Showing posts with label Mutarabbi. Show all posts
Showing posts with label Mutarabbi. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

moga2 bukan bebelan kosong


Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita telah bersama2 di dlm gerabak dakwah ini. Samada ia sdg bergerak laju atau tidak, hanya usaha kita yg bakal tentukan. Di sini ana nak berkongsi sedikit 'buah tangan' yg dihadiahkan oleh murabbi2 kita sepanjang 4 hari di sana. Pertamanya, ana bersyukur krn kita telah 'ditembak' dgn jutaan sembilu yg insyaAllah akan menaikkan semangat kita, bkn menjatuhkan kita.

Semasa hari pertama, kita dpt taujihat mengenai Usul Quran/ Ulum Quran. Nak kata betapa pentingnya ilmu alat utk melengkapkan 10% dan 90% penguasan bahan. Bagi yg tak sure apa itu 10% dan 90%, blh lah bertanya2 ikhwah dan akhwat di lokaliti lain yg turut hadir ke sana. Alhamdulillah Allah mengingatkan kita utk memberikan jawapan  "Kenapa" kpd mutarabbi, dan bukannya "Apa". Krn murabbi selalu memberi "apa" tanpa menerangkan "kenapa". Akhirnya mutarabbi melakukan amal dakwah tanpa tahu mengapa.

Ustaz juga menerangkan apa maksud Al-Imam fi Al-amam. Betapa pentingnya murabbi itu utk berada selangkah lebih laju dari mutarabbi. Betapa kita perlu bersegera kpd penguasaan ibadah, bahan2 tarbiyyah, penguasaan fikrah dan ilmu2 alat seperti yg ada dlm rujukan tambahan di modul yg disediakan. Kdg2, kita nak bentang seerah pd mutarabbi tp kita sendiri gagal utk menghidupkannya sbb kita sndiri tak dpt nak bayang peta semenanjung arab itu bagaimana, latar belakang para sahabat itu bagaimana, lebih menyedihkan, kisah Rasulullah, tahun2 penting dlm riwayat hidup baginda juga kita tak kuasai. Astaghfirullah.

Ana yakin ikhwah akhwat yg pergi perkampungan ini merasa sangat2 sakit akibat ditusuk 'sembilu' dakwah. Kita ditekankan utk menghafaz 20 hadith pertama dari arbain hadith imam Nawawi. Yg menyedihkan, bila ditasmi' oleh ustaz, kita ni sgt2 lah mengecewakan. Kita disuruh menghafaz hanya makna bahasa melayu nya, bkn bahasa arabnya. Tapi masih tak dpt menepati setiap butir kalimah dlm matan2 hadith. Sekali lagi, hadith juga kita tak kuasai.

Kemudian, ikhwah akhwat diminta ambik kertas kecil, tuliskan hadith logam dan hadith faham agama, ana tak ingat yg ikhwah dpt hadith apa. Kmudian, ustaz check each answer dan hasilnya juga mengecewakan. hanya seorang yg dpt menulis matan beserta baris dgn baik. MasyaAllah. Murabbi yakni kita (ana dan enti) yg mengaku mengikut hadith dan sunnah tapi benda basic seperti hadith logam juga gagal kita kuasai. ada yg menulis 'ma'adin' dgn ejaan dhad-ya-nun. Dan sekali lagi, bahasa arab kita juga kantoi.

Kemudian, ustaz sekali lagi menyuruh ikhwah akhwat melukis. bukan melukis yg sia-sia. Tapi melukis peta semenanjung tanah arab. Di mana mekah, madinah, di mana Baharain, Qatar, Yaman, Oman dan sebagainya. Hurm, ternyata, masih menyecewakan. Bila ustaz minta kita semua isi senarai2 tahun penting, bani penting dan macam2 lagi fakta seerah yg kedengaran basic, tp bukan semua dpt jawab 100% betul. Sembilu yg entah ke berapa kali ini.

Kemudian, ada pengisian yg menekankan tentang salah satu muwasoffat tarbiyyah iaitu mateenul khuluq. MasyaAllah, setiap senarai yg terletak bawah mateenul khuluq tu masih jauh dari sikap kita yg skrg ini. Murabbi itu sifatnya menepati masa, sedikit bergurau, bersungguh2 dalam amal, rendah diri di depan manusia, rendah hati di depan Allah, hormat yg tua, sayang yg muda, dan mcm2 lagi. Tp adakah kita sentiasa tepati masa? Sentiasa bersungguh2 menjadi amaliyyun. Sekali lagi kita gagal menguasai akhlak islamiyyah.

