Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia ini sebaik-baik kejadian..
Kenapa perempuan2 zaman sekarang dah takda sensitiviti tentang isu aurat? Adakah kita lupa bahawa Allah dan tetapkan aurat wanita itu adalah semua bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan??
Kalau cakap pasal tutup aurat, adakah CUKUP dengan pakai seluar panjang, baju lengan panjang dan tudung lilit-lilit? Adakah ini yang dimaksudkan sebagai tutup aurat dalam ISLAM??Kalau jawapan korang adalah 'YeS', u are totally wrong babe..
JAP EH..Sebenanya kita ni faham ke ape makna TUTUP aurat?
TUTUP = menghalang pandangan orang lain dari melihat aurat tersebut. (sampai betul2 tak boleh nampak)...
Tapi, kalau kita pakai ketat2, orang boleh nampak dengan jelas body shape kita tu. So, ini nama dia ialah balut aurat, bukan tutup aurat. Apa guna kita pakai baju lengan panjang and seluar panjang tapi orang lain still boleh menikmati keindahan tubuh kita..ish3..
Meh kita tengok ayat Quran yang mengarahkan kita menutup aurat..
Secara jelasnya, dalam Surah AN-NUR, ayat 31 jelas menunjukkah Alah memerintahkan setiap wanita mukminah untuk menjaga pandangan, memelihara kemaluan, jangan menampakkan perhiasan yakni aurat dan Allah perintahkan secara detail dalam ayat ini agar kita menutup bahagian dada. Ayat ini sangat panjang jika hendak dihuraikan satu-persatu. Apa yang penting ialah kita faham bahawa seluruh tubuh ni wajib ditutup dari pandangan para ajnabi yakni orang bukan muhrim dengan kita.
Rasulullah penah cakap dunia ni adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Susah sangat ke nak jadi wanita solehah ni? Kenapa tak nak tutup aurat ekk??
1) Tak ready lahh..
2) Tak reti nak pakai tudung labuh2..
3) Panas..
4) Tak style lah kalau tutup2 ni..
5).....
Sampai bila kita nak bagi alasan. Dah habis tiupan sangkakala kedua, baru nak stop bagi alasan ke? Masa tu dah tak guna dah..
Emmm..Korang kenal tak Asma binti Abu Bakar? Masa dulu-dulu, dia ni pergi jumpa Rasulullah dan masa tu dia pakai pakaian yang nipis and jarang..Pastu, Rasulullah terus tegur..Baginda cakap, wahai Asma, perempuan yang sudah baligh adalah dilarang menampakkan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jelas kat sini, Rasulullah suruh kita tutup semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..
Rasulullah penah cakap jugak yang wanita akhir zaman ni berpakaian tetapi seperti bertelanjang. Pernah tak kita keluar rumah and suddenly ada orang tegur,
"hey, kenapa awak naked ni?"
Tapi masa tu kita pakai baju and seluar cuma ketat sikit..Padahal kita tak sedar yang ketat2 tu samalah dengan berbogel di khalayak ramai. Kadang-kadang mulut kita ni sedap je mengutuk lady gaga, mariah carey, beyonce etc etc sebab diorang ni sexy and kadang2 nampak macam naked. So, kita pun pandai2 buat hukuman yang mereka ni semua akan masuk neraka. Tapi kita sedar tak, pakaian kita yang ketat2 tu pun boleh buat kita sama2 share ticket dengan diorang untuk join masuk neraka sekali? Selalunya pergi concert diorang, kita kena bayar ticket mahal2 tapi dekat neraka tu, kita boleh duduk dengan diorang dekat2 and jerit2 sama2..free je..
Lagi 1 pasal suara. Siapa cakap suara wanita ni bukan aurat??
Dalam Surah Al-Ahzab ayat 32, Allah sangat2 melarang wanita untuk bercakap dengan lemah lembut ketika sedang berkomunikasi dengan lelaki sehingga akan membangkitkan nafsu syahwat untuk lelaki2 yang mempunyai PENYAKIT HATI. Allah ajar kita ni untuk bercakap dengan sopan dan baik.
Lagi 1, pasal ketawa berdekah-dekah tak ingat dunia. Kadang-kadang susah kita nak kawal level ketawa kita ek? Tapi sedarlah bahawa ketawa yang mengilai-ngilai tu sama seperti suara himar yakni keldai.
Apa yang kita perlu buat ni??
TUTUP AURAT LAHHHH...pakai baju longgar2..tudung tu labuh menutup dada..jangan pakai nipis and jarang2..kawal level suara and cara ketawa..
Zaman sekarang ni memang lah banyak baju canggih2 yang memang menggoda kita untuk lebih membuka aurat secara TAK SENGAJA. Kalau nak canggih kat dunia, sila lah..Tapi azab ALLAH yang berganda-ganda canggih sedang menunggu kita di sana.
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment