Allah, thank you for every breath and every second that u give us to live..
Pada satu hari, sekumpulan orang2 melayu sedang berkumpul di satu perarakan kemerdekaan di tengah2 bandar Kuala Lumpur. Suddenly, ada satu announcement made by someone. He said..
Perhatian kepada rakyat2 Malaysia yang disayangi sekalian....
So, dengan muka tak malu nye, semua orang yang ada kat perhimpunan tu tertoleh ke arah suara yang datang tu sebab diorang ni dengan yakin nak mengaku diorang ni rakyat Malaysia sebab atok dan nenek dan moyang dan pakcik dan mertua etc etc smuanye lahir di Malaysia.
Betapa kita yakin dengan bangsa kita, sehingga orang panggil secara umum 'rakyat malaysia', kita boleh tertoleh.
Tapi jika ada announcement yang memanggil..
Perhatian kepada orang2 beriman yang dikasihi, sila datang ke baris hadapan..
Mungkin ada yang akan tertoleh pada suara tersebut. Mungkin ada yang tak berapa sure nak toleh or tak. Mungkin ada yang tertanya2 sesama mereka, announcement tu untuk siapa? Obviously, kita selalu tak sure apabila Allah menyebut 'Wahai orang2 beriman' di dalam Kalam suci Al-Quran.
Adakah seruan itu untuk kita?? Kalau kita menganggap Allah sedang memanggil kita pada waktu itu, adakah kita menyahut suruhan yang dinyatakan selepas panggilan tersebut ??
Dalam surah al-Baqarah ayat-208 menyatakan Allah memanggil orang2 beriman untuk masuk Islam secara keseluruhan.dan jangan ikut langkah syaitan. Allah tekankan dalam ayat tu bahawa syaitan ini adalah musuh yang bagi kita.
APAKAH YANG ALLAH CUBA SAMPAIKAN DALAM AYAT INI?
Panggilan Allah untuk orang2 beriman sememangnya mendatangkan banyak persoalan sama ada kita inikah yang dimasudkan dalam seruan Illahi itu? Kalau kita kaji Al-Quran, kita akan dapati Allah membezakan surah Madinah dan surah Mekah dengan banyak perbezaan. antaranya Allah menggunakan panggilan berbeza untuk setiap suruhan mengikut tempat nuzul....
- surah2 mekah : wahai manusia !
- surah2 madinah : wahai orang2 beriman !
Ini membuktikan Allah dah khususkan manusia ini dalam golongan yang beriman selepas Rasulullah tanamkan aqidah dalam diri umat Islam pada zaman itu. Pengkhususan ini menunjukkan perbezaan orang yang bersedia menerima syariah Islam pada zaman Rasulullah. Semasa zaman dakwah di Mekah, Allah menyeru semua umat manusia tetapi setelah diturunkan ayat2 mentauhidkan Allah, jika mereka tetap mahu menolak Islam, maka Allah memberi seruan2 selepas itu hanya untuk orang2 beriman kerana mereka bersedia untuk melaksanakan perintah Allah.
NAMUN, ADAKAH KITA TERGOLONG DALAM ORANG2 BERIMAN YANG ALLAH MAKSUDKAN? KITA SENDIRI PUN TAK SURE..
Banyak orang yang mengaku beriman tetapi mereka gagal untuk masuk Islam secara keseluruhan. Islam sebenarnya menuntut satu ikatan yang kuat dalam hati umatnya dimana ikatan tersebut membuatkan mereka ini sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Benda ni dipanggil ..
WALA' ------> bermaksud kesetiaan, kepatuhan, cinta dan tunduk.
Contohnya, jika kita rasa kita ada ikatan yang kuat dengan boyfriend kita, pastinya kita sanggup untuk melakukan apa sahaja. Calling2, Messaging2, YM, Facebook..Macam2 cara akan kita buat untuk mempertahankan ikatan ini untuk melambangkan kesetiaan, kepatuhan, cinta dan tunduk pada budak lelaki ni..Namun sekuat mana kita akan berkorban untuk menunjukkan wala' kita pada Islam?
