Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, semangat untuk terus menyebarkan ayat Allah tak pernah luntur selepas ramai kawan2 offer tangan untuk membantu. Thank you sisters.
Hari ni terlalu banyak peristiwa yang berlaku dan rasa seperti nak share dengan 1 dunia tentang perangai masyarakat sekarang yang suka bertangguh dalam membuat perkara kebajikan. Adakah menghadirkan diri untuk ke majlis ilmu tu suatu perkara yang sangat berat untuk dilaksanakan?Kenapa susah sangat nak buka hati untuk terima ilmu agama? Kenapa kalau dengar je ada ajakan untuk pergi ceramah, tazkirah, kelas Quran, ade je alasan yang kita nak bagi untuk mengelak diri.
Ni ayat2 yang commonly orang akan jawab after diajak ke majlis ilmu (ilmu agama).
1) Tengok lah dulu eh..
2) Kalau takde hal pape, aku datang lah kot..
3) Bile ek? Aku x free lah..dan janji dengan kawan..
4) Sorry, kitorang tak minat..
5) InshaAllah, aku akan datang..boleh ke ajak sape2 untuk join?
Hurm..List kat atas ni dibuat berdasarkan pengalaman setelah beberapa bulan membantu ustaz2 and kakak2 dalam menyampaikan dakwah Islam. Kan best kalau semua orang yang diajak ni jawab macam jawapan yang ke-5?? Susah sangat ke nak korbankan beberapa jam, duduk sekejap untuk belajar ilmu akhirat?? Kenapa kita boleh ulang-alik pergi uni hari2 dari hari Isnin sampai hari Selasa, tapi kita berat sangat nak datang kelas agama hari sabtu yang tak sampai beberapa jam pun. Dah hebat sangat ke cara kita baca Quran?? Dah faham ke semua suruhan2 Allah?? Dah cantik sangat ke akhlak yang kita bawa??
Rasulullah cakap, barangsiapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah hidayah yakni amal ibadahnya kepada Allah, tidaklah dia bertambah apa2 di sisi Allah taala melainkan jauh daripadaNYA.
Adakah kita ni nak kejar ilmu dunia dan lupakan ilmu akhirat? Kalau kita sibuk nak settlekan hal dunia, siapa yang nak settlekan hal akhirat untuk diri kita? Kita ni selalu pentingkan buku2 pelajaran. Tak salah untuk bersungguh-sungguh menuntut ilmu fardhu kifayah macam medic, economics, pharmacy etc etc tapi janganlah rasa berat untuk belajar Quran. Hidup ni biarlah balance.
Sombong dan belagak.....
Kadang2 kita lupa semua ilmu mathematics, science etc etc tu semua adalah secebis ilmu yang Allah pinjamkan pada kita. Tapi kita ni sombong dan belagak. Dah pandai dalam ilmu2 dunia, lupa untuk dekatkan diri kepada yang meminjamkan ilmu. Tak rasa takabbur ke? Kalau dapat result bagus in exam pun tapi ilmu agama takat tu je and tak meningkat2, tak rasa ke yang Allah akan marah sebab kita tak bersyukur.
Jangan jadi hamba dunia wahai kawan2 ku. Kejar dunia ni ibarat macam orang kejar bola dalam football match..Lari and dapatkan bola tu, then tendang masukkan dalam goal which is Islam. Bukan kejar bola tu, dah dapat and bawa keluar padang. So, kita kena kejar dunia and bawa dunia tu ke arah Islam. Bukan kejar dunia, and bawa ikut hati sendiri.
Dalam surah At-Taubah ayat-38, Allah seru orang-beriman dan berfirman apabila diajak bergerak ke jalan Allah, kita ni selalu rasa berat dan rasa susah untuk tinggalkan tempat yang kita berada waktu tu. Then Allah tanya adakah kita ni lebih suka kehidupan dunia more than akhirat??? After that Allah cakap, sebenarnya kalau nak compare nikmat dunia dengan akhirat sangat lah sikit sebab akhirat tu sangat2 hebat nikmatnya. So, apa yang kita sedang nikmati masa kat dunia ni, it is just a tiny thing kalau nak banding dengan nikmat Allah kat syurga. Jadi, apa yang nak dibanggakan sangat untuk enjoy dunia ni bermati-matian..
Meh tengok ayat seterusnya, ayat-39, Allah sambung kalau kita taknak bergerak ke jalan Allah, nanti Allah bagi kita azab yang PEDIH. Plus, Allah cakap Dia boleh je gantikan kita dengan orang lain yang nak bantu agama Allah dan perangai kita yang malas ni tak merugikan Allah walau sikit pun. Kita ni masing2 ade peranan dalam agama, tapi nak ke kita ni digantikan dengan orang lain untuk tolong agama Allah semata-mata sebab kita malas..??
