanti. Moga2 Allah benarkan kita utk jawab dgn baik masa kat 'sana' nanti.
"hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu untuk memikul beban dakwahMu."
Showing posts with label Cik Venus. Show all posts
Showing posts with label Cik Venus. Show all posts
Wednesday, August 1, 2012
Sunday, October 23, 2011
oh tersuka.
Tips 1 :
What should I do if I like or love someone? How am I going to know him before I want to marry him? Can I straight away using facebook, phone calls, yahoo messenger or twitter to say hi, stalk everyday and keep updating his daily activities?
Islam gives the best solution. First, find someone who is reliable and can guide you in Islamic way, for example, your parents or aunty and uncle or someone older. Dan kalau ada usrah, mintak tolong naqib or naqibah selidik2.. hehe.. Ask them to go to the guy that you love and meet up with his family to find out how is that guy's behaviour.
Do you know, only by looking at him, our parents have kinda feeling that we call as INSTINCT, either he is the best person for you or not. Sometimes, we can see his akhlak by looking at the way he speaks with elders, the way he laughs, the way he eats, does he lower his gaze, the way he walks, what does he wear, how he spends money, does he care about prayer etc etc. Does he portray Islam? Hurm, Let your parents find out! Mak ayah kita mesti tahu apa yg baik dan apa yg tak baik.
Dont gatalgatal pi jumpa sendiri na! Takmau stalk2..Nanti sakit mata..
Friday, October 14, 2011
Modest

Julia Ahmad : Hi, I wanna ask something about your religion. Does Bible give any guidance for women regarding what to wear.
Brendan : Hi, I am Brendan, the pastor. Yes, Bible says that women should wear anything which is modest.
Julia Ahmad : Oh really? Referring to your Bible, could you please show me which one does wear modest clothes here?
Brendan : Look at that women, with long sleeve black top and loose long pants.
Julia Ahmad : Oh, that girl? Then, show me which one is not.
Brendan : Look at the women beside her. She's wearing dress and not covering the chest part. It makes her look seductive. It is not modest.
Julia Ahmad : So, do you define 'modest' as covering women body? In that case, we are the most modest than they are. We cover everything. So, are you trying to say that Al-Quran is better in guiding women what to wear? Because it says that women need to cover every part except face and palm.
Brendan : .....................
Julia Ahmad : Okay, thank you. I want perfection. Quran is perfect. Bye. See ya. :)
Tuesday, October 11, 2011
Paling Mahal

Dah letih nak menghadap buku. Tiba2 rasa nak jalan2 di Adelaide Arcade dan laju je kaki ni melangkah ke satu kedai emas. Kat dinding kedai tu penuh banner tulis "SALE". Huh, menguji keimanan dan menggoda nafsu membeli belah. @_@
Dari pintu masuk sampai lah ke rak2 bahagian dalam, semua barang kemas tersusun rapi dengan cantik. Tapi yang disusun di bahagian bawah semuanya murah dan kita boleh test sesuka hati. Harganya dalam range $100-$500..Hihi. Ramai matsaleh2 perempuan test yang tu, test yang ni. Aku pun jalan2 lagi dan berdiri kat satu almari berkaca sebelah counter. Dalam tu ada cincin yang mahal2. Ada yg sampai $20,000.. OH mahalnya anda. Pintu kaca tu berkunci. So, sapa2 nak beli, kena mintak dengan tuan kedai tu sebab it is obviously cannot be touched sesuka hati.
Sama lah macam nilai harga seorang perempuan. Perempuan yang bernilai tinggi susah nak jumpa zaman sekarang ni. Mereka tersimpan rapi di bawah jagaan Allah dan ibu bapa mereka. Mereka menjaga pandangan mereka dari melihat perkara yang dilarang Allah. Mereka menutup aurat dgn lengkap dari pandangan lelaki. Mereka sangat hebat dalam tarbiah. Mereka antara orang yang di hadapan dalam barisan dakwah. Mereka menjaga akhlak dlm hidup seharian. Mereka adalah perempuan yang pemalu. Mereka suka bangun malam dan menghabiskan waktu hanya utk beribadah. Susah nak jumpa sebab mereka duduk di tempat2 tinggi di sisi Allah.