Allah menyuruh orang2 beriman untuk masuk ke dalam ISLAM secara keseluruhan dan perkataan yang digunaka ialah 'as-silmi; yang bermaksud keamanan. Allah nak menjelaskan di sini bahawa ISLAM itu adalah agama yang membawa keamanan. Apakah buktinya??
Jom kita tengok barat yang sekarang ini sangat mempengaruhi pemikiran masyarakat Islam. Apakah langkah yang digunakan oleh mereka untuk mengelakkan seks bebas dan pembuangan bayi? Mereka menggunakan pendidikan untuk menerangkan keburukan seks bebas, cara untuk mengelakkan hamil dan sebagainya. Adakah memasukkan hal2 begini dalam pendidikan kanak2, akan membantu mereka apabila meningkat remaja?
NEGARA MANA YANG TELAH BERJAYA DENGAN SISTEM INI?
Akhirnya, manusia hanya menerima sistem ni sebab orang yang menggunakannya adalah golongan yang hebat seperti US dan sebagainya. Tapi, sejauh mana orang memandang ISLAM sebagai penyelesaian untuk semua masalah?
ADAKAH TAK CUKUP HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI YANG ALLAH PERINTAHKAN KEPADA PENZINA?
Manusia membaca hukum dan undang2 dengan mata tertutup. Hanya memandang kuasa besar sebagai model. Apa jawapan kita? KENA BERBALIK KEPADA ISLAM.
Tapi, manusia yang buta hati tak akan menerima zaman Rasul sebagai contoh. Manusia yang buta hati hanya ingin melihat bukti di zaman kini. Siapa yang bertanggungjawab menjadi sample dan model?
Future economist, doctor, architect, engineer, accountant, lecturers yang beragama ISLAM.
Mereka ini yang dituntut memimpin dunia untuk tunduk pada Islam. Mungkin America berjaya melahirkan teknologi yang hebat, sistem keselamatan yang mantap dan kerana itulah manusia memandang mereka tinggi. Apakah caranya untuk mereka memandang tinggi pada Islam pula??
Sambungan untuk ayat ni, Allah suruh orang2 beriman untuk masuk ke dalam ISLAM secara 'KAFFAH' iaitu secara kesuluruhan. Islam ini lengkap. Kenapa kita nak ambik hukum Islam dalam bab kahwin, cerai, dan haji sahaja??
BUKANKAH ISLAM ITU SATU CARA KEHIDUPAN YANG SYUMUL?
Pandang ISLAM untuk kehidupan..
Devote urself to Islam in whatever u do..
Walaupun semasa duduk dalam lecture, anggaplah menuntut ilmu tu sebagai suruhan dalam Islam, bukan semata2 untuk berjaya dapat 1st class degree..
Berpakaian pun kena ikut cara Islam..
Segala-galanya!
Kerana, jika kita tak serahkan diri dan hidup ke dalam cara hidup Islam, Allah nyatakan dalam ayat ni bahawa orang2 ni adalah pengikut2 syaitan..
SESUNGGUHNYA, SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA BAGI KAMU!
Syaitan ada aim which is untuk sesatkan manusia sampai bila2. Kalau kita masih leka dengan hiburan dunia, leka dengan tanggungjawab belajar tanpa tahu tujuan sebenar, sedarlah, di sisi kita sentiasa ada syaitan yang sedang berbisik untuk kita agung2 kan dunia..
Tuntutlah ilmu dunia untuk kuatkan diri sebagai Muslim. Bukanlah untuk mengejar sijil semata2. Janganlah selitkan ilmu yang kita tuntut ini dengan aktiviti yang lagho kerana benda ini mengundang KEMURKAAN ALLAH..
SESUNGGUHNYA KEMURKAAN ALLAH ADALAH PENGHALANG RAHMAT
Once Allah murka , tiada kejayaan yang kita akan dapat melainkan kejayaan yang sia2 di sisi-Nya.
Wallahua'alam..
No comments:
Post a Comment