Pada sesi i'dad murabbi, ustaz guide ikhwah akhwat mcm mn nk bawa usrah dgn baik. apakah beza da'ie dan murabbi, apakah beza mad'u dan mutarabbi. MasyaAllah semuanya menjadi terang jelas selepas pencerahan yg cukup bermakna!

Paling istimewa, sesi bersama ikhwah akhwat BFG (back for GOD) insyaAllah. Di sini ustaz kongsikan bagaimana mahu tsabat masa di Malaysia nnti. Betapa murabbi sejati itu blh hidup dgn dakwah dan tarbiyah sekalipun tiada manhaj dan biah yg solehah di tempatnya. Betapa ikhwah akhwat perlu menitikberatkan persoalan keluarga, perkahwinan, tempat kerja etc etc demi menegakkan dakwah di samping menguruskan hal duniawi.

ikhwah akhwat fillah, kita lah amaliyyun, kita lah rijal Islam, kita lah ansarullah, kita lah murabbi, kita lah da'ie. perkongsian ini bukanlah utk 'membebel' atau 'berceramah'. tapi itulah yg ana rasakan sepanjang di perkampungan itu. Dgn kesyahduan hari terakhir yg menyebabkan murabbi kita, dan semua yg hadir menitiskan air mata. Krn dgn rasa cinta yg teramat cinta, cinta yg bersungguh2 kpd dakwah ini, maka terhasillah perkongsian ini. moga dijadikan sesuatu yg blh dimuhasabahkan. Adakah kita betul2 telah mula sirius utk ummat ini?

Monday, August 6, 2012

Surat chenta #1

adikku, aku masih merangkak di jalan ni. Takda apa yg istimewa tentang diriku. Takda apa yg layak utk dikagumi. Aku sedar diriku belum menjadi qudwah terbaik utkmu. Tetapi aku sungguh menghargai surat ini. Dan aku tak pandai utk membalasnya dgn kata-kata indah. Maka, aku mengirimkan sujud syukur kpd Allah atas anugerah taufiq dan hidayah yg Dia campakkan pd kita berdua. Jazakillah khayr adikku krn memberi peluang dan ruang utk aku menyantuni dirimu, menyentuh hatimu dan memimpin tanganmu kepada Sang Khaliq, maha Mencipta. 

Salam..
Dear kak mira.. 
JZKK utk setiap kebaikan yg kak mira berikan utk kami ye.
Secara personally utk nora..
Nora rasa terharu sgt dgn smgt juang kak mira dlm jalan ni..
Mudah2 mudahan nora dpt contohi kak mira..
Di saat kak mira mengagumi org lain, ketahuilah ada insan lain yang turut mengagumi dirimu..
And that person is me!
Nora mohon maaf sgt dgn kak mira klu nora ada tersilap kata2
mahupun kelakuan nora yg buat kak mira kecik hati..
Sesungguhnya nora masih belajar untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik..
Dan byk lagi yg perlu nora belajar dan utk belajar tu, nora perlukan sokongan..
Harap kak mira dpt bersabar ye dgn nora..
Nora nak jadi org yg bkn shja memberi manfaat kpd diri sndiri
ttpi juga org lain..
Tp nora sedar byk lagi yg nora perlu belajar..
Dan nora akan berusaha utk cari ilmu tu..
nora taknak lepaskan hidayah yg Allah bagi..
takut dah takkan ada..
JZKK kak mira..
Nora sayang kak mira kerana Allah..
Love~

Thursday, January 12, 2012

jus tembikai yg jahat


Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni belajar sesuatu dari seekor semut hitam dan juga kawan-kawannya yg mati akibat mengerumuni jus tembikai. Mula-mula semut hitam tu panjat cawan tu, mungkin sebab berselera dengan kemanisan gula dalam jus sbg santapan tengah hari utk dia.

Lama-lama, makin banyak semut yang datang nak panjat cawan berisi jus yg manis tu. Sekor, 2 ekor, 10 ekor, 25 ekor, makin banyak!Ukhwah yg hebat antara semut2 sebab tak monopoli makanan sorang2, sanggup nak berkongsi dgn kawan2 lain.

