Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita telah bersama2 di dlm gerabak dakwah ini.
Samada ia sdg bergerak laju atau tidak, hanya usaha kita yg bakal tentukan. Di
sini ana nak berkongsi sedikit 'buah tangan' yg dihadiahkan oleh murabbi2 kita
sepanjang 4 hari di sana. Pertamanya, ana bersyukur krn kita telah 'ditembak'
dgn jutaan sembilu yg insyaAllah akan menaikkan semangat kita, bkn menjatuhkan
kita.
Semasa hari pertama, kita dpt taujihat mengenai Usul Quran/
Ulum Quran. Nak kata betapa pentingnya ilmu alat utk melengkapkan 10% dan 90% penguasan
bahan. Bagi yg tak sure apa itu 10% dan 90%, blh lah bertanya2 ikhwah dan
akhwat di lokaliti lain yg turut hadir ke sana. Alhamdulillah Allah
mengingatkan kita utk memberikan jawapan
"Kenapa" kpd mutarabbi, dan bukannya "Apa". Krn
murabbi selalu memberi "apa" tanpa menerangkan "kenapa".
Akhirnya mutarabbi melakukan amal dakwah tanpa tahu mengapa.
Ustaz juga menerangkan apa maksud Al-Imam fi Al-amam. Betapa
pentingnya murabbi itu utk berada selangkah lebih laju dari mutarabbi. Betapa
kita perlu bersegera kpd penguasaan ibadah, bahan2 tarbiyyah, penguasaan fikrah
dan ilmu2 alat seperti yg ada dlm rujukan tambahan di modul yg disediakan.
Kdg2, kita nak bentang seerah pd mutarabbi tp kita sendiri gagal utk
menghidupkannya sbb kita sndiri tak dpt nak bayang peta semenanjung arab itu
bagaimana, latar belakang para sahabat itu bagaimana, lebih menyedihkan, kisah
Rasulullah, tahun2 penting dlm riwayat hidup baginda juga kita tak kuasai.
Astaghfirullah.
Ana yakin ikhwah akhwat yg pergi perkampungan ini merasa
sangat2 sakit akibat ditusuk 'sembilu' dakwah. Kita ditekankan utk menghafaz 20
hadith pertama dari arbain hadith imam Nawawi. Yg menyedihkan, bila ditasmi'
oleh ustaz, kita ni sgt2 lah mengecewakan. Kita disuruh menghafaz hanya makna
bahasa melayu nya, bkn bahasa arabnya. Tapi masih tak dpt menepati setiap butir
kalimah dlm matan2 hadith. Sekali lagi, hadith juga kita tak kuasai.
Kemudian, ikhwah akhwat diminta ambik kertas kecil, tuliskan
hadith logam dan hadith faham agama, ana tak ingat yg ikhwah dpt hadith apa.
Kmudian, ustaz check each answer dan hasilnya juga mengecewakan. hanya seorang
yg dpt menulis matan beserta baris dgn baik. MasyaAllah. Murabbi yakni kita
(ana dan enti) yg mengaku mengikut hadith dan sunnah tapi benda basic seperti
hadith logam juga gagal kita kuasai. ada yg menulis 'ma'adin' dgn ejaan
dhad-ya-nun. Dan sekali lagi, bahasa arab kita juga kantoi.
Kemudian, ustaz sekali lagi menyuruh ikhwah akhwat melukis.
bukan melukis yg sia-sia. Tapi melukis peta semenanjung tanah arab. Di mana
mekah, madinah, di mana Baharain, Qatar, Yaman, Oman dan sebagainya. Hurm,
ternyata, masih menyecewakan. Bila ustaz minta kita semua isi senarai2 tahun
penting, bani penting dan macam2 lagi fakta seerah yg kedengaran basic, tp
bukan semua dpt jawab 100% betul. Sembilu yg entah ke berapa kali ini.
Kemudian, ada pengisian yg menekankan tentang salah satu
muwasoffat tarbiyyah iaitu mateenul khuluq. MasyaAllah, setiap senarai yg
terletak bawah mateenul khuluq tu masih jauh dari sikap kita yg skrg ini.
Murabbi itu sifatnya menepati masa, sedikit bergurau, bersungguh2 dalam amal,
rendah diri di depan manusia, rendah hati di depan Allah, hormat yg tua, sayang
yg muda, dan mcm2 lagi. Tp adakah kita sentiasa tepati masa? Sentiasa
bersungguh2 menjadi amaliyyun. Sekali lagi kita gagal menguasai akhlak
islamiyyah.
Pada sesi i'dad murabbi, ustaz guide ikhwah akhwat mcm mn nk
bawa usrah dgn baik. apakah beza da'ie dan murabbi, apakah beza mad'u dan
mutarabbi. MasyaAllah semuanya menjadi terang jelas selepas pencerahan yg cukup
bermakna!
Paling istimewa, sesi bersama ikhwah akhwat BFG (back for
GOD) insyaAllah. Di sini ustaz kongsikan bagaimana mahu tsabat masa di Malaysia
nnti. Betapa murabbi sejati itu blh hidup dgn dakwah dan tarbiyah sekalipun
tiada manhaj dan biah yg solehah di tempatnya. Betapa ikhwah akhwat perlu
menitikberatkan persoalan keluarga, perkahwinan, tempat kerja etc etc demi
menegakkan dakwah di samping menguruskan hal duniawi.
ikhwah akhwat fillah, kita lah amaliyyun, kita lah rijal
Islam, kita lah ansarullah, kita lah murabbi, kita lah da'ie. perkongsian ini
bukanlah utk 'membebel' atau 'berceramah'. tapi itulah yg ana rasakan sepanjang
di perkampungan itu. Dgn kesyahduan hari terakhir yg menyebabkan murabbi kita,
dan semua yg hadir menitiskan air mata. Krn dgn rasa cinta yg teramat cinta,
cinta yg bersungguh2 kpd dakwah ini, maka terhasillah perkongsian ini. moga
dijadikan sesuatu yg blh dimuhasabahkan. Adakah kita betul2 telah mula sirius
utk ummat ini?