Showing posts with label Rumah Islami. Show all posts
Showing posts with label Rumah Islami. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Bakal isteri saya tak sebaik saya lah, ustaz.

Bismillahirrahmanirrahim. Sedikit perkongsian yang saya ambil dari penulisan akh dari Indonesia yang memang terkenal dengan kehebatannya mengalun pena dalam menyampaikan pentarbiyahan kepada rijal-rijal yang bakal bertarung di medan dakwah ini. Beliau menulis satu jawapan kepada persoalan yang sangat-sangat menjadi tanda tanya kepada ikhwah ataupun akhwat bila mana telah bersedia untuk mendirikan baitul muslim, tetapi dalam masa yang sama, bakal pasangan baitul muslim mereka tak sehebat dan setandingnya dalam ibadah dan kelajuan dalam gerak kerja dakwah kita ini.

Mungkin ada juga ikhwah dan akhwat yang ragu-ragu dan keliru apabila Allah memberi mereka pilihan untuk berkahwin dengan seorang pasangan yang belum pernah disentuh oleh tarbiyah. Dalam hati ikhwah dan akhwat ini, mereka dah berusaha untuk larut dalam tarbiyah, sudah puas memperbaiki diri, sudah mantap segala ilmu, sudap hebat dalam perlaksanaan amal, segala-galanya sempurna tetapi tiba-tiba jodohnya adalah dengan orang yang baginya 'biasa- biasa'. Istilah 'biasa-biasa' di sini mungkin juga merujuk kepada manusia yang tak islamic sangat dan tak lah teruk sangat. Mungkin bagi mereka couple itu biasa, solat lambat itu biasa, tengok movie yang lagho itu biasa, dedah aurat itu biasa. Mereka belum faham apa kepentingan untuk kembali kepada Allah sebagai hamba dan khalifah di bumi ini. Mungkin ada antara mereka ini belum pernah menghadiri apa-apa halaqah, mahupun usrah. Apatah lagi berpengelaman dalam menggerakkan dakwah ini.

Ada juga situasi, satu pasangan couple yang akhirnya si girfriend disentuh tarbiyah dan decide untuk putuskan hubungan. Selepas beberapa bulan/tahun, setelah beristikharah, akhirnya buat keputusan untuk berkahwin dengan bekas teman lelakinya itu sebab waktu tu, both pihak dan setuju dan bersedia untuk berkahwin. Sebab cinta pun ye juga. Unfortunately, takda pulak ikhwah yang available untuk dijodohkan dengan akhwat ini. Jadi, dengan kesungguhan pihak bekas teman lelaki yang berani melamar melalui keluarga tu tadi, akhirnya mereka bersatu. Dan mula lah episod "suami saya tu belum masuk usrah, tapi saya ni dah jadi naqibah sejak 5 tahun lalu (waaah), kami sangat berbeza, kadang-kadang si suami halang pula isteri untuk ke daurah."
Akhirnya, suami dituduh melambatkan gerak kerja dakwah si isteri dengan alasan suami tak faham tanggungjawab dakwah. Oh NO!

Buat yang telah menemui pilihan hati yang secocok dari segi dakwah dan tarbiyah, mabrouk! Bersyukurlah kerana bukan semua ikhwah dan akhwat dianugerahkan kurniaan sehebat itu. Semua orang mengimpikan agar mereka juga dijodohkan dengan orang yang telah disentuh tarbiyah supaya baitul muslim yang dibina dapat membina baitul dakwah untuk kemaslahatan ummah! Oh memang indah tetapi Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Apa yang diberi, itu lah yang terbaik!

Ikhwah akhwat yg disayangi, bukankah kita sentiasa berpegang teguh pada semua firman Allah.

"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." An-Nur : 26

Habis tu, kenapa ada ikhwah dan akhwat yang baik-baik belaka ni dapat jodoh dengan orang yang tak berapa baik? Marilah, saya nak ajak diri saya dan ikhwah akhwat sekalian untuk kita sama-sama muhasabah dan menilai semula istilah baik yang Allah sebutkan dalam firman di atas.