Nak kena tolong apa sebenarnya ek untuk agama Allah ni? Nak kena pergi rumah ke rumah ke untuk berdakwah? Mungkin tu terlalu berat kan? Apa kata kita start dengan diri kita sendiri. Mula belajar untuk tingkatkan diri dengan ilmu agama. Belajar quran untuk dijadikan panduan hidup. Bukan jadi panduan dalam hal agama sahaja, tapi cara nak handle hutang dengan orang pun (bila orang berhutang dengan kita), Quran ada ajar. In detail pulak tu.
Meh kita tengok ayat seterusnya dalam Surah At-Taubah verse- 40, masa ni, ramai orang tak nak tolong Rasulullah masa Baginda kena halau dari Mekkah. Dalam ayat ni Allah nak cerita peristiwa hijrah Rasulullah dengan Saidina Abu Bakar di mana pada waktu tu, Abu Bakar menangis sebab terlalu takut but at that time Rasulullah still boleh tenang dan cakap kat Abu Bakar, 'jangan bersedih, Allah ade dengan kita ni'..Allah cakap lagi dalam ayat ni, Allah bagi ketenangan kat Nabi Muhammad and ada malaikat yang mereka tak nampak pada waktu tu sedang tolong mereka berdua and rendahkan suara orang kafir di luar gua. Dalam peristiwa ni, banyak binatang yang terlibat termasuklah ular yang patuk Saidina Umar dan labah-labah yang buat sarang kat luar gua untuk selamatkan Rasulullah. :)
Dalam semua ayat2 ni, Allah nak tekankan bahawa kalau kita malas untuk tolong Islam, ok je..Tapi get ready untuk rasa azab yang pedih from Allah. He warned us yg nikmat dunia ni sikit je, so kita jangan lah nak enjoy lebih2 sampai lupa akhirat. Jangan rasa berat untuk pergi majlis agama sedangkan kita takde pape nak buat kat rumah. Peristiwa hijrah tu, hikmah Allah suruh pergi berdua ialah Allah nak tunjuk semasa Abu Bakar takot, Rasulullah masih ada Allah. Maksudnya, kalau dah habis manusia akhir zaman ni yang nak tolong Islam, x pe..Allah ada untuk tolong agama Muhammad yang agung ni. Kan Allah dah janji yang Islam ni akan menang.
TAPI....
Nak ke kita tengok Islam menang tanpa ada sedikit pun bantuan kita. Mase tu, Nabi Isa dan Imam Mahdi dah turun untuk selamatkan umat akhir zaman. After that, semua jadi aman and stable. Tapi waktu tu, kita putih mata and terkebil2 tengok Islam menang tapi bukan di tangan kita.
INGAT...
Kalau dah habis manusia di bumi ni yang nak tolong agama Allah, Allah tetap akan menangkan Islam sebab Dia mampu untuk lakukan benda tu without bantuan sape2 pun.
APE YANG KITA KENA LAKUKAN????
Ayat-41 surah at-Taubah menyuruh kita untuk berasa ringan apabila bergerak ke jalan ALLAH. Kalau orang ajak kita pergi kelas Quran or datang ceramah agama, jangan lah kita bertangguh2 and rasa berat hati untuk join. Then Allah sambung dalam ayat ni, Allah nak kita berjihad dengan HARTA dengan JIWA di jalan Allah. Pasal harta ni, kita korbankan lah duit minyak kereta untuk pergi masjid, tiket bas untuk pergi kelas etc etc..Yang penting apa yang kita buat tu ikhlas kerana Allah dan mendatangkan keuntungan pada Islam walaupun kita sedang menuntut ilmu dunia sekalipun. Pasal jiwa, kena lah ikhlas korbankan nafsu tido and nafsu untuk bersenang2, shopping2, lepak2..Rajin2 lah datang kelas and jangan ponteng2 sebab belajar tu pun satu jihad..Tapi biarlah balance duniawi and ukhrawi..
Jangan biar sejarah berulang kembali tatkala zaman kejatuhan abasiyyah di mana pada waktu ini ada certain group faqih pasal agama je and ade certain group faqih ilmu dunia je..Kita nak everyone faqih dalam ilmu dunia and akhirat secara balance.. OK??
Selepas habis tiupan sangkakala, kita akan dihidupkan semula dan pada masa itu, dah terlambat untuk kite contribute sesuatu untuk Islam..Sekarang ni, sementara ada masa, jom ramai2 kita tambah ilmu dunia seiring dengan penambahan ilmu akhirat..
Ingat janji Allah dalam surah Muhammad ayat-7, ALLAH AKAN TOLONG KITA KALAU KITA TOLONG AGAMA ALLAH..
Wallahua'lam...
thanks for this post...
ReplyDelete