Sama lah macam cincin2 mahal yang berkilauan dlm almari berkunci tu. Semuanya tersimpan rapi. Tak boleh diusik dan tak layak dipandang pun oleh pembeli2 biasa kerana tak mampu. Hanya orang2 yg kaya mampu membelinya. Sama lah juga dengan org lelaki. Hanya lelaki2 yang kaya dengan iman dan amal soleh mampu menyunting perempuan yg bernilai tinggi ni. Kalau lelaki yang biasa2, pasti takkan berjaya dan mungkin tak layak pun untuk memiliki hati si solehah. =)
Wahai lelaki, carilah pendamping hidupmu dengan menggunakan pandangan Allah. Memang payah untuk menjumpainya kerana hidup perempuan seperti itu ada dalam genggaman Allah dan ibu bapanya. Minta pada Allah agar dipermudahkan niat dan urusanmu. Dan berjumpalah dengan ibu bapanya utk keberkatan dan redha. Minta izin mereka sbg tanda hormat dan jujur. Jadilah yang paling berani antara semua lelaki2 biasa agar hati yg solehah ini menjadi milikmu hingga ke pintu syurga.
Hanya yang beriman akan mulakan langkah. Jadikan dirimu lebih hebat dari yang lain. Bukan hebat dari segi rupa dan harta, tetapi hebat dalam agama. Kalau dah sedia, jumpa mak abah. Doa banyak2. Teruskan! Aku menyokong dan mendoakan dari jauh.
Yang merindui,
el ameerah
Monday, October 10, 2011
10 Skala Richter!
Allah, guide me in every step I take. Ameen.
Rundle Mall tak pernah sunyi dengan buskers di sepanjang jalan. On last Thursday, tiba-tiba tertarik nak tengok a group of teenagers yg tgh buat dance performance kat tengah city tu. What a nice choreography!
Tak sampai 2 minutes watching them, tiba2 ada suara lelaki bagi salam. Ya ALLAH! Tuhan saja yang tahu perasaan pada waktu tu. Kaki nak cepat pergi dari situ. Suddenly he said..
"Maafkan saya, boleh tunjuk kat mana kedai makan yg halal? Kami baru sampai Adelaide ni 4 hari. Tak jumpa lagi kedai halal. So far, makan megi je. Yang berdiri kat hujung tu kawan saya dan dia bla bla bla......" pakcik tu terangkan panjang lebar sbb dia mungkin pelik tengok aku macam taknak layan.
Hadoi lah. Kesian pulak kat pakcik 2 orang ni. Mereka ada program 2 minggu di Royal Adelaide Hospital. Dengan tak pandang muka dia (sbb segan yg teramat sangat), aku tunjuk kat 1 corner called Stephen Place. Kat situ ade satu restoran halal. Tapi pakcik 2 orang ni macam tak dapat tangkap arah yang aku tunjuk sebab keadaan agak bising dgn music buskers tu dan masa tu ramai orang tengah lalu lalang~
Lepas dah betul2 pastikan pakcik 2 orang ni jalan ke arah yg betul, aku pun mintak diri nak pergi balik ke uni. Pakcik tu pelik tengok aku asyik pandang dinding sambil cakap dengan dia. Pakcik, kalau lah pakcik tahu yang orang perempuan ni sememangnya pemalu bila cakap dengan orang lelaki. Kalau boleh, nak tampal muka dengan kertas A4. Huh!
Before aku keluar dari kedai makan tu, pakcik2 ni seems nak tanya macam2. Pasal tiket bas lah, pasal solat jumaat lah, pasal kedai ayam lah. Hadoiii pakcik, ada student lelaki kat kedai tu, pergi lah tanya kat dia. Serba salah. Aku pun jawab sambil buat2 busy pegang phone. Untuk mengelakkan conversation tu lebih lama, aku mintak pakcik2 tu contact dgn kawan aku directly. Mungkin dia dapat tolong. Alhamdulillah, selesai masalah.