Saya biar dan terus memerhati semut2 hitam tu semua. After seminit, semua semut dah mati terapung dalam jus tu! OH NO! Apa yang berlaku ni? Bukan ke mereka panjat cawan yang "tinggi" tu semata2 utk mendapatkan makanan yg akan buatkan mereka kenyang dan terus hidup ?! Tapi, akhirnya mati tanpa dapat keluar dari tempat tu semula dan mati lemas tak pasal2.. sobss.. :(

Seperti semut yg sukakan benda manis, manusia juga suka benda2 best yg akhirnya akan membawa mereka ke arah "kematian". Kematian ruh dan kematian hati. Benda2 best tu namanya ialah JAHILIYAH! oh scaryyyy~

Masa bulatan gembira hari tu, semua akhwat senaraikan benda2 jahiliyyah yg kita selalu buat dan sangatlah susah nak tinggalkan those things. Lagi teruk, kadang2 kita rasa benda tu tak bersalah pun sbb ade perbuatan jahiliyah yg nampak mcm kecik. Padahal, bila buat semua2 ni, secara automatic, kita memang tak ingat kat Allah dan focus kita utk menjadi hamba dah diversify ke benda lain. Astaghfirullah.

Bila kita tengok cerita korea, oh no! pastilah terpegun ternganga tengok keromantikan kisah cinta mamat yg hensem tahap dewa dan dgn kekasih dia yang comel. Mula lah, semua nak berangan2, feeling2 terover, nak solat pun lambat sbb nak habiskan episode demi episode. Sama je kalau kita tengok cerita melayu mcm Tentang Dhia yg ditayang exactly pd waktu maghrib. *oh terkena diri sendiri*. 

Tarikan jahiliyyah yg sgt kuat akhirnya berjaya melekatkan badan kita atas sofa, atas katil utk terus menonton dan melewat2 kan solat.
Buat yg suka tgk movie, kdg2 blh duduk berjam2 dalam panggung wayang dan ada pulak yg buat2 pejam mata je bila tayangan tu berlangsung dlm keadaan kita tak solat lgi. Lagi teruk, kalau pegi dgn boifren *Allah, maafkan kami ye*. Tak ingat Allah dah time tu ek? Cmne nak ingat, kalau nafsu dah mula naik pangkat jadi tuhan?

Apa lagi benda jahiliyyah eh? Oh Couple. Tak kisah lah couple bdk sekolah ke, couple islamik ke, kalau belum kawin, tak boleh couple2 kay. Secara automatic, langkah kaki kita dan menghampiri zina. Saya bkn cakap kosong, but it is really make sense. Jangan gatal nak cuba2. Lama2, nanti akan membawa kpd zina juga. 

Islam tu indah dan selalu bg jalan penyelesaian. Kalau mampu, kawin lah. Kalau tak mmpu, wajib putuskan relation tak halal tu. Kalau dah putus, halanglah nafsu dgn berpuasa. Oh yeah, pasti berkesan!
Oh ada ayat Quran psl cara pemakaian jahiliyyah. 

Ingat tak dulu2, kita belajar pasal aurat masa darjah 4? Kalau dlu, kita pegi ngaji petang2, smua comel2 pakai baju kurung, tudung ikat tengah. Tapi bile dah khatam, takyah pegi kelas ngaji. Habis spm, tudung dah terbang. Rambut pulak yg ditayang2. Pling sedih, kalau pakai tudung tpi baju ketat atau berlengan pendek. Hiasan melebih2. Make up, bertabur2 kat muka. Hadoyai! Tak cantik lah sebab tak natural.

“Betapa indahnya syurga itu sehinggakan kalau kita mendengar tentangnya , semua hati akan tertarik untuk memasukinya. Tetapi Allah pagar syurga itu dengan ketidaksenangan. Dan betapa dahsyatnya neraka sampai malaikat kata kalau org dengar tentangnya, ‘confirm’ takut nak masuk kedalamnya. Itu baru dengar, belum lihat dengan mata kepala sendiri lagi. Kemudian, Allah pagar pula dengan kesenangan.” – muharikah.com

Takmau jadi macam semut tu ye. Kalau kita terus hanyut dengan kepekatan jahiliyyah ni, lama2 kita akan "mati lemas" dgn hasutan2 syaitan yg terus mengaburi mata kita. Nanti, kalau dah lemas mcm semut tu, sapa nak selamatkan? Mestilah kawan2 kita ye tak? tapi kalau kawan2 kita pun buat benda2 jahiliyyah, sapa nak selamatkan sapa????