Pertama, marilah kita menilai dan menghisab niat kita untuk mendirikan baitul muslim ini. Pesanan seorang ustaz, kata beliau "kalau kursus pra-perkahwinan tu ada 10 sesi, 8 daripadanya perlu membincangkan soal niat". Penting rupanya niat ni. Memang tidak dapat disangkal lagi kerana dalam sebuah hadis yang sangat masyur di kalangan kita,
Innamal a'ma lu binniat. Wainnama likullimriin ma nawa. Setiap amal itu bergantung kepada apa yang diniatkan.

Bilakah kita perlu memasang atau memperbaharui niat? Kata seorang akh yang sudah lama di dalam tarbiyah ini, beliau memesan agar kita mulakan niat yang betul sewaktu berazam untuk melangsungkan baitul muslim, niat ketika menetapkan kriteria-kriteria pasangan,niat ketika memulakan proses baitul muslim, niat ketika melihat calon isteri/suami, niat ketika berjumpa dengan keluarganya, niat ketika menentukan mahar dan syaratnya, niat ketika membuat persetujuan dan penerimaan, niat semasa membuat perancangan walimah. Perbaharui niat setiap masa dan ketika wahai ikhwah dan akhwat! Niat kerana apa? Wajiblah kerana Allah dan hanya kerana Allah.
Bukan sebab rupa, harta, nak kampung dekat-dekat, sebab nak sama itu dan ini. Astaghfirullah. Moga-moga setiap tindakan hanya dipandu oleh Nya, bukan dipandu oleh nafsu, mahupun syaitan.

Kedua, jangan bimbang jika kita ditaqdirkan berkahwin dengan pasangan yang tak sesempurna dan tak sebaik kita. Tidak kira apa juga keadaan, selagi kita tunduk dan patuh pada Allah, maka Allah akan memberi kemuliaan kepada kita. Apakah bentuk kemuliaan ini? Oh, ada bermacam-macam bentuk. Antaranya, Allah bagi dalam bentuk ujian melalui pasangan hidup. Contohnya seperti Nabi Nuh dan Nabi Lut. Mereka adalah hamba Allah yang sangat taat dengan perintah Maha Pencipta. Tapi Allah taqdirkan pada mereka pasangan yang kufur. Selain itu, ada juga kisah-kisah untuk wanita yang mempersuamikan orang yang tak baik seperti Asiah dan Firaun. Maha Suci Allah dan Allah itu Maha Adil. Yang taat akan masuk syurga. Yang kufur akan masuk neraka. Berbeza kesudahan walaupun mereka itu suami isteri.
Untuk yang ini, saya teringat firman Allah dalam surah At-Tahrim, ayat 10, 11, 12. Allah menceritakan tentang kesudahan isteri-isteri yang bersuamikan nabi, isteri yang bersuamikan Firaun, dan ibu yang tak bersuami seperti Mariam. Nanti cuba selak dan hayati kisahnya, okay!

Ketiga, mengapa kita persoalkan "kenapa aku baik, tapi pasangan aku tak baik pun?". Allahu Allah. Usaha memperbaiki diri yang ikhwah dan akhwat lakukan itu mungkin terpancar dari segi zahirnya. Memang semua orang hormat kepada kita kerana amal fardhi kita tiptop, ilmu kita tinggi menggunung, yang zahir semuanya nampak hebat dan mantap! Tapi mari muhasabah, dari segi dalaman, hati kita ini, adakah betul-betul mulia? Adakah sentiasa ikhlas dalam beramal? Adakah kita memang meninggalkan prasangka-prasangka buruk kepada manusia? Entah-entah, boleh jadi hati kita lebih teruk kerosakannya kalau nak dibandingkan dengan pasangan kita yang nampak buruk pada zahirnya itu. Maka, apabila ditimbang-timbang, setara saja kita dengan pasangan yang bagi kita 'biasa-biasa' tu. Kita ni, di luar baik, di dalam jahat. Tapi si dia, di luar nampak biasa tapi hatinya, fuuuhhh!