Tadi, pakcik tu terserempak dengan aku di Rundle Mall. Dia pun cerita yang kawan aku tu bawak dia pegi sana...pegi sini..Bersungguh2 dia cerita. Mungkin seronok sangat kot. Tahniah pakcik! Akhirnya ada jgk orang yg nak tolong pakcik berdua. =)
Kepada pakcik 2 orang yg sy tak sempat kenal, mntk maaf sbb saya memang sengaja mengelak utk berborak atau berlama2 dlm menjawab soalan2 pakcik. Orang perempuan ni fitrahnya pemalu. Kadang2 kalau cakap dengan lelaki, rasa kekok sangat. Dan kalau pakcik nak tahu, kalau tiba2 cakap dgn lelaki yg tak dikenali, hati perempuan yg pemalu2 ni akan bergetar 10 skala Richter! Sebab tu gelabah tak tentu pasal. Sampai langgar itu ini.
Saya mintak maaf jugak sbb panggil pakcik 2 orang as 'PAKCIK'. Saya takda abang dan saya tak biasa panggil orang lelaki as "ABANG". Saya tahu pakcik berdua muda, tapi lebih selesa kalau saya panggil pakcik. Oh pakcik, jangan marah ye.
Lagi satu, pakcik jangan lah terasa kalau ada certain2 perempuan cakap dengan pakcik tapi tak pandang muka pakcik. Mereka tu sebenarnya mempraktikkan apa yg Allah suruh. Bukannya buat sebab mereka sombong or taknak layan. Sabar ye pakcik.
"Dan katakanlah kepada perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya ......"
(An-Nuur:31)
by
el ameerah
Tuesday, November 16, 2010
telekung awak tu jarang cik enon oiii~

hanya gambar hiasan :)
Allah, izinkan aku untuk bertemu Rasulku..
Assalamualaikum buat semua gadis2 cun kat luar sana.
Sedarkah anda, aurat kita masih terbuka walaupun dah pakai telekung dan kainnya?
menutup aurat ialah satu daripada syarat2 sah solat.
maknanya, kalau tak tutup aurat mengikut syarak, solat sah tak????
mesti lah TAK SAH :'(
jom kite check sama2 okay..
masalah utama tentang telekung ialah 'kejarangan'..errkk, salah vocab ke?
erm, yg penting anda faham istilah 'jarang' tu ape..
telekung jarang = boleh nampak bayang2 badan, rambut, leher and semua anggota aurat dari luar
telekung yang org malaysia slalu pakai warna putih kan? so there is high possibility utk nmpak ape2 yg ade kat dalam telekung dengan jelas dari luar..
kadang2 ade some of us yang tak suke pakai anak tudung (scarf ) kat dalam telekung..so, rambut tu blh dilihat dari luar if telekung jarang..
kadang2 ade some of us pakai baju ketat2 and suka pakai legging..once nak solat, kalau pakai telekung yang jarang, boleh la nampak sejelas-jelasnya bentuk2 badan itu makcik2 oiii...
apekah solution yang ada???
1 ) gune telekung yang tebal walaupun malaysia panassss!!!
2) pakai tudung extra kat dalam telekung if pakai telekung jarang..
3) if suke pakai baju sexy2 dalam rmh, once nak solat, makesure, either anda tuka baju and seluar or pakai telekung yang tebal.
4) berdiri depan cermin, tengok ade tak bahagian2 yang masih boleh dilihat dari luar? ( eg: bayang2 rambut, bentuk badan, leher, kaki, etc etc..yang termasuk dlm anggota aurat lah! )
5) klau dah complete, ape lagi nak buat cik enon oiii??? pegi lah solat cepat!
6) ni extra nasihat untuk abang2 yang nak bagi telekung untuk barang hantaran, beli yang tebal2 cket ye bang, mahal cket tak pelahhh...investment utk akhirat..ye tak?
p/s : semoga solat kita diterima Allah..amin~
okay..tu je potpet untuk hari ini..
Wallahua'lam.
.el-ameerah.
Subscribe to:
Posts (Atom)