Thursday, April 28, 2011

c.i.n.t.a.t.u.l.i.p


Allah, tetapkan hati ini dalam jalanMU

jadilah insan penghias dunia
jadilah pengikut Rasulullah yg paling setia
jadilah penasihat yang amanahnya dipelihara
jadilah peneman yang imannya kukuh
jadilah hamba yang sujud bersungguh
jadilah imam pada sekalian ummah
jadilah da'ie yang kuat menahan sabar
jadilah muslim yang tunduk dengan suruhan
jadilah pemimpin yang sihat ruh dan akal
jadilah pengadil tidak diragui jiwanya
jadilah penunjuk jalan pada keluarga
jadilah pasangan yang mengharap syurga
jadilah pekerja yang mengejar redha
jadilah ketua yang zuhud akhlaknya

sungguh, dalam kefahamanku hanya dakwah.
adakah begitu juga kefahamanmu?
jika kita sama, marilah bersatu membina daulah.
kerana impianku setinggi ustaziatul alam.
tidak mungkin kucapai sejauh itu tanpamu.
marilah bersatu..