Keempat, kita persoal "kita baik tapi pasangan tak baik" kerana kita sendiri tak malu dan perasan yang diri kita ni baik. Oh MALUUUU~ Tapi sebenarnya, kita sendiri tak sedar yang kita selalu saja gagal untuk istiqamah walaupun ilmu kita luat melaut. Ini sangat-sangat bahaya wahai ikhwah akhwat kerana kita secara automatically dah menutup pintu untuk diri kita memperbaiki diri. Pesanan sahabat saya, janganlah kita termasuk dalam golongan orang yang tertipu, kononnya kita menyangka diri kita adalah orang yang sibuk tentang urusan akhirat, tetapi sebenarnya tenggelam dengan kesibukan yang kita cipta-ciptakan. Mari muhasabah wahai saudaraku.

Akhir kalam, andai jodoh sudah di depan mata, redha dengan agama dan akhlaknya, terimalah dia sebagai peneman hidup. InshaAllah sampai syurga!


Yang penuh dengan kekurangan,
El Ameerah

Tuesday, November 29, 2011

What you see is what you get.


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah tadi b'kesempatan utk join ceramah ustaz Pahrol yg bertajuk Cinta Kerana Allah. Saja nak berkongsi apa yg ustaz Pahrol cerita masa di masjid tadi tentang cinta dlm hubungan suami isteri.

Apa yg kita dapat dari pasangan kita, bergantung pd bagaimana kita memandangnya. What you see is what you get. Jika kita pandang pasangan kita sebagai seseorang yang sedikit manfaatnya, maka itu lah yang kita rasa. Tapi kalau kita sentiasa mengangkat dan menghargai pasangan kita sbg seorang yg cukup memberi manfaat pd kita dan ummah, maka begitulah yg akan kita dapat yakni, manfaat tersebut.

Dalam berjuta2 orang yang melihat laut, ada yang terpegun dengan indahnya deruan ombak. Dan ada pula yg hanya terpaut pada buih2 yang terdampar di gigi air. Mungkin bagi mereka, manfaatnya adalah utk bagi ketenangan dari environment yg busy.

Bagi siapa yang lihat laut dengan lebih dalam, mungkin dia akan tertarik pada ikan2 dan hidupan2 laut contohnya macam nelayan. Bagi dia benda tu yang memberi manfaat padanya. Lepas tangkap banyak2, boleh jual kat pasar utk menyara keluarga.

Siapa yang menyelam lebih dalam, mungkin boleh terjumpa mutiara yg dlm oyster tu. Utk yg ni, mungkin bagi mereka, mutiara tu blh dijadikan hiasan pd barang kemas mcm cincin, rantai etc etc. Itu lah yg nampak bermanfaat bg mereka.

Somehow, mungkin ada yang tengok lebih daaalaaamm lagi, mereka blh jumpa petroleum di bwh dasar laut utk buat isi minyak kereta. Pun boleh bagi manfaat pd manusia jgk.

Orang yg melihat 1 laut yg sama, mungkin akhirnya dapat manfaat yg berbeza2. Begitu jugak dgn cara kita memandang pasangan kita. Lihatlah pasangan sbg seorang yang inshaAllah memberi manfaat. Walaupun kadang2, kita tgk isteri or suami kita tu buat benda simple2, tapi percayalah setiap perkara yg dibuat tu, inshaAllah sebenarnya memberi kemudahan dlm urusan kita.