Jahiliyyah mmg best kan? so, kena take time utk ubah sikit2. Tinggalkan sikit demi sikit. Bukan semua org boleh berubah tup tup sekelip mata. Baby pun ambik masa setahun utk boleh berjalan dengan baik. Yang penting, wujudkan perubahan walaupun sikit. Allah akan reward smua tu. 

wallahua'lam
El Ameerah

Thursday, October 13, 2011

My wish


Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang. Maha suci Allah yang memastikan setiap urusan alam tersusun indah. Maha suci Allah yang menurunkan rezeki pada setiap makhluk. Maha suci Allah yang melindungi orang2 beriman. Maha suci Allah yang menerima taubat hambaNya. Maha suci Allah yang memandu hati2 manusia ke arah Islam. Maha suci Allah...

Pernah aku bertanya kepada manusia..
Apa yang kamu mahukan dan belum pernah tercapai?

Banyak jawapan2 yang mengikut logic manusia, memang tak salah. Tak salah nak kerja bagus2. Tak salah nak ada rumah besar. Tak salah nak travel satu dunia. Tak salah nak ada suami yang penyayang. Tak salah untuk ada keinginan2 itu.

Tapi, dalam banyak2 jawapan mereka, aku tertarik dengan seorang hamba Allah ni.
Jawapan dia..

"SAYA MAHU BERTEMU ALLAH DI SYURGA."

Katanya..
"Saya nak melihat Allah di syurga. Suatu nama yang saya sebut2 dalam solat dan doa. Saya baca dan fahami kalamnya setiap hari. Allah yang memastikan jantung saya berdenyut sewaktu jaga dan tidur. Allah yang telah memberi ketenangan pada hati. Yang menguruskan pertemuan kasih sayang bagi orang2 beriman. Yang berada dengan saya dalam susah dan senang. Yang sentiasa memerhati dan melindungi saya. Selalu memaafkan kesalahan saya. Terlalu banyak reason kenapa nak jumpa Allah, kak."

Tapi pernahkan kau berjaya melihat matahari dengan matamu tanpa cermin mata hitam. Tetapkan pandangan mu seminit. Pasti matamu sakit disambar terik mentari. Apabila mahkluk ciptaanNya pun kita tak mampu nak tengok, apatah lagi untuk melihat Al-Khaliq yang Maha Besar.

Dan ketika Musa datang pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan berfirman kepadanya
Musa berkata, "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diriMu) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau." Allah berfirman, "Engkau tidak akan sanggup melihatKu, namun lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap di tempatnya nescaya kau dapat melihatKu." Maka ketika Tuhannya menampakkan (keagunganNya) kpd gunung itu, gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Setelah Musa sedar, dia berkata "Mahasuci Engkau dan aku adalah orang yang pertama-tama beriman"
(Al-A'raf :143)

Wahai ukhti tercinta, sungguh besar impianmu. Teruskan dengan berdoa. InshaAllah pasti kau kan bertemu dengan kekasih hatimu, Allah aza Wajalla. Jadi yang terbaik dalam deenul Islam agar kau berjaya untuk ke syurga. Betapa besar kuasa Allah sehingga hancur gunung itu apabila Allah menunjukkan kekuasanNya. Semoga impianmu terkabul kerana Allah akan memberi apa sahaja yang kamu minta dengan kekuasaanNya.

Ud'uni, astajiblakum
Berdoalah kepada Ku, necsaya Aku akan perkenankan bagimu
(Ghafir : 60)


Yang mahu melihat Khaliq,
el ameerah






Tuesday, October 11, 2011

Mesti ada masa!


Allah, cabutkan rasa cinta kami kepada duniawi. Semoga hati-hati ini terus dipandu oleh MU.

Oh NO! Kita dah mula dilanda masalah TAK CUKUP MASA!! Semua orang akan ada exam just in a month from now. Bila dah naik 2nd year, 3rd year, master ect etc, subject makin susah. Kalau tak prepare dari awal, memanglah akan jadi kelam kabut nak dengar lecture recording, revise notes, baca text books etc..

Plus, banyak je assignment yang datang bila dah nak hujung semester ni. Allah, macam2 dugaan! Time2 mcm ni, kalau naqibah ajak usrah, mesti bagi alasan

"ERRKKKK, tak sempat lah kak. Banyak lagi nak kena study ni."

"SORRRYYYY~ saya nak kena siapkan assignment. Tak dapat nak join."

Oh akhawat, kenapa kita boleh jadi mcm ni? Adakah Allah tak berikan masa yang betul2 cukup utk kita jalankan ibadah study dan dalam masa yang sama tetap mengutamakan dakwah tidak kira apa pun yang datang. Akhawat, Allah tak zalim. Dia dah bagi equality untuk semua orang 24 hours a day utk kita memenuhi 2 tanggungjawab besar iaitu menjadi hamba yg beribadah dan menjadi khalifah. Perlu ambik dua dua! Bukan ambik tugas ibadah, dan lupakan yang satu lagi. Bukan sibuk dengan study dan assignment, dan tinggalkan dakwah.

