Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Homesick @ Sakit Rumah

Bismillahirrahmanirrahim.


Mcm biasa, dah nak dkt august and september, hati mula tak senang. 
Makan apa pun tak kenyang2. 
Tidur pun mula tak lena. 
Mandi pun mula tak basah (yg ni tipu.hihi.) 
Mula ada simptom2 yg kurang menyenangkan dan menyukarkan diri utk fokus dlm class. 
Bila lately website Air Asia dan Jetstar jadi most viewed page.
Maka, confirmlah skrg homesick sedang melanda dgn dasyatnyaaa.


"Angah, tadi mak masak nasi ayam"


Gulp! Mak aih, sedapnye. Ya Allah, jasad je kat sini, hati dah lama ada kat Meru. 


Kalau fikir psl homesick, berharap2 Allah cepat putarkan masa. nak balik! Tapi, kalau fikir psl pembinaan dakwah dan tarbiyyah kat Adelaide, berdoa2 Allah lambatkan masa.Terasa masih byk kerja2 menyeru manusia yg masih belum selesai. *muka risau*


"Angah, mak dah habis juzu' 10. Mak ada jgk buat solat dhuha and qiyamulail. Doakan mak kuat ye. Mak nak tingkatkan amal betul2 Ramadhan kali ni. Oh, mak skrg suke lah tgk Langit Ilahi yg Hilal Asyraf tu. Bagus bdk2 skrg ni. Ko ada tak apa2 benda best2 kat internet tu?"


Mak ni hebatlah. Always ada masa utk selesaikan kerja2 rumah and at the same time blh tunaikan jgk tanggungjwb sbg abid. mabrouk2! Semenjak dah ada ipad ni, mak dah pandai cari Islamic knowledge sendiri. Kalau dlu, kena beli majalah Solusi, buku2 Islamic and simpan kat rumah. Then mak suka baca banyak2 kali. 


"Angah, tadi kan masa bukak puasa, kita orang borak2. Ayol dok potpet2 complaint makanan asrama tak sedap bla bla bla. Lps tu abah ckp, angah tu kuat je duduk asrama. Takda complaint2 pon (errk yeke??) Pegi luar negeri sorg2 je. Settle masalah pun sorg2 je. Abah pun tak kuat mcm angah. Dulu abah masa mula2 kerja.. bla.. bla.. bla.. "


Telinga masih dgr mak tgh sambung cakap. Tapi ayaq mata dah mengalir ceq oi~ 


Abah, angah tak pernah sorg2 kat sini. 
Allah ada.
Doa mak abah ada.
Akhwat ada.
Kakak2 usrah angah ada.
Kawan2 pun ramai. 


Janganlah risau. Angah mintak maaf tak dapat balik raya mcm selalu. Angah ada kerja yg perlu diselesaikan sblum angah balik jmp mak abah. Kerja yg takkan habis. Kerja yg akan menyelamatkan kita sekeluarga dari api neraka. Kerja yg menjamin kita utk melangkah ke syurga. Mak, abah, doakan angah kuat utk terus istiqamah dan tsabat dlm jalan dakwah dan tarbiyyah ni. Restu mak abah sgt3 angah harapkan utk angah mendapat redha Allah dlm setiap langkah dan usaha utk mengislahkan diri dan ummah. 


Miss you.
















Monday, October 3, 2011

Jangan menangis ukhtiku..




Buat ukhti terchenta, kudoakan semoga ujian hari ini memimpinmu ke SORGA.. =)

"Miraaaaaaa!!~ dapur terbakaq.." - Anneh ckp dgn penuh tenang. Bibir masih mengukir senyum.

"Astaghfirullah, mcm mn blh jdi cmni?" - Aku cuba senyum2 sebab nak control panic. Hadoilah.

Mula-mula aku memang lah tergezut. Alhamdulillah, aku tak menyaksikan kejadian api menjulang2. Bak kata Anneh, "Mira, kalau hang tgk api tu, aku taktau hang mcm mana dah".
Sungguh! Aku ni cepat panic. Silap2, boleh pengsan. Allah memilih orang-orang yg kuat dan mampu. Allah maha mengenali setiap makhluk ciptaanNya. Oh, rasa istimewa pulak tiba-tiba.

Kenapa Allah pilih Anneh? Sebab Anneh cool jah handle masalah. Anneh tak macam aku, serabut hayam! hehe..Meh nak pujuk..


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala atas apa yang dia kerjakan dan dia mendapat seksa dari apa yang diperbuatnya.
Mereka berdoa,

Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan.

Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau bebani kami dgn beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kpd orang2 sebelum kami.

Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kpd kami apa yang tidak sanggup kami pikul, dan rahmatilah kami.
Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir.

(Al-Baqarah:ayat terakhir)


Oh ukhti, janganlah kau bersedih hati. Sungguh, Allah mentakdirkan kita bertemu utk bertakaful. Bantu-membantu susah dan senang. Jika, kena ganti fan tu, kita share2 duit yaahhh~

p/s: sy jenis org tak reti pujuk depan2. jadi, ni lah caranya..tadaaaaa~!!