Seorang isteri, especially suri rumah akan siang ikan dalam 5 ekor sehari utk lunch. (depends on bilangan ahli rumah). Dalam seminggu dia akan siang 35 ekor ikan. Dalam sebulan? 150 ekor.. Dalam setahun? 1825 ekor! Cuba bayangkan kalau usia perkahwinan dan mencecah 10 tahun, oh isteri yg kita rasa selama ni mcm tak berapa nak bagi manfaat dalam hidup kita, sebenarnya dan mudahkan urusan kita dengan berjaya menyiang ikan sebanyak 18250 ekor! Allah. banyaknyeee~ Berapa ramai suami yg dgn rendah hati ucapkan terima ksh hanya kerana usaha isteri utk siang ikan. Nampak simple. Tapi cukup memberi manfaat pd perut suami. -__-

Ikhwah akhwat yg dikasihi, setiap kebaikan yg pasangan kita lakukan, pandanglah dengan penuh manfaat agar kita tahu cara utk menghargai. Kalau pandang sebelah mata, kesian kat pasangan tu. sobss..~


Yang suka makan ikan,
El Ameerah

Sunday, October 23, 2011

it is private!

Tips # 2

Assalamualaikum.


How am I going to show my love and passion to my partner (wife/husband). I always see a husband and his wife go in front of everybody to show how much they love each other.

Show your love to your partner privately. Not publicly. That is the different between Muslim and non-Muslim in showing love.

It is a norm to see couples hugging or doing whatsoever publicly.
For non-Muslim, "What's wrong with that? If you love someone, obviously you wanna show it!"
But in Islam, keep it secret! :)

Why do you need to keep it privately?

1. It is tempting the other people who is not afford to get married. Oh kesian kat mereka~

2. Other will compare his/her partner's weakness with yours.
"How sweet is your husband, not like mine" *sad sad sad*

3. Will lead to riya' because you love other people to look at you and your partner in showing love. Kena syg isteri dengan ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

p/s: pasangan anda bukan pameran!


oh tersuka.

Tips 1 :

What should I do if I like or love someone? How am I going to know him before I want to marry him? Can I straight away using facebook, phone calls, yahoo messenger or twitter to say hi, stalk everyday and keep updating his daily activities?

Islam gives the best solution. First, find someone who is reliable and can guide you in Islamic way, for example, your parents or aunty and uncle or someone older. Dan kalau ada usrah, mintak tolong naqib or naqibah selidik2.. hehe.. Ask them to go to the guy that you love and meet up with his family to find out how is that guy's behaviour.

Do you know, only by looking at him, our parents have kinda feeling that we call as INSTINCT, either he is the best person for you or not. Sometimes, we can see his akhlak by looking at the way he speaks with elders, the way he laughs, the way he eats, does he lower his gaze, the way he walks, what does he wear, how he spends money, does he care about prayer etc etc. Does he portray Islam? Hurm, Let your parents find out! Mak ayah kita mesti tahu apa yg baik dan apa yg tak baik.

Dont gatalgatal pi jumpa sendiri na! Takmau stalk2..Nanti sakit mata..


Nikah Connecting People


Bismillahirrahmanirrahim.

Niat hati sebenarnya taknak pegi pun Marriage Course tu hari ni. Tapi dah ditaklifkan untuk menjaga bahagian makanan, jadi datang lah jugak.

Subhanallah kehadiran yg penuh hikmah. Sangat membantu diri ini yg masih berkira2 untuk membuat keputusan tentang pengakhiran zaman bujang (ayat poyo). Alhamdulillah. Jazakallah Syaikh Aslam Abu Ismaeel for the great sharing!

Dengan tema FOREVER IN LOVE, terlalu banyak perkongsian yg lebih membuka mata hati. Bermula dengan persiapan sebelum kawin, proses meminang, nikah, melayari bahtera rumah tangga, mengurus anak, menjadi isteri/suami yg solehah/soleh, kesusahan mengandung, sakit bersalin, menyusukan anak, emosi2 dan banyaaaakk lagi!