Allah mentaklifkan tugas2 ini dengan begitu adil kerana kita memang mampu. Jika kita masih takda masa utk buat kedua-duanya, itu mestilah berpunca dari kita sendiri yang memenuhkan masa dengan benda2 lagho dalam beberapa bulan lepas.

Percayalah akhawat, assignment yang dah diberi sejak 2 bulan lepas, jika kita buat sikit demi sikit dari hari pertama, pasti kita tak kelam kabut macam sekarang. Kalau kita study dan mulakan revision dari lecture pertama, kita pasti tak gelabah dan perlu menzalimi diri kita stay up sampai 3 pagi untuk final exam ni, akhirnya terlajak solat subuh. Dan yang lebih teruk lagi, kita dah gunakan alasan2 ini semata-mata utk mengelak dari kerja2 dakwah! Na'uzubillah. :(

Demi Masa. Sungguh, manusia dalam kerugian! Kecuali orang2 beriman dan mengerjakan kebaikan dan berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran. (Al-Asr :1-3)

Kerjakan kebaikan which is study dan jangan lupa untuk mengajak orang kepada kebaikan juga. There has never been anyone busier in this world than the Prophet Muhammad but his hectic schedule never took away his focus on dakwah.

Akhawat, Marilah bermuhasabah. Berapa banyak movie yang kita dah tengok sebelum ni compare to tengok lecture recording. Berapa lama yang kita dah spend utk shopping sampai sakit2 kaki compare to siapakn assigment. Berapa jam yang kita spend utk facebook dan youtube. Berapa banyak lagu2 lagho yang kita dengar. Banyak mana kita dah hafal lagu2 lagho ni compare to hafal notes? Semasa sibuk berlagho, tak ingat dengan assignment, study pun campak tepi. Oh, patutlah kita rasa tak cukup masa. Ya Allah, ruginya~

Ingat akhawat, kecukupan masa bergantung pada keberkatan. Banyak mana pun kerja kita, Allah pasti akan bagi kemudahan jika semua urusan tu membawa kepada redhaNYA. Kita ada masa lagi akhawat. Study lah. Siapkan lah assignment. Tapi jalan lupa kita ada tugas lagi satu. Semoga kita sama2 bantu-membantu agar kerja2 dakwah menjadi ringan bila dipikul bersama2.

I love u fillah,
el ameerah

Tuesday, October 4, 2011

kau dan hidayah.




Hidayah Allah akan datang dan pergi tanpa sedar. Beruntunglah bagi sesiapa yang pintu hidayahnya rajin diketuk oleh Allah. Sambutlah ketukan pertama dengan bersungguh-sungguh kerana mungkin tiada ketukan kedua untukmu.

Khas buat sahabatku, yang telah menemui sinar baru dalam hidupmu, semoga kau terus tsabat dalam jalan ini. Tarbiyah Islam menjanjikan kesejahteraan dunia dan menawarkan ganjaran syurga. Jangan pernah berhenti mencari redha Allah. Memang kadangkala letih mendengar rungutan manusia yang tak pernah puas mengajak kita ke arah taghut. Namun, imanmu pasti boleh diperkukuh agar terus hebat bermujahadah.

Kata Allah,
'Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yg berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yg sabar.' (Ali Imran:142)

Tak layak kita mengimpikan syurga jika lemah dalam jihad melawan nafsu yg mengajak kepada larangan Allah. Tak layak kita meminta syurga jika susah untuk sabar dalam melakukan suruhan Allah.

Kuatkan dirimu teman, aku mendoakan kau terus bersinar dengan cahaya Islam. Bergembiralah dengan kesederhanaan kerana di hujung nanti, akan kau nikmati syurga yang lebih hebat dari seisi bumi ini.


p/s: khas buat sahabat seperjuangan, Zufazlin Baharuddin, Sharifah Aishah Syed Hussein, Hanisah Baharuddin, Dhamirah Razali, Nadia Zainal Abidin dan Wawa.



Hanya yang sabar akan terus melangkah,
el ameerah

Sunday, August 15, 2010

Murabbi super saiya

Walaupun kita tak pernah bersua muka, tak sempat berbicara sepatah dua, tak mampu mengucap cinta, tapi aku tetap rindu..