Alhamdulillah. syukur ke atas Allah yg masih memilih kita dan berkenan pd kita utk menerima hidayah. Dan Alhamdulillah kerana hari ni kita bangun dlm keadaan Islam, dlm keadaan dosa-dosa kita ditutup, aib kita di jaga, rahsia kita dipelihara sepanjang kita tidur malam semalam. Siapa yg mengurus ini? Pastilah Allah aza wajalla. Alhamdulillah..
Dlm jalan dakwah ni, pastinya kita perlukan byk tips dan tips yg paling perfect and paling osem utk kita ikut is of course sunnah Rasulullah saw. Antara sunnah yg sy rasa everyone kena buat dgn bersungguh2 ialah baca Al-Mathurat. Yes, I know susah sbb kalau nak baca time pagi memang mengantuk. And kalau nak baca yg time petang, memang takda masa. Nak kejar bus, nak masak, nak rehat etc etc.
"Maka bersabarlah kamu terhadap apa yg mereka katakan dan bertasbihlah memuji Tuhan-mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya" (Qaaf : 39)
Dulu masa kat sekolah, everytme before masuk maghrib, akan ada orang lead baca kat saff depan musolla. It was at SMKA Simpang Lima. Kalau kat Kisas pulak, cik imamah tu baca after solat Asar. Masa tu, memang takda sapa blh lari. Tak kira lah, mengantuk ke, banyak kerja ke, bosan ke, kena duduk jgk kat situ dan baca. Ada yg baca bersungguh2, ada yg tertidur-tidur, ada yg tak kluar suara, mulut je terkumat-kamit. Hihi. Kelaka pun ada bila teringat balik. :)
Tapi, dulu mmg sy sendiri pun tak hargai dan tak rasa betapa bernilainya zikir-zikir dan doa-doa dlm mathurat tu. Bila dh berada dlm jalan ni, sy tgk ramai akhwat yg setia membaca mathurat tak kira betapa busy nya mereka. Ada pulak tu yg hafal sususan those zikir dgn sempurna. Plus, yg paling mantop sekali ramai jgk akhwat yg hafal maksud zikir dan doa dlm mathurat tu. Kalau kita hafal sekali dgn maksudnya, mesti lagi best and dpt feel betul2 zikir tu. Mabrouk2!
After observation demi observation dibuat, sy perasan ada jgk certain akhwat (sy pun selalu gak tergolong dlm group ni) yg kurang appreciate mathurat tu. Bila baca ramai2, mula rasa malas nak pegang naskhah mathurat tu walaupun ia sangatlah ringan dan kecik je. Bajet dah hafal lah kan. Tapi kalau dah hafal yg arabnya, tak salah utk kita bukak jgk mathurat tu utk teliti maksud dia pulak. Sambil2 tu, blh menambahkan vocab arabic kita yg tak tertambah-tambah tu ye tak?
And skrg ada satu trend, org baca mathurat kat phone. Maklumlah, ramai dah ada android, Iphone etc etc. Semua pakat dok download and simpan kat phone. Bagus ukhti, bagus sungguh! Tapi bila baca secara berjemaah, kita pun berpura-pura unlock phone, and click kat Mathurat. Kita pun baca dgn akhwat2 semua.
Tiba-tiba, after few second, tup tup jari tu cepat je bukak home screen, then tertekan facebook lah, twitter lah, LINE lah, wassap lah. Pastu layan jee sambil mulut kononnya terkumat-kamit khusyuk membaca. Mata pun kononnya tertumpu pada doa dan zikir. Tapi sebenarnya dok leka scroll homefeed facebook, dok stalk photos org etc etc. Sempat lah jgk like beberapa post.
Di pertengahan, mula lah serabut-serabut. Eh, yg ni dah ulang 3 kali ke? Eh ke baru ulang 2 kali? Eh tadi terlepas kat mana ek? Hah, tu lah, sapa suruh tak fokus. Akhwat lain tak nampak apa kita buat sebenarnya sbb diorang khusyuk berzikir dan berdoa. Hurm, sampai bila kita nak berpura-pura ni???
Sy faham bkn semua orang biasa dgn zikir pagi dan petang. Tapi ukhti, apa lah salahnya kalau kita spend tak lama, just 15 minit utk kita baca mathurat tu. Betul, tak lama. Tup tap tup tap, tiba-tiba dah habis.
Kalau kita baca betul2, sambil hayati maksudnya, boleh menangis! Mmg blh rasa yang kita ni hamba yg sedang memuji Tuhan kita, membesarkan Tuhan kita, merindui Tuhan kita dan hanya pd Dia tempat kita berlindung. Doa-doa tu kan utk kebaikan kita jgk? Kita kan minta dosa kita diampunkan, minta kita diberi kesihatan, minta di beri keberkatan, minta nak mati syahid, minta nak tsabat dlm jalan Allah, minta jauh dari azab kubur, minta supaya jadi rajin, minta jauh dari kesedihan dan maacaaammmm macaaaaammm lagi!
Inilah bukti yg kita merindui Pencipta, mengagumi kekuasaanNya dan menghargai Dia dgn bertasbih, bertahmid dan bertakbir. :)
Ukhti, jom kita sama-sama fokus? As I said, tak lama. 15 minit je. Kalau nak update status facebook tu, insyaallah sempat je after habis baca Ma'thurat nanti. Kalau sy yg termengantuk or termain facebook dan anything yg sewaktu dengannya, cubit je terus taw! :)
Takpe, sy tak kesah. Sakit sikit pun takpa. Tu kan cubitan kasih sayang. *muntah ijau*
Wallahualam.