Sangat dibuai2 dengan kisah romantik Rasulullah bersama Saidatina Aisyah dan isteri lain. Terbuka mata dengan tindakan Saidatina Khadijah yang melamar Rasulullah.

Hati terpaut dengan kehalusan ajaran Islam dalam menyatukan 2 jiwa. Subhanallah! It is completely amazing~

InshaAllah akan share sikit demi sikit drpd apa yg dah dipelajari sepanjang one-day-course tu. Atas pemintaan sahabat2, sy akan post bila sy free ye.

Buat sesiapa yang sedang bercouple, ada 1 rahsia yang korang tak tahu. Percintaan selepas kawin lebih indah dengan bunga2 mawaddah dan rahmah. Pegi try kalau tak percaya. =)


Hati bungabunga,
El Ameerah

Wednesday, October 19, 2011

Oh, sebenarnya belum.


Sekarang ni, rumah meriah dgn kedatangan aunty2 dari Malaysia. Best sangat.

Aunty Fairuz : I rasa Amira ni dah kawin lah. Tapi tak tahu suami dia duduk mana.

Aunty Siti : .........

Aunty Fairuz : Cuba you tengok ni, candle2, keychain, card2 ni semua romantic2. Suami dia bagi lah tu.

Aunty Siti : Nanti kita tanya dia.

Aunty Yong : Ni apa dia ni? A Little Book Of Quotations. Meh bukak tengok.

Aunty Fairuz : Meh nak baca. To my wife.........bla bla bla...

Oh, aunty2 semua, anda comel tahu tak? Hadoii..

Monday, October 10, 2011

May the dreams come true.




Bismilahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah dapat hidup sehari lagi dengan nikmat yang tak pernah berkurangan. Thanks Allah!

Hari tu mimpi pasal org tu.
Hari ni mimpi pasal org tu lagi.
Okay dah 2 kali.
Semoga duadua datang dari Allah.
Bukan hanya mainan syaitan.

Sesiapa yg beristikharah dgn penuh pengharapan, pasti Allah bagi jawapan dalam apa jua cara.
Mungkin melalui gerak hati, mimpi dan macam2 lagi. Aku memuliakan cinta ini dengan istikharah. Semoga Allah memandu hati kita.

lurve,
el ameerah



Friday, February 4, 2011

sapa nak jadi imam?


segala kudrat hanyalah pinjaman dari Allah..

Assalamualaikum muslimin dan muslimat. :)


Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Korang mesti selalu 'rajin' buat solat jemaah kat rumah, asrama, surau etc etc..
Kadang2, kalau solat kat masjid or surau, confirm dah ada imam yang bertugas kan..
But, pernah tak korang try nak solat jemaah kat rumah, tapi korang rasa korang tak layak jadi imam..
Ataupun, korang rasa yakin dan terus ke depan untuk meng'imam'kan orang lain..
If not, korang pun rasa nak lantik kawan serumah korang untuk jadi imam..
Tak pun, korang lantik je sapa2 secara random..
ish ish ish..

Meh kita tengok apakah ciri-ciri orang yang LAYAK menjadi IMAM.. :)

Rasulullah cakap: "Yang berhak mengimami solat adalah orang yang paling bagus atau paling banyak hafalan Al-Qurannya. Kalau di dalam Al-Quran kemampuannya sama, dipilih yang paling faham tentang ajaran sunnah. Kalau di dalam sunnah juga sama, dipilih dahulu berhijrah. Kalau dalam berhijrah juga sama, dipilih yang lebih dahulu masuk Islam."

  • Paling baik bacaannya.
  • Lebih alim dalam hukum2 agama.
  • Baik akhlak dan budi pekerti.
  • Dihormati masyarakat.
  • Lebih tua dan berkebolehan.
Solat jemaah itu banyak fadhilatnya..
Tapi, buat lah pilihan yang bijak dalam menentukan sapa layak jadi IMAM..

Wallahua'lam..



Wednesday, August 4, 2010

i see you :)


:)

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.