=)
el ameerah

I Lurve you, BNM


Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang memilih diri ini utk menjadi ahli keluarga
BANK NEGARA MALAYSIA

I love you so much
for giving me this huge and great opportunity.
Always giving hopes.
Always giving bright future for me and family.
Always giving strength when I feel weak.

I Lurve you.
More than words can say.
More with each passing second.
Utterly and completely.
Always.
Lurve you.

From the bottom of my heart...
Thanks again.

by
BNM's child,
el ameerah
.with love.

Sunday, September 5, 2010

kamilah sayap-sayap itu..


Cinta pada ilmu, Rindu pada syahid..

Dah 8 bulan diri ini menumpang di bumi asing milik Tuhan..
Akhirnya, aku temui mereka..

perjumpaan itu
bukan sekadar bertemu
bukan sekadar berbalas senyuman
bukan sekadar erat berpelukan
bukan sekadar manis bersalaman
bukan sekadar perkongsian suka duka
bukan sekadar santun bicara
bukan sekadar hiburan gelak tawa
bukan sekadar berkumpul yg sia-sia

aku bertemu mereka di majlis itu
majlis yg penuh rahmat,
dipayungi sayap2 malaikat,
sarat dgn ilmu dunia dan akhirat,
penuh dengan amalan dan ibadat..
berkongsi cerita utk menyelesaikan masalah umat,

mereka biasa-biasa
tapi disisi Allah, mereka sangat luar biasa..
tidak penat mengejar cinta..
tidak jemu mengumpul pahala..

Aku sayang mereka, kerana dgn mereka, jalan dakwah ini bersinar mekar, menunggu hari-hari kemenangan yang bakal tiba, mereka itu sayap kiri bagi yang memahami erti penciptaan, aku kagum dengan mereka..

This entry is dedicated to all my friends for your lovely support in our plan to build 'MUSLIM' in our souls..do not give up, ya ukhti, Allah is watching us and He will reward us with jannah..

KAK AFRAH, KAK IFFAH, NABILAH, SURAYA, ANNEH, ATIQAH, WHY, JIHAH, TATI, PIJA, NATTO, HANI, AAIN, RUBY

Saturday, August 14, 2010

we share the same heart, we share the same blood..


Masih hidup untuk menghirup udara Ramadhan yang suci dan indah..

Gamba ni di candid sewaktu usrah 2 hari lepas. Mula2 dia duduk dan lentok kepala..lepas tu dye baring2.. lepas tu dye tertido..adoy..kenapa awak cumil sangat , baby wafiyah..

Masa sedang memangku baby wafiyah tidur, mula2 ok je. Plus, rasa terharu sebab this is my first time ada baby tido dalam pangkuan..But, lame2 tangan mula terasa sakit dan kebas. :(

Tiba2 teringat kat mak yang dah susah payah menjaga dari kecik sampai sekarang ni. Mesti tangan dia dan banyak kali sakit untuk cukupkan semua benda untuk anak2 sedangakn masa pangku baby wafiyah tu pun, tangan ni dah rasa sangat sakit walaupun sekejap je..

Kata Rasulullah, SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU..

Penah berlaku dalam sejarah, datang seorang pemuda bertanya pada Rasulullah..


“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Betapa tinggi darjat seorang ibu..sehingga Allah letak syurga di bawah tapak kakinya. Dan pada ibu lah, kita wajib berbuat baik.. :)

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (17:23)

Kata Allah, kita kena rendahkan diri terhadap ibu bapa dengan penuh kasih sayang..pandang dengan kasih sayang..tolong dengan kasih sayang..ingat dengan kasih sayang..seeemmuuuuaaaaa dengan kasih sayang..

JOM BACA DOA !

"WAHAI TUHANKU, KASIHANILAH KEDUA IBU BAPA KAMI SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANI KAMI DARI KECIL HINGGA DEWASA"
AMINN..

Mak, walau kita jauh terpisah, tetapi mak tetap ada dalam hati. Angah sentiasa mengharap doa dan restu mak. Angah nak jadi anak yang solehah. Semoga, ikatan kita lebih erat dengan rahmat dan kasih sayang Allah..

Walaupun dulu angah tak pernah nampak and tak pernah faham penderitaan dan kesusahan yang mak lalui untuk membesarkan angah, tapi Allah dah jawab semua ni dalam QURAN. DIA cakap, ibu mengandung dengan susah payah, melahirkan pun dengan susah payah (al-ahqaf : 15)

nak membesarkan anak pun dengan susah payah jugak..bila dah besar, lain pulak ujian yang datang. terima kasih mak..

Ya Allah, peliharalah mak dan semua ibu2 di dunia dengan keberkatan dan kasih sayang MU..

WALLAHUA'LAM..

Wednesday, August 4, 2010

i see you :)


